MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Friday, June 17, 2011

17061990 3:33

17061990 3:33

Lahir insan yang bernama NAZRATUL AKMA BINTI ZAHARIN kedunia..
Puteri Sulung kepada ZAHARIN BIN SHAARI dan NORHAYATI BINTI SAID..

17 JUN 2011 3.33PM

Genap sudah Ak 21 TAHUN
HAPPY BUSDAY AKMA..
SELAMAT HARI LAHIR AKMA..
SHENGRI KUALE AKMA..

Semoga diusia ini ak dapat lalui lagi kehidupan yg lebih bermakna dari tahun2 sbelumnya..
Semoga tahun ini lebih INDAH dari biasa..


Tuesday, June 7, 2011

TOK!! What Happen??

Assalamulaikum...
Selamat sejahtera..
Dah masuk bulan JUN ekh..
Baru eden perasan la..
Rasa xsabar la pulak bila dh masuk bulan JUN nie..
Hihhihihi..
Untuk first entry ak pada bulan nie..
Ak nak ceta bad story la (bagi so bad...)

Firstnya..Jumaat lepas 3 JUN 2011, my DAD, Mr Zaharin Shaari mengalami kemalangan..
Motorsikal my DAD hampir berlanggar dgn kereta VIOS..tapi my DAD sempat elak namun malang yg menimpa bila dia mengelak terus masuk parit tepi jalan..Alhamdulillah DAD xda kecederaan parah pun cuma mengalami kecederaan pada tisu kaki dia aje. Motorsikal DAD rosak teruk sebab masuk air dalam enjin..Pak cik VIOS (Cikgu Fauzi) 2 xbagi signal utk berhenti sebelah kiri jalan. Apa2 pun itu musibah yg berlaku pada my DAD.

Apa kaitan tajuk entry ak kali nie gan ayah ak??
Tak da kaitan pun..cuma nk share gn ampa sebab bagi ak bulan JUN permulaan berlaku perkara yang kurang elok..mcm tajuk entry ak kli nie..TOK!! what happen??..
Nak tau ape dia..jom layannnnn...


||__TOK!! What Happen??__||

Tok (Shahir Af8) nape tngn berbalut nie..
Opah (Adira Af8) pukul ke Tok??
Hisshhh..
Bukan..Tok jatuh toilet la..
Kejadian berlaku kt rumah family tok kt Kampar, Perak.
Jom baca artikel dari m-Star..


Credit to Norfazilah Shaxiers..

PETALING JAYA: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Warci kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.

"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.

Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.


Siannya Tok...xpa Tok..nanti Opah jaga tok ye..


Amboi OPAH senyum ye disisi TOK..walaupun tgn tok berbalut mcm 2..

OPAH n TOK buat OD kt org Kampung Shahiratics..huhuhu

Get well soon TOK..!!!


Monday, June 6, 2011

Ku Ada Kamu_10



BAB 10

Sudah masuk seminggu Adira berulang alik ke butiknya dari rumah Shahir dan dalam tempoh seminggu itu juga hubungannya dengan Umar Sufian semakin rapat. Adira selalu pulang kerumah lewat malam kerana dia tidak mahu terserempak dengan Shahir. Namun malam ini tiada siapa duga, Shahir menunggu kepulangannya dengan riak wajah yang tegang. Shahir mula merasai Adira cuba untuk mengelak dari berjumpa dengannya dan selalu terserempak dengan Adira bersama lelaki yang dia temui di hadapan butik SAS dulu. Shahir mahu menamatkan segala kekusutan yang sedang berlaku antaranya dan Adira, meluahkan apa yang perlu diluahkan. Menunggu Adira pada setiap malam di tepi kolam itu sudah menjadi tabiat baru bagi Shahir, sedang asyik mengelamun ada sebuah kereta Honda Jazz berwarna hitam berhenti dihadapan pintu rumahnya. Kelihatan Adira turun dari kereta itu dengan penuh senyuman manis Adira memberikan kepada sang pemandu kerete itu. Hati lelakinya dijentik rasa cemburu yang teramat sangat, kenapa diakhir-akhir ini senyum itu bukan miliknya lagi tapi milik lelaki itu. Siapa lelaki itu dia tidak perduli, difikirnya hanya ingin bersua muka dengan Adira. Shahir rindu wajah ceria gadis itu, namun ego sebagai lelaki harus dipertahankan.

