MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Thursday, December 31, 2009

Jalan-Jalan D'Langkawi 'Pulau Lagenda'



Lamanya ak xtgkkan blog ak nie, bkn ape mls sgt nk updates la. Ada idea tp xpandai nk luahkan dgn tulis nie, slalu ak akn tulis by hand aje tp kali nie bertaip ckt. Oleh kerana bertaip la ak agk lemah yelah kena guna home key, klu xguna nnt xpandai( mmg kureng ckt guna home key..hehehe).

Okey berbalik pada topik ak hari nie, ak nk ceta pasal family holiday ak. Macam2 tmpt ak list dgn mak ak utk g holiday stelah slama 4tahun ak x b'cuti krna mum ak msh lg study, so berbalik pada ceta ak..Ak n mak cdng nk g Melaka tapi xjadi la ayh ak pyh dpt cuti sian tol la. Setelah dipilih, ditapis, di bincang, dikaji (ekh berape byk 'di' la) ak n family pun pilih PULAU LAGENDA LANGKAWI, Kedah. Ak bertolak g ari jumaat 25/12/2009 pada pukul 10.00a.m menaiki feri Labuan 7, tapi kerana mengalami masalah traffic jam kt KoLa Perlis, feri ak bertolak koi 11 n sampai disana dalam pukul 12.30 mcm 2 la n ak brda disana 2 hari 1 malam.


Setibanya ak kt Langkawi, ayh ak g cri keta sewa dpt la keta 2 (RM 80 perday). After than that, dh dpt transport ape g km pun g Motel kt area Kedawang, mmber ayh ak tlg crikan motel nama dia ANZ ape tah ak xigt. Lepas check in km kuar mkn kt area 2 jugak la, pas2 km blk blk rht2 dlm koi 4 ak n fmly ak g Underwater World. Harga nk masuk ke Underwater World 2 RM 28 for adult, for children RM 18 agak mahal la juga. Kat situ dh xda ikan jerung yg lalu kt ats kpla kita dh xbest tol, diorg ganti dgn si pingu(Pengiun) yg comel2 sgt, selain tue, ada bird, ikan, jelly fish, batu karang, n jenis2 ikan yg pelbagai warna sgt comel. Ak rs mcm xberbaloi msk situ dh xmcm zaman ak kanak2 dulu ms g tgk mcm2 ikan ada. Xpa kita tinggalkan yg 2, sekarang ak nk gerak g Pantai Chenang. Buat ape kt c2?? Adik ak yg bngso 2 nk g mandi laut tp xjadi sb org ramai sgt, so km just men air shaja dan ak smpt la snap foto ckt kt 2. Ak kt pntai Chenang smpai koi 7 lbh la, pas2 ak g umah kwn ayh ak jugak org kampung ak la. Lepas 2 ak g fun fair kt Pantai Chenang, adk ak yg bongsu 2 men kuda pusing, ayh ak lak men baling ape tah bg belon 2 pecah, tp best sgt sb dpt spend time gan family ak. Dah smuanya keletihan n mengantok km pun blk la ke blk rehat2 sntai pas2 trus tido.

