MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Wednesday, March 9, 2011

Ku Ada Kamu_6



BAB 6


“ Saya tak kira, saya nak ikut juga!! En. Shahir boleh la saya ikut, lagi pun kat rumah nie ada hantu nanti dia cekik saya. Boleh la ye..?”

Adira memandang Shahir dengan penuh harapan supaya Shahir bisa membenarkan dia boleh pergi bersama dengan nya. Adira tidak berganjak walaupun seinci untuk mendapat simpati dari Shahir, manakala Shahir masih lagi tidak membuat keputusan untuk membenarkan Adira untuk ikut bersama mereka. Shahir dan Mak Kalsom ingin pergi melawat sepupu Shahir di Sungai Buloh, Mak Kalsom beria-ia mengajak Shahir untuk pergi ke rumah sepupunya itu dengan alasan Mak Kalsom sudah lama tidak pergi menziarahi keluarga itu.

“ Hish..awak boleh paham tak, awak nak tahu kat rumah sepupu say itu banyak anak rimau, nanti awak terpekik terlolong malu saya. Tak boleh, jaga rumah nie.”

Shahir merasa begitu pelik dengan pembantu rumahnya itu, kalau dulu tak pernah pulak pembantu rumahnya merayu untuk ikut dia pergi kemana-mana pun tapi Si Adira nie sangat pelik. Adira masih lagi merayu pada Shahir untuk pergi bersama. Adira, cara terakhir menangis untuk mengukuhkan lagi lakonnya, kalau tidak menjadi juga maknanya rancangan pada malam ini gagal.

“ Tak apa la, kalau Encik tak nak bagi saya pergi juga. Saya sedar sape saya, hanya seorang gaji yang boleh hidup dengan status itu sahaja tak layak untuk saya bergaul dengan orang seperti encik.” Shahir tergamam apabila melihat ada butiran jernih yang mengalir di pipi Adira.

Begitu kejam dia membuat Adira menangis kerana hanya perkara yang kecil sahaja. Belum sempat Shahir berkata apa-apa Adira sudah hilang di dalam biliknya, Mak Kalsom memandang tajam pada Shahir kerana membuat Adira menangis lalu mengikut jejak Adira ke dalam biliknya. Shahir masih lagi terkedu dengan perilaku Adira dan Mak Kalsom, nampaknya kedua-dua wanita itu merajuk denganya. Susah kalau perempuan dah mula merajuk, tapi sekarang dia bukan menyebabkan Adira merajuk dengannya, tetapi dia dah lukakan hati Adira buka Shahir tidak mahu membenarkan Adira ikut tapi kalau Adira ikut pasti dia tidak akan duduk bersama maknya di rumah sepupunya kerana disitu banyak kucing peliharaan sepupunya. Tapi adakan daya, hati lelakinya berasa bersalah kerana menyebabkan Adira menangis tidak pernah dia melihat Adira sebegitu. Shahir bangun dari sofanya terus ke bilik Adira untuk memujuk malangnnya pintu bilik Adira berkunci, malah Mak Kalsom juga menghilangkan diri. Shahir menghampiri pintu bilik Adira, termangung lama disitu memikirkan apa yang harus dia lakukan, sama ada mahu pergi terus dari bilik Adira atau mengetuk dan memujuk Adira?.. Ketuk sahajalah.

‘Tuk..!! Tuk..!! Tuk..!!’

Adira didalam tersenyum gembira, apabila lakonannya berhasil mengheret Shahir untuk memujuk dia dapat merasakan hatinya berbunga-bunga walaupun itu hanya lakonana. Dengan cepat-cepat Adira memejam mata dah berkata.

“ Jangan bermain dengan api Adira..nanti kau akan terbakar.!!” Berbisik perlahan.

Dari luar pulak, Shahir semakin gelisah apabila ketukannya tidak di sambut oleh Adira.

“ Adira, buka pintu nie saya nak cakap something gan awak. Bukak la pintu nie Adira.” Pujuk Shahir.

“Tak payah la encik nak pujuk saya, saya sedar sape saya nie. Pergi la encik.” Ujar Adira namun dalam hatinya, menyeru agar Shahir terus memujuknya.