“Adira…” Ada suara yang menerjahnya dari belakang menyebabkan dia terkejut. Adira memalingkan dirinya untuk melihat siapa yang menyebabkan jantung berdegup kencang seperti baru lepas berlari 100 meter.

“Errr..Encik Shahir ingatkan sapa tadi. Kurus semangat.” Ujar Adira sambil mengusap dadanya bagi menghilang debaran bukan kerana terkejut disergah tadi tapi kerana renung tajam Shahir pada Adira membuatkan debaran itu mengalir seluruh urat sarafnya.

“bukan kurus..kus semangat..awak itu yang kurus sebenarnya.” Adira mencebik lalu melihat dirinya yang dikatakan kurus oleh Shahir itu tadi.

“Mana ada saya kurus..sedap mulut dia aje cakap aku kurus. Baik ak masuk bilik pada menlayan bos ak yang sengal nie.” Omel Adira dengan nada suara yang pelahan. Adira malas untuk mengambil pusing hal-hal remeh yang di bangkitkan oleh Shahir, dia ingin berlalu segara ke bilik nya semakin lelaki dihadapnya ini bersuara lagi saraf badannya tidak keruan.

Adira berlalu untuk kebiliknya. Tiba-tiba lengan Adira direntap dari belakang habis semua barang-barang yang dibawa pulang dari butiknya itu bertaburan di lantai. Wajah Adira kini betul-betul berhadapan dengan dada sasa Shahir sambil menahan marahnya kerana diperlakukan begitu oleh Shahir hampir sahaja dia menghadiahkan sekali lagi ciuman di dada itu. Adira memanggungkan kepalanya untuk melihat wajah Shahir dan menghadiahkan renungan tajam kepadanya. Shahir merengus geram kerana Adira memperlakukan dia seperti tunggul kayu sahaja dirumah itu.

“Apa nie Encik..sakit tau tak, main tarik-tarik tangan orang.” Marah Adira pada Shahir, namun marah Shahir pada Adira tidak dihiraukan Adira.

“Owh awak tau pulak sakit bila saya tarik awak. Awak tak fikir betapa sakitnya hati saya bila awak buat endah tak endah pada saya. Awak ingat saya nie tunggul kayu ke kat rumah nie hah??” Kali ini Shahir pula melepaskan marahnya pada Adira. Adira cuba untuk melepaskan pegangan tangan Shahir namun tenaga lelaki itu lebih kuat berbanding dirinya yang kecil itu, akhirnya Adira membiarkan sahaja pegangan itu. Adira tertanya apa yang sudah berlaku pada majikannya ini tiba-tiba nak berangin monsoon tropika pulak, dia ke butik meminta izin Mak Kalsom itu pun selepas segala pekerjaan dirumah itu diselesaikan.

“Encik Shahir, sakit tau tak?!. Apasal pulak encik kata saya anggap encik macam tunggul sedangkan encik itu manusia macam saya juga.” Adira cuba untuk meregangkan keadaan antara mereka, jika api dilawan dengan api pasti kedua-duanya akan renting oleh baik dia menjadi air.

“Awak tanya lagi Adira, jangan nak buat lawak bodoh dengan saya ini bukan masanya. Awak ingat mak saya sayangkan awak, sewenang-wenangnya boleh keluar masuk rumah ini sesuka hati ka? Ingat awak itu menumpang kerja dekat sini.! Sedar diri sikit.” Tengkingan Shahir membuatkan Adira terkedu. Bagai pisau yang menusuk hatinya selepas mendengar kata-kata dari Shahir itu tadi.