Agenda kami pada hari ke-2, pada seawal pg dlm koi 8, km g kembali ke pntai untuk mandi pantai pagi tue xramai sgt org yg mndi2 kt c2 dlm koi 9 lbh km kmbli ke blk utk berkemas n check out dr motel tue,. Selepas selesai smua bnda di motel kami trus bertolak ke cable car kt Gunung Mat Cincang, ak begitu teruja nk naik cable car tue, namun harapan ku hancur bila tiba di sana org terlalu rmai sgt, bygkan berbaris dari ats tmpt naik cable car 2 sampai la dkt kedai jual cenderahati kt bwh nie, ak xsnggp tgu sb ada byk tmpat lg km nk lawati. Tanpa membuang masa, km trus bergerak ke Seven Well/ Telaga Tujuh yg berhampiran dgn cable car 2 jgk, setibanya disana ak terus bergerak utk ke tmpt telaga 7 tue berada. Rupanya, telaga 7 tue brda diatas bukit yg tnggi n perlu mendaki bratus ank tangga ke ats n ia amt memenatkan ak smpai skrg kaki ak msh skt (aduh!..jauh 2 dlm 1km mcm 2 la, lenguh kaki ak siot). Setiba diatas, kira berbaloi jgk ak dpt melihat alam semulajadi yg bergitu mendamaikan ak n dpt melihat sendiri telaga yg menjadi sebutan org ramai ternyata telaga 7 begitu unik n lain dari yg lain. Kalau anda nk tau mcm mn g la tgk sendiri ekh mcm mn alam cipta tuhan yg begitu indah tue. Setelah bertungkus lumus naik n turun dari telaga 7 km trus gerak ke Makam Mahsuri, dulu msh kanak2 ak pernah pergi dgn arwah tok ak tp ak dh lupa mcm mn keadaan dia so, ak pergi lagi. Di Makam Mahsuri terdapat muzium yg menceritakan sejarah Mahsuri dri kecil hingga akhir hayatnya yg dibunuh ats fitnah org kampungnya. Disitu juga, ak dpt melihat sendiri wajah asli ke x Mahsuri pun ak xtau, tp wajahnya seiras dgn wajah Wan Aishah iaitu keturunannya yg ke 7. Walaupun wajah Mahsuri xsecantik Taylor Swift, Siti Nurhaliza, n ramai lagi wanita kt dunia nie tp kecantikkannya masih ak terbayang dlm memori ak, terserlah wajah wanita Melayunya yg asli. Disitu juga terdapat makam Mahsuri yg bersemadi berhampiran dgn rumahnya, ada telaga Mahsuri, hadapan rumahnya ada rumah panglima Itam dan rumah Datuk Pekerma Jaya. Ak dpt melihat bgai mana khidupan Mahsuri di Pulau Langkawi itu dari aman damai hingga la ke bencana yg menimpa pulau itu hingga menjadi padang jarak padang tekukur ats sb sumpahan dari Mahsuri bahawa Langkawi akn ditimpa bencana hingga 7 keturunan. Kita tinggalkan kisah Mahsuri, kini time ak g shopping lak, ak shpping kt pkn Kuah aje, kt c2 murah brg terutamanya coklat. Ak beli coklat, baju tido n selendang dalam koi 4.30 km b'tolak ke jeti utk pulangkan keta sewa dn smbil menunggu feri km pd koi 6, ak g kt replika helang 2, ak smpt la snap photo kt c2. Masa pun berjalan dgn pntas nya ak pun harus ke jeti utk menaikki feri utk pulang. Ak menaiki feri Marine 2 ke Kola Perlis. Alhamdulillah ak selamat smpai ke rumah, dan holiday yg best sgt2 wlupun keletihan yg amt.



Ak harapan ak dpt lagi holiday ke tmpat yg best2 lpas nie mcm Melaka, Terengganu, Kelantan n N9. So, tamat la ceta pasal holiday aku..okey daaa jumpa lagi.TAMAT


-azma_aifa-

Friday, December 18, 2009




1989 kali terakhir negara kita memenangi pingat emas dlm acara bola sepak dalam Sukan Sea, antara pemain yg dibariskan adalah Dollah Salleh, Ahmad Yusof(Kapten), Serbegeth Singh, dan ramai lagi. Namun rakyak Malaysia tertanya-tanya mampukah Skuad Harimau Muda kita meriah kemenagan untuk setelah sekian lama kita idamkan pingat emas dalam acara ini?? Semua menjadi persoalan apabila byk pihak memandang lekeh pasukan Skuad Harimau Muda ini, adakah Sukan Sea kali ke-25 nie boleh mereka menukar persepsi terhadap pasukan bola sepak negara.






