MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Tuesday, March 8, 2011

Sebuah Kisah yang INDAH




Jika bercakap tentang hati, pasti semua orang punya hati dan perasaan. Namun, hati manusia mempunya pelbagai jenis yang tidak dapat kita ungkapkan melalui mata kasar kita. Hati lelaki lebih kepada EGO yang ingin menjaga air mukanya terutama dihadapan seorang wanita. Bagi wanita pula, hati mereka ibarat selembut sutera setiap kali tersentuh pasti akan merasakan perasaan seindah pelangi.

Jika bercakap lagi tentang hati, sekuat-kuat hati seorang wanita pasti ada lukanya jika ia di guris walaupun dengan jarum tapi pedih baginya. Kalau hati lelaki pula, biar ia sebesar belati pun menikam hatinya ia masih dapat menahan sakit itu dan cuba untuk menyembunyikan rasa itu dari penglihatan orang lain. Oleh itu, hati WANITA dan LELAKI sangat berbeza.

Bermula dengan sebuah kisah yang indah...

Jika dua hati terpaut dengan rasa CINTA, semua indah namun siapa sangka seindah mana pun kita cuba kekalkan untuk itu tetap ada keperitan dan ada salah satunya akan terluka. Bagaimana cara kita hendak menyesaikannya atau membiarkan itu adalah hak dan cara masing-masing. Bak kata pujangga cinta pada manusia biarlah berpada-pada jangan melebihi cinta pada YANG ESA. Sebuah cinta yang indah di sulam dengan kata-kata yang indah, menutur janji-janji yang semanis gula. Setiap detik dan saat bersamanya pasti itu adalah masa yang berharga seperti kita berada di Istana Kayangan yang bisa membuai rasa. Saat inilah yang dipanggil cinta semua indah hingga membutakan mata yang dilamunnya.

Pertengahan sebuah kisah yang indah...

Jika berlakunya perpisahan didalam diri kita itu adalah satu lumrah manusia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya yang membezakan adalah sama ada perpisahan hanya untuk sementara atau kekal. Jika sementara gunalah peluang yang ada untuk kita menghidupkan suasana yang indah dulu, jika perpisahan itu kekal padaNya kita memohon untuk kesejahteraan semoga kehidupan disana akan lebih indah di dunia. Perpisahan, kenapa perlu air mata mengiringi perpisahan itu? Kadang kala hati kita cuba untuk menahan rasa namun kita manusia biasa menahan selagi mampu atau membiarkan air yang jernih itu mengalir dipipi yang mulus itu. Kehidupan mula berubah bila cuba untuk hidup bersendirian walau cinta hati berjauahan. Berjauh tak bererti perpisahan, berjauh mungkin itu satu ujian terhadap hubungan kita untuk mempelajari lebih tentang hati, perasaan, kejujuran dan keikhlasan di antara satu sama lain.

Mungkin penghujung Sebuah kisah yang Indah...

Mungkin...perkataan yang mempunyai maksud tersirat. Mungkin...perkataan yang menerangkan perkara yang tidak pasti lagi. Hati, mula merasakan Sebuah kisah yang Indah bakal berakhir. Hati kini terluka pilu terpukul dik rasa curiga yang menebal dihati seorang wanita. Hati terluka bila sebuah pengorbanan masa yang dihulurkan terbiar sepi. Janji-janji manis tidak di tepati. Bukan kerana kecurangan atas perhubungan tapi kini atas dasar hati sedang diuji. Jika mahu menguji hati seorang wanita cubalah dengan cara yang betul, jangan cara yang salah bisa memusnahkan harapan dan impian yang indah. Sebuah kisah indah kini mengakhiri. Benarkah itu bakal terjadi? Bagaimana dengan hati? Sudikah dia melepaskan apa yang telah di tanam dulu?

Kata pujangga lagi..
Hidup kita penuh onak dan duri...
Kadang-kadang kita dibawah, dan kadang-kadang diatas..
Jika hari ini kita berduka, hari esok tak mungkin akan terus berduka...
Hargai lah perkara yang telah dimiliki, takut jika terlepas kemudian hari akan makan diri...
Jika hari ini kita melukakan perasaan seseorang, mungkin hari esok kita pula merasa kelukaan itu...

Kata Pujangga lagi...
Berkawan biar beribu, bercinta biar satu..
Jangan kita cuba menguji sesuat perkara kerana ingin memberi kejutan yang bisa membahagiakan hari esok, tapi hari ini ia terluka..

Kini Sebuah Kisah yang Indah cuba menahan rasa selagi mampu. Sebuah Kisah yang Indah kini cuba berdiri tanpamu disisi biar hati kini terluka. Sebuah Kisah yang Indah menanti hari-hari yang lebih indah dari hari semalam semoga SEBUAH KISAH yang INDAH akan terus indah hingga akhirnya.



azma_aifa


No comments:

Post a Comment