“Adira, saya minta maaf ye..sori saya salah, jangan macam nie. Saya tau salah saya tapi awak juga degil nak ikut.” Shahir bersuara lagi di luar bilik Adira. Namun Adira tidak menyahut maafnya, Shahir semakin risau dan akhirnya Shahir mengalah membenarkan Adira untuk ikutnya sekali.

“ Ok, awak boleh ikut kami, dah jangan nangis macam budak-budak lagi. Siap cepat lagi 5minit awak tak muncul saya tinggal.” Shahir berkira-kira mahu beredar dari bilik Adira namun dia hanya sempat memalingkan badannya pintu bilik Adira terbuka. Mata Shahir membulat apabila melihat Adira sudah dihadapannya dengan memakai lengkap pakaian untuk keluar.

“ Siap!.Jom pergi..Mak cik…..jom..En Shahir dah nak pergi.” Adira terus berlari keluar dan masuk ke dalam kereta Shahir. Shahir masih lagi tergamam dengan apa yang dilihatnya tadi. Hatinya gundah kerana takut Adira berkecil hati dengannya namun dugaanya silap, Adira sudah bersiap sedia dari awal lagi. Perasaan geram mula menjalar, muka menyinga Shahir itu di pandang Mak Kalsom yang tersenyum melihat.

“ Adira!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Shahir menjerit memanggil Adira, manakala Adira sudah bersiap sedia menerima balasan dari Shahir terus menyorok di dalam kereta. Ketewa Adira memecah kesunyian dalam kereta itu kerana dia dapat mengenakan Shahir, padan muka Shahir juga kerana tidak membenarkannya untuk ikut. Adira melihat Shahir sudah menghampirinya di dalam kereta, cepat-cepat Adira mengunci dari dalam supaya Shahir tidak dapat membuatnnya.

“ Siti Adira Shuhaimi,,bukak pintu kereta ini atau saya pecahkan cermin nie.” Ugut Shahir. Adira menayangkan muka nakalnya pada Shahir.

“Wueekk..wueekkk..wueekkk..” Ejek Adira.

“ Dira buka pintu nie, kalau tak awak jangan pergi.!” Tegas Shahir menyebabkan Adira membuka pintu kereta yang di kucinnya tadi. Shahir meluru masuk ke dalam keretanya untuk mendapatkan Adira. Dengan tingkah laku yang spontan lagi, Shahir mencubit kedua-dua belah pipi Adira dan menyebabkan keadaan di dalam kereta kembali kecoh dengan jeritan Adira.

“ Arghhhhh!!!! Skt la..!!” Adira mencebik. Mak Kalsom hanya memandang dari luar kereta sahaja.

“ Tahu pun sakit, lain kali jangan nakal nak kenakan orang lagi. Dah, duduk sopan sikit, kita dah nak gerak nie. Mak jom nanti lambat pulak.” Shahir sudah berada di tempat pemandu, manakala Adira berada di belakang tempat memandu dengan perasaan yang malu apabila diperlakukan sebegitu oleh Shahir. Muka merona kemerahan namun tidak kelihatan oleh siapa-siapa kerana keadaan dalam kereta agak gelap.

Sepanjang perjalanan menuju ke Sungai Buloh Adira dan Shahir mendiamkan diri masing sambil melayan lagu di corong radio yang terpasang itu. Dari sebelah Shahir mak Kalsom hanya memandang dengan seribu pergertian. Lagu yang kedengaran dari radio kereta Shahir merupakan lagu kegemaran Adira, sejak dari tadi diam tiba-tiba ada suara halus mengikut lirik lagu itu dinyanyikan.


Aku mula jatuh hati kepadamu

Setelah kau kata cinta padaku

Masing-masing dulu punya pasangan

Akhirnya kita bersama

Pertama kali kita bersua bertentang mata

Terasa ada kimia di antara kita

Kau kucup pipiku

Kau bisikkan cintamu

Kau kata baby i love you

Kau cairkan hatiku

Bahagia

Ku rasa disaat kita berdua bersama

Memandang bulan terang

Menyaksi bintang-bintang

Kau seru akulah pelangi cintamu

Bahagia

Ku rasa disaat kita berdua bersama

Memandang bulan terang

Menyaksi bintang-bintang

Kau seru akulah pelangi cintamu

Kau seru akulah pelangi cintamu..