“sa..ya…menumpang kerja dekat sini…bersebab encik…” Suara Adira tersangkut dikerongkongnya kerana menahan air mata dari mengalir keluar.

“Ye.! Memang awak itu menumpang dekat rumah saya, kalau tak kerana saya ambil awak berkerja entah-entah awak itu merempat tengah mencari kerja. Jangan awak buat rumah ini macam rumah awak, keluar masuk ikut suka hati rumah ini ada peraturannya.” Adira diam seribu bahasa setiap perkataan yang diajukan kepadanya meninggalkan bekas dalam hatinya. Shahir tidak menghiraukan lagi keadaan Adira, dia hanya tahu api cemburu kini menguasai dirinya, baginya Adira sudah melampaui batas.

“Encik! Cukup nk ingatkan diri saya nie siapa dalam keluarga nie. Saya tahu siapa diri saya.!” Kesabaran semakin memuncak, biarlah apa akan berlaku selepas ini yang pasti dia harus membela dirinya dari dihina lelaki ini.

“Saya bukan menghina awak, tapi menegur perkara yang betul. Tengok jam sekarang dah 12 tengah malam, anak dara jenis apa awak nie waktu sebegini baru pulang siap jantan datang hantar lagi. Mak awak tak ajar awak ka adab bila bertandang dirumah orang lain.” Ego Shahir juga semakin meninggi hingga tidak lagi menghiraukan air mata gadis yang dicintai itu.

“Panggg!!!”

“Kau jangan nak hina mak aku, sekali lagi kau hina mama aku bukan setakat pelempang aku boleh bagi. Aku boleh bunuh kau.!” Jerit Adira bergema diseluruh rumah. Shahir masih lagi memegang pipi yang ditampar oleh Adira perit, seperti rahangnya mahu lari dari kedudukan asal. Merah muka Shahir menahan marah.

“ Hei!!...”

“Shahir apa nie? Adira apa yang kamu berdua bertengkar tengah-tengah malam nie. Malu jiran-jiran dengar.” Mak Kalsom muncul menyelamatkan keadaan. Mak Kalsom yang dari tadinya hanya melihat dari jauh kini mendekati kedua-dua anak muda itu yang sedang dilanda dengan perasaan amarah yang melampau. Jika ia dibiarkan mungkin semua benda yang ada sekeliling akan naik ke muka anak terunanya.

“Bagus mak datang sebab mak boleh tengok sendiri pekerja kesayangan mak ini dah mula buat perangai liar dia kat rumah kita.” Ujar Shahir.

“Shahir boleh kamu mengucap tak yang nak mengamuk tak tentu pasal nie kenapa? Mak dah bagi kebenaran untuk Adira buat partime kat butik dia dulu.” Ucap Mak Kalsom membela Adira.

“Tapi mak butik tue pukul 10 malam dah tutup, jauh sangat ke rumah kita dengan butik itu sampai nak ambil masa 2jam untuk sampai rumah. Cakap ajela kalau nak pergi berpeleseran dengan jantan tadi.” Ucap Shahir berbau cemburu.

“Kamu cemburu ye Ahmad Shahir Ahmad bila nampak lelaki lain dengan Adira?” Soal Mak Kalsom kepada Shahir. Shahir yang seketika tadi berwajah bengis kini menjadi pucat apabila mendengar soalan dari mak nya. Adira yang dari tadinya diam kini bersuara, dia harus menamatkan segalanya betul cakap mama, Aisyah dan Shahril jika diterus disisi lelaki ini pasti hatinya akan disakiti lagi.

“Mak cik dan Encik Shahir tak payah bertengkar kerana saya, saya rasa tiba masa untuk saya keluar dari rumah ini hentikan semuanya.” Ujar Adira yang masih lagi dalam tangisan.