17 Disember 2009, tarikh keramat yg telah dibuktikan oleh Skuad Harimau Muda negara kita dengan meriah pingat emas yg diidamkan oleh negara dan telah mengubah persepsi org ramai terhadap pasukan ini. Skuad nie mengharungi pelbagai tomahan dan kritikan, namun mereka mengambil 2 sbg 1 pembakar semangat mereka utk bergempur di bumi Laos utk meriah kemenangan dan ingin mengubah persepsi org ramai terhadap pasukan negara.

Setelah mereka megalahkan pasukan terkuat iaitu Thailand dan Laos, mereka telah berjaya ke peringkat akhir dengan bertemu dgn pasukan pilihan iaitu pasukan Vietnam. Vietnam telah berjaya s'byk 4kali ke final bola sepak namun tidak sekali pun mereka meyarung pingat emas yg di idamkan, pasukan Vietnam meletakkan harapan yg tinggi dlm perlawanan ini. Namun kemenagan berpihak pada pasukan negara kita utk memdapat gelaran juara itu. Antara pemain yg diberikan tanggungjawab dan kepercayaan dari jurulatih mereka iaitu Raja Gobal ialah:-




1. Muhammad Aidil Zafuan (Kapten)
2. Muhammad Zaquan Adha
3. Mohd Shabrinee Allawee
4. Mohd Sabree Mat Abu
5. Mohd Nasriq Baharom
6. Badrol Bakhtiar
7. S Kunalan
8. Safiq Rahim
9. Ahmad Fakri Saarani
10. Mohamaad Muslim Mohammad
11. Norshahrul Idian Talaha
12. Muhammad Azmi Muslim
13. Amar Rohidan




Minit ke-84 menjadikan jurang pemisahan antara pasukan Malaysia dan Vietnam apabila sepakan dari Safiq Rahim terkena badan penjaga gol dan tertepis ke gol sendiri dan mereka tidak penat menyerang ke pintu gol Vietnam hingga ke tiupan wisel terakhir dari pengadil pelawanan dan menobatkan pasukan Skuad Harimau Muda Malaysia memenangi pelawanan dgn 1-0 dan berjaya mengutip pingat emas yg terakhir bagi pasukan Malaysia yg bertanding di Laos. Kini terjawab sudah persoalan kemana halanya pasukan bola sepak negara kita.





TAHNIAH MALAYSIA ATS KEMENANGAN INI DN TAHNIAH BUAT SEMUA ATLIT NEGARA YANG TELAH MENGHARUNGKAN NAMA NEGARA DI ASEA, MAJULAH BOLA SEPAK UTK NEGARA.




Monday, December 7, 2009

LoVe StOrY

Huuummmmm...hidup kita di dunia b'mcm2 prasaan dan prgai. Tapi kali nie, ak nk ceta about Love Story. Mcm mn ak nk mula ekh..jap tgh bt ayt ckt.





LOVE STORY 1:

Pengalaman ak dlm b'cinta xbyk sgt tp, ak pnh di hampakan dan dipermain oleh Sang Teruna( bdk boy la). Kisah b'mula ms ak f3, ms 2 ak bek gan sorg bdk boy nie, kmi kwn hngga sampai 1 thap ak msj bg tau kta "Awk, sy dh anggap awk lbh dari sorg kwn bek sy n awk la laki p'tama yg jd kwn bek sy". Tak sngka ak bila ak m'anggap dia sebegitu dia mula menaruh hati pada ak, sdngkan ms 2 dia ada prasaan love kat kwn bek ak. Namun, takdir Allah km couple smpai la sampai 1 tahap..ak kantoi gan ayh ak dan fon ak dirampas oleh ayh ak.(Sedih gila ms 2). Masuk f4, ak gan dia hnya smpt couple 2bulan aje, ak yg mintak break sb ak xnk b'pisah gan dia, dia d'terima masuk ke sekolah len. Dan selepas peristiwa 2, dia mula meluahkan rasa hati dia selama ini, rupa ak hnya bertepuk sebelah tgn dia suka n fall in luv gan ak pun krna salah paham. Pedihkan, sebulan lebih ak merana, dah la dia sekelas dgn ak. Ak terpaksa tengok dia bermesraan dgn bdk ppoun kls ak jgk dan akhirnya mereka couple. Namun, hati ak sudah dilukai, ak ubat perasaan ak 2 sndri. Ak dh xnak biarkan hidup ak rosak kerana DIA, ak bertekad utk BERMULA SEMULA.





LOVE STORY 2:

Luka, pdih hati ms ini msh lgi d'rasai namun hati ak terasa k'sorgan n perlukan sesorg. Ak ingin mencuba nasib ak lgi dlm dunia Love lagi, kali ini ak "t'couple" dgn bdk sekolah Teknik K*****. Dia yg cuba gorat ak la, ak trus trma tapi ak xda niat nk permainkan laki nie. Ak couple gan dia sebulan aje xlbh sb dia tikam ak dri belakang(nsib bek ak pakai bju besi, klu x mati ak). Macam mana ak putus gn dia n nape? Sb dia menduakan ak dgn kwn kls ak, ada ke patut mcm 2. So, ak ape lgi Break ar, xguna couple laki mcm 2. Hidup n perasaan ak sekali lgi d'permain dan ak perlu BRMULA SEMULA.



LOVE STORY 3:

Tanggal 11.08.2006, ak dan si Dia nie couple. Kali ini ak hnya ingin menguji naluri sorg Lelaki bkn niat utk bercinta seperti couple yg len. Mula2 ak yg msj dia lu, pas2 si Dia pun reply la msj ak. Lm2 bl dh msj dia ajak ak couple ak pun bt la kputsan couple gan dia just men2 aje. Tapi lama kelamaan ak dh mula jatuh cinta dgn Mr Shrek nie, dia sorg yg romantic, Caring, loving, n tanggungjawab. Mr Shrek nie dia bdk pandai la, ak igt dia just sk2 jgk kt ak tp dia pun dh jatuh cinta dgn. Kini hampir 4thn kami bersama pelbagai halangan n onak duri dh kami lalui. Walaupun kadang2 kami bergaduh, gambira, suka, duka, manja2 n bnci kami still bersama kerana cinta kami begitu kuat n ak xdpt bygkn klu dia tiada bersama ak utk melakar masa2 indah pada masa hadapan. “Mr Shrek, Princess Nakal Sayang sgt kt awk, awk nnt g US jgn lupa kt Princess Nakal tau, jgn naught2 kt US tau. Princess Nakal, nak Mr Shrek syg sy lebih dri skrang ye..=)”

Nie la ceta ak kali nie, mcm mn ak pernah jatuh wlupun 2x ak jth kerana cinta tp ak BERMULA SEMULA dgn semangat yg baru n dgn Love Story ini jgk ak jdkan ia sbg pengalaman hidup ak utk sentiasa bersedia utk menghadapi kesukaran hidup. So, tamat...





azma_aifa







Monday, November 30, 2009

NOVEL PILIHAN HATI



Sinopsis : JIWA MERINDU
PERTEMUAN semula dengan Luqman benarbenar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.

Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.

Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.

Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.


Harga : RM 17.00



Sinopsis : BEBUNGA KASIH
DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.
Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif seda
ngkan bayangan silam terus menghantuinya?


Harga : RM 19.90



Sinopsis : MAKNA CINTA
SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.

Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.

Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.

Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.

Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.


Harga : RM 19.90



Sinopsis : GERIMIS RINDU
AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.

Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.

Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi.

Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!


Harga : RM 19.90

Sinopsis : AKU CINTA DIA
DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.


Harga : RM 19.90

Bila agaknya ak dapat beli novel nie ekh....??

azma_aifa