Nyanyian kecil Adira terhenti apabila mendengar suara menegurnya.

“ Udah-udah le nyanyi itu, kita dah sambil. Kenapa awak xmasuk AF8 aje..cepat sikit awak boleh cari abang awak.” Tegur Shahir sambil memalingkan mukanya pada Adira. Mak Kalsom sudah hilang di dalam rumah sepupunya yang tinggal hanya mereka berdua.

Adira tersengih memandang Shahir sambil menunjukkan peace pada dia. Adira terus membuka pintu kereta itu untuk turun namun belum sempat kakinya menjejak tanah dia terpandang anak kucing sedang bermain di hadapan pintu rumah sepupu Shahir itu dan menyebabkan tidak jadi untuk keluar. Shahir sudah ketawa melihat kelakuan Adira, tadi begitu gah mengenakannya kini siapa pula yang terkena. Adira memandang geram apabila melihat Shahir sedang mengetawakannya.

“ Keluar la, saya hal jap nie. Saya tak masuk rumah sepupu saya nie.” Ujar Shahir yang memandang Adira.

“ Tak mahu bha..kat sini banyak anak rimau bha. Aku takut bha.” Adira Cuma meraih simpati Shahir, bukan dia tidak tahu rumah sepupu Shahir yang seorang ini banyak kucing Mak Kalsom pun dah maklumkan padanya semalam. Namun demi realisasikan rancangannya itu, dia harus berlakon dengan lebih berkesan lagi.

“ Saya ikut encik ye..I promise..tak akan ganggu encik nanti. Boleh la encik Shahir.” Mata bersinar-sinar Adira sudah dikeluarkan olehnya supaya Shahir akan bersetuju. Shahir mengeluh lemah.

“Hurmmm..jangan awak buat mata macam itu, duduk kat depan nie takkan awak nak jadi bos kot kat belakang itu.” Arah Shahir.

“Hihihi..jap nak ubah.” Dengan tidak segan silu Adira melangkah kakinya kehadapan untuk mengubah tempat duduk di belakang ke hadapan dengan melalui di tempat yang kosong antara kerusi pemandu dan penumpang dihadapi, Shahir terkejut dengan perlakuan Adira sebegitu. Perangai Adira tidak sama dengan Ira, Ira sopan santun kalau Adira tiada langsung sopan santun pada gadis ini. Mahu taknya dengan kucing pun takut sampai panjat tembok, menjerit tak tentu pasal, nakal dan juga perangai yang baru sahaja dia lihat tadi tiada ciri-ciri wanita idamannya.

“ Hihihihi..Shortcut..cepat sikit dan Encik Shahir tak boleh la nak tipu saya. Mana tau kan masa saya turun tadi encik terus blah tinggal saya.” Senyuman comel Adira sambil menunjukkan peaca pada Shahir.

“ Hurmmmm..tak macam perempuan langsung. Dan juga tak macam Ira.” Adira tergamam mendengar nama itu disebut dan dibandingkan dengan dirinya.

“ Memang la saya tak sama dengan Kak Ira, nama kita orang pun lain ape. Saya Siti Adira, dia Siti Shahira.” Adira mengeluh, namun raut wajah Shahir yang tadinya ceria kini berubah menjadi keruh apabila dia menyebut nama itu di hadapan Adira dan juga terkejut apabila Adira tahu nama penuh Ira.

Tanpa membuang masa, Shahir terus memandu keretanya menuju ke tempat yang selalu menjadi pilihannya jika maknya pergi bertandang kerumah sepupunya itu. Tasik Titiwangsa menjadi tempat pilihan nya untuk melepaskan kerinduannaya pada isterinya. Shahir terus keluar dari keretanya menuju ke tepi tasik dan duduk disitu, Adira terpinga-pinga melihat Shahir keluar terus meninggalkannya di dalam kereta seorang diri, kalau dia kena culik dengan orang jahat macam mana. Adira juga turut keluar menuju ke arah Shahir yang sedang duduk melakukan aktiviti malam nya. Angau dengan air.

“Encik, bak kunci kereta..pintu tak berkunci itu.”Adira menghulurkan tangannya untuk mendapatkan kunci kereta Shahir. Niatnya bukan untuk itu, tapi ada niat di sebaliknya. Siap la Shahir.

“ Nah..dan pergi main jauh-jauh.” Arah Shahir.

Adira berjalan menuju ke kereta sambil tersenyum nakal untuk melaksanakan rancangannya.

“ Owh g main jauh-jauh. Siap kau mamat poyo.” Senyuman nakal Adira kian melebar. Dia terus masuk ke dalam kereta Shahir dan duduk di tempat pemandu dan menghidupkan enjin kereta Shahir lalu dia menekan hod kereta itu. Shahir tersentak apabila keretanya di pandu oleh seseorang, tak mungkin Adira memandu kata mindanya. Shahir berlari mendapatkan keretanya, dan dia terkejut apabila melihat Adira yang memandu kereta itu sambil berkata.

“ Masuk cepat, atau saya tinggal encik dekat sini.” Kini Adira pula memberi arahan kepada Shahir.

“ Awak keluar cepat..awak nie gila ka” Soal Shahir yang masih berdiri di hadapan kereta nya.

“ Encik nak masuk atau saya tinggal encik.” Ugut Adira.

“ Apa masalah awak nie Adira siap main ugut saya lagi. Sekarang siapa bos? Awak atau saya.” Tegas Shahir.”

“Ok encik nak tinggal disini. Bye…” Adira terus memandu meninggalkan Shahir di situ. Shahir berlari mengejar Adira, tak mungkin dia duduk di sini sampai pagi.

“ Adira..stop now.!!” Jerit Shahir dan kedengaran bunyi brek kereta lalu Shahir berlari ke arah keretanya yang dipandu Adira. Shahir sudah berada di sebelah Adira dalam keadaan tercungap-cungap kerana berlari seketika tadi, dia memandang Adira dengan wajah tidak puas hati atas tindakan Adira sebentar tadi.

Adira hanya meneruskan pemanduannya ke tempat yang boleh membuat Shahir lupakan seketika arwah isterinya, pemanduannya terus menyusuri jalan raya yang diterangi dengan lampu jalan menuju ke tempat yang di tujunya. Misinya pada mala mini bakal berjaya, dan mungkin dia patut bersiap sedia dengan serangan dari Shahir.

“ Awak dah gila ka? Awak nak pergi mana nie? Berhenti kereta sekarang biar saya pandu.” Arah Shahir.

“ Saya tak kesah kalau encik nak marah saya lepas nie, apa yang saya buat demi kebaikan encik dan juga mak cik” Tegas Adira dengan wajah yang serius.

“Ok, tapi bagi saya pandu kereta nie..Nanti kena tahan polis lagi payah ceta.” Ujar Shahir.

“ Ape?! Ingat saya tak ada lesen..see my eye la..orang siap boleh drift lagi tau. Nak try?” Serentak dengan soalannya Adira menekan pedal minyak kereta dengan kuat dan kereta Shahir melunjur laju hingga Shahir di sebelah Adira kelihatan pucat kerana ketakutan dengan kelajuan itu. Adira seperti pemandu professional memotong kenderaan yang berada di jalan raya, Adira tersenyum nakal apabila melihat keadaan Shahir yang sedang berpaut pada tempat pemegang kerana ketakutan.

“ Ok Adira, saya percaya awak pandai pandu kereta “dari” saya..pleasa slow the car..saya tak nak mati macam nie. Biar la kalau nak mati pun tempat yang sama Ira meninggal.” Adira tersentak apabila Shahir menyebut nama Ira dan mati.

“ Encik Shahir, saya tak tahu kisah encik dengan Ira, tapi encik terlalu kejam sebab tak nak lepas Ira pergi. Encik harus reda pemergian dia, jangan seksa dia macam nie. Encik ingat dengan merenung air, encik akan dapat tebus segala kesalahan kesilapan encik pada Ira.” Tiba-tiba Adira memarahi Shahir dengan tenang Adira meneruskan katanya.

“ Kalau Ira masih hidup, mesti dia sedih tengok keadaan encik. Teruskan hidup encik, jangan terlalu mengikut perasaan encik masih muda lagi jangan sia-siakan hidup encik kerana benda yang tidak penting.” Tegas Adira lagi.

“ Awak tak laluinya dan awak tak akan faham. Awak kata Ira tak penting pada saya, Ira ibarat nyawa saya kerana ego saya Ira meninggal awak tahu tak?!” Tengking Shahir pada Adira. Adira masih lagi tenang menghadapinya kerana ini risiko yang dia patut ambil, memang saat ini dia tunggu untuk mendengar sendiri dari mulut Shahir.

“ Memang saya tak faham, boleh encik fahamkan saya? Hurmmmm!!” Ejek Adira untuk membarakan api kemarahan Shahir.

“ Awak jangan cabar saya Adira, awak perempuan yang berani buat saya macam nie. Ira tidak pernah paksa untuk melupakan apa yang berlaku dan lebih memahami apa yang saya lalu.” Tegas lagi Shahir.

“ Hurmm,,asyik-asyik Ira, Ira dah meninggal!! Dah meninggal!! Ingat itu..dan meninggal” Adira menekankan perkataan meninggal berulang kali biar Shahir dapat bezakan. Adira kini sudah hilang sabar dengan Shahir begitu juga Shahir, kedua-dua menunjukkan saling tidak puas hati antara satu sama lain.

“ Adira!!..” Shahir hampir sahaja ingin menampar muka Adira namun Shahir sempat menahan tangannya.

“ Tampar la kalau itu boleh buat encik Shahir lega dan redakan pemergian Ira, saya rela membiarkan tangan seorang lelaki melekat kat sini.” Ujar Adira sambil menunjukkan pipinya pada Shahir.

“ Sekali sahaja saya mahu katakan pada encik Shahir, sekali kebahagiaan kita diragut pergi, seribu kebahagiaan menunggu di hadapan sana. Cuma kita sahaja boleh pilih untuk bahagia atau tak. Ira pasti sedih dengan encik sebab sanggup memperjudikan masa depan encik Shahir, encik pasti ada janji dengan Ira hingga menyebabkan setiap malam encik akan berada di kolam renang itu. Apa janji yang dibuat encik kena ingat, Ira nak encik bahagia sebagaimana dia telah membahagiakan encik dulu. Bagi saya encik langsung tak layak untuk Ira yang begitu baik dan sentiasa mahu encik bahagia tapi encik langsung tak nak bahagiakan diri sendiri, percaya la cakap saya Ira lebih bahagia jika encik bahagia. SMILE BECAUSE SOMEONE LOVER YOU.” Adira memandang Shahir dengan sayunya.

Kali pertama Adira melihat Shahir mengalirkan air mata lelakinya malah baginya ini satu perubahan yang drastik, jika sebelum ini Shahir sentiasa menunjukkan dia tiada perasaan tapi malam ini Shahir tumpas dengan perasaannya. Untuk mengalirkan air mata itu, Shahir mengambil masa dua tahun untuk melepaskannya dan kini di hadapan Adira dia mengalirkan air mata. Adira memberhentikan kereta yang dipandunya di bahu jalan kerana dia tahu Shahir memerluka seseorang untuk memulihkan semangat yang hilang tadi. Esakan kecil Shahir tadi menjadi esakan besar hingga Adira begitu terkejut dengan apa yang di lihatnya namun dengan perlahan Adira menarik tangan Shahir dan mengenggamnya dengan erat. Shahir membalas genggaman itu dengan erat, memang dia perlukan seseorang sekarang memberi semangat untuk terus hidup dengan bahagia seperti Adira kata padanya. Adira membiarkan keadaan nya dengan Shahir tanpa bersuara kerana ingin memberi ruang pada Shahir untuk melepaskan perasaannya itu.

Akhirnya Shahir memanggungkan kepalanya yang sejak dari tadi dia menunduk, lalu memandang Adira.

“ Adira, awak kena tolong saya untuk semua nie. Saya masih lagi tak kuat menghadapinya seolah-olah semalam Ira pergi meninggalkan saya. Awak akan tolong saya kan..jangan tinggalkan saya hingga saya betul-betul lupakan kejadian itu.”

Pandangan Shahir dengan penuh pengharapan supaya Adira mengerti.

“ Encik, jangan risau memang itu yang dah saya janji dengan Mak Kalsom. Saya harap, encik jauhkan diri encik dari kolam ataupun air, bukannya cantik pun lain la saya nie comel.” Senyum Adira sambil memandang Shahir.

“ Awak dah tahu semua cerita tentang saya kan?” Soal Shahir.

“ Dah..dari ayah dan adik perempuan encik sampai la ke Ira. Mak cik yang cetakan pada saya, kesian mak cik asyik risaukan encik lepas ini tolong jangan buat mak cik susah hati lagi ye encik Shahir.” Mohon Adira pada Shahir.

“ Ye, saya janji..jap, mana awak dapat smile cuz someone lover you? Itu magic word saya dengan Ira.” Adira hanya tersengih sambil menunjukkan kad yang tergantung di dalam kereta Shahir itu. Tanpa membuang masa, Adira meneruskan pemanduanya ke tempat yang di tuju walaupun rancangannya gagal untuk bermain boling dengan Shahir namun masih ada satu lagi agenda besarnya untuk dilaksanakan.

Adira menghulurkan tisu kepada Shahir untuk mengesat sisa air mata itu. Keadaan mereka sepi hingga kereta Shahir diparking di hadapan Pavilion dan membuat dia tertanya-tanya apa yang ingin dilakukan oleh Adira disitu.

“ Apa kita buat kat sini?” Terpinga Shahir melihat Adira.

“ Kita nak shopping, encik Shahir kena belanja saya shopping malam nie sebab lama dah saya tak shopping.” Sengih Adira dan berlalu dari kereta itu menuju ke dalam Pavilion. Shahir yang terkejut tadi juga turun untuk mendapatkan Adira sambil tangannya meyarungkan topi bertulisan UNITED dikepalanya untuk menutup wajahnya yang baru habis menangis tadi.

Shahir mula terfikir dengan perangai Adira, sebentar tadi gadis itu membuatnya menangis dan meluahkan perasaannya yang di simpan sejak dua tahun dulu kini Adira bersemangat untuk membeli belah dengan duitnya pula. Shahir terfikir siapa Adira ini, gadis yang bisa membuatnya menangis dan tersenyum dalam satu masa. Shahir membiarkan persoalan itu kerana matlamatnya untuk meredakan pemergian Ira sudah membuat hatinya lega dan tenang kembali. Dia terus mendapatkan Adira yang sedang leka memilih baju di sebuah kedai.

“ Encik..saya nak yang ini boleh..ini juga dan ini..Sila bayarkan ye.” Adira memberi baju-baju yang dipilihnya sebanyak lima helai kepada Shahir untuk membayar harga baju itu dan terus meninggalkan Shahir terpinga-pinga. Shahir melihat setiap baju yang dipilih itu, matanya terbeliak apabila melihat harga baju-baju itu yang hampir mencecah RM100, bukan dia tidak mampu tetapi baginya seorang pembantu rumah layak untuk membeli baju yang bersesuai dengan pendapatannya.

“ Ya Allah, nafsu besarnya minah murai nie.” Rungutnya dan berlalu ke kaunter pembayaran.

Setelah satu jam membeli belah di Pavilion, Adira dan Shahir terus menuju ke kereta untuk pulang kerumah. Mak Kalsom juga telah menelefon Shahir bahawa sepupu Shahir telah menghantarnya pulang terlebih dahulu. Didalam kereta Adira begitu gembira apabila dapat menperdajalkan bosnya. Bukan selalu seorang pembantu dapat menggunakan duit bos, bayangkan seribu ringgit di belanjakan Shahir untuknya walaupun Shahir mengeluh apabila terpaksa membayarnya dia tetap membayar dan memberi senyuman geramnya pada Adira.

Adira tersenyum apabila mengingatkan agenda mempermainkan Shahir menjadi, dia juga ingin merai kejayaannya dapat membantu Shahir. Jam menunjukkan 11.00 malam, Adira mula menguap kerana sudah mengantuk dan akhirnya dia terlelap di sisi Shahir yang sedang memandu. Shahir memandang wajah Adira yang polos itu sedang tidur, Shahir memandang wajah Adira gadis yang berjaya membuat hatinya kembali tenang selepas Ira. Fikirnya terimbau kembali pergaduhan kecilnya dengan Adira di Pavilion itu tadi walaupun bergaduh namun bermanis untuknya.

“Awak..awak..Adira….” Panggilan tidak disahut Adira.

“ Ye encik Shahir ada ape?”

“ Awak dah ‘pau’ duit saya hampir seribu, pastu awak buat tak tahu pulak ye awak ingat saya nie cop duit ke? Nanti saya potong gaji awak.” Ujar Shahir.

“ Potong aje la..tak kisah pun.” Kata Adira yang sedang melihat kasut.

“ Dah jom balik.” Shahir menarik tangan Adira.

“ Apa nie encik tarik tangan saya. Lepas la..kalau tak saya jerit.”

“ Jerit la saya tak kisah..nie barang awak..awak bawak sendiri.” Ujar Shahir lalu menghempas barang-barang Adira dan berlalu pergi.

“ Arghhhh!!!!!!!!!!!!!!! Encik Shahir gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Tiba-tiba Adira menjerit dan menyebabkan orang sekeliling terkejut dengan tingkah lakunya. Semua pengunjung yang lalu lalang di situ melihat Adira dan Shahir. Betapa malunya Shahir dengan perangai Adira seketika tadi, Shahir terus menghampiri Adira dan menutup mulut yang kecil sedang menjerit itu. Setelah Adira diam dari jeritnya Shahir mengutip barang-barang yang di buang nya tadi dan menarik dari pergi dari tempat itu. Adira tersenyum kegembiraan apabila melihat Shahir kalut dengan cabarannya tadi.

“ Jangan dicabar saya wahai Encik Shahir.” Senyum nakal Adira.

“ Awak…!!” Shahir begitu geram dengan Adira. Jelas terpancar di wajahnya tengah geram. Berani betul Adira memalukan dirinya di khalayak ramai.

“ Hhihihihi..jangan marah nanti kena jual.” Adira hanya mendapat jelingan tajam dari Shahir.

“ Ok..fine! encik boleh potong gaji saya.” Muncung Adira kelihatan apabila Shahir semakin marah. Padahal, Shahir cuba untuk membalas dendam pada Adira.

“ Bagus..sekali lagi awak jerit, saya akan pastikan awak dalam genggaman saya terus. Faham itu.!” Tegas Shahir lagi.

“ Kalau macam itu, encik kena kahwin dengan saya la. Dah encik itu suka suki aje pegang-pegang saya, peluk saya ingat saya nie anak rimau ke?”

“ Tak ingin saya kahwin dengan perempuan macam awak, kuat menjerit.”

“ Kenapa tak boleh pulak?” Soal Adira.

“ Sebab..sebab..sebab..nanti malam pertama kita tak best la..awak asyik menjerit aje.” Wajah Adira merona kemerahan apabila mendengar Shahir berkata begitu pada nya. Shahir berjaya membuat gadis berhati batu itu malu.

***

Malam itu menjadi satu kenangan yang bermakna pada Adira kerana dia telah berjaya mengubah Shahir dan bahagia kerana dia dapat berdua-duaan. Adira melihat semua barang-barang yang dibelinya tadi sambil tersenyum puas kerana berjaya menyebabkan duit Shahir berkurang, walaupun gajinya terpaksa dipotong dia tidak kisah dengan itu semua. Adira membuka diarinya dan menulis sesuatu.

Dear sayangku…

Malam nie, ak dah berjaya melaksanakan misi itu. ..

Aku rasa..aku semakin suka pada En. Mamat Poyo itu, macam mana nie..

Aku kena sedar diri, aku datang sini utk membalas jasa dia bukan utk jatuh cinta..

Jangan bermain dgn api Dira…tapi bolehkan aku jatuh cinta dari jauh..??

Akhirnya, Adira terlelap dengan perasaan yang di alaminya selama ini. Hatinya semakin kuat untuk mencintai Shahir. Moga hari esok akan nada sinar yang lebih terang dari hari ini. Selamat Malam cinta ku Shahir.


Bersambung...^^v


azma_aifa

No comments:

Post a Comment