“Baik kalau itu yang awak nak, awak boleh berhenti esok saya akan masukkan duit gaji awak bulan nie dan kalau boleh awak keluar malam nie juga.” Shahir sudah memalingkan badannya dan menuju ke dalam biliknya, dia tidak menahan Adira kalau itu kehendaknya siapa dia untuk menahan semua itu. Shahir tahu kini Adira bukan miliknya lagi.

‘Ira sekali lagi abang kalah dengan dalam percintaan, abang tak sempat untuk meluahkan segalanya pada Adira. Abang kalah Ira.’

***

Sejak kejadian tadi Adira hanya berkurung didalam biliknya laungan Mak Kalsom tidak dihiraukan akhirnya tiada lagi laungan yang memanggil namanya mungkin Mak Kalsom mengerti bahawa dia ingin bersendirian untuk seketika. Almari pakaian dibuka , beg pakaiannya yang sudah berkemas dikeluarkan untuk memasukkan sisa baki pakaian yang masih ada diruang biliknya. Beg kertas yang diisi dengan baju kurung Mak Kalsom diletakkan di atas almari soleknya supaya memudahkan siapa-siapa yang masuk ke dalam bilik itu menjumpainya. Jam dinding menunjukkan sudah pukul 3 pagi dan sudah 2 jam lebih wajah Adira dibasahi oleh air mata, matanya kini kelihatan begitu sembab kepalanya mula berpinar-pinar namun dia harus gagahi semua itu. Selesai mengemas pakaiannya Adira menarik beg pakaiannya menuju ke pintu biliknya, tekad dihatinya untuk keluar dari rumah itu dan tak akan muncul lagi dihadapan keluarga yang banyak memberi kenangan manis dan pahit. Sehelai kertas nota ditinggalkan untuk Mak Kalsom dan Shahir di atas katil yang selalu menjadi tempat rehat Adira.

“Selamat tinggal semua, maaf kalau Adira perlakukan salah dan silap. En. Shahir, Adira cintakan encik.” Adira membawa haluan kakinya untuk ke pintu utama dengan linangan air mata yang deras mengalir di pipinya.

Di tingkat atas rumah itu, kedengaran suara Mak Kalsom memarahi Shahir dengan segala tindakannya kepada Adira. Adira mempercepatkan langkahnya menuju kepintu utama, dia tidak mahu terserempak dengan penghuni rumah ini kerana berat baginya mengucapkan selamat tinggal. Sampai di pintu, Adira memalingkan kepalanya melihat sekeliling rumah itu. Entah kemana arah ingin ditujunya lagi, mungkin dia akan ke rumah Joan atau haruskah dia menghubungi Umar. Tidak! Adira tidak mahu menganggu Umar, biar dia bawa dirinya kemana pun asalkan bukan lagi ke rumah ini. Kakinya terus melangkah menuju ke jalan utama kawasan perumahan Shahir keadaan yang gelap langit tanpa ditemani bintang seperti mengerti hati Adira yang dirundung pilu.

Duhai malam,

Nyatakan pada dirinya,

Betapa pilu diri ini,

Dengan perpisahan yang berlaku.

***

“Shahir, kamu dah melampau tau tak?!” Marah Mak Kalsom terhadap anaknya. Jika tadi mulutnya ringan sahaja menghumbarkan kata-kata yang tajam kepada Adira namun kini dia kelu seribu bahasa.

Menyesal dengan apa yang berlaku kerana keegoanya dia sanggup menghalau Adira jam sebegini. Kata-kata Mak Kalsom tidak dihiraukan olehnya lagi kini didalam fikirnya hanya perkataan MAAF ADIRA, SEBAB SAYA TERLALU CINTAKAN AWAK.. SAYA DAH HINA AWAK.

“Shahir! Dengar tak mak cakap nie? Apa yang dah rasuk kepala kamu nie nak sampai macam tue sekali kamu marah Adira?” Mak Kalsom semakin bingung dengan perilaku anak terunanya itu.

“Mak, saya dah halau Adira kan?” Soal Shahir seperti baru tersedar dari mimpi yang panjang.

“Kamu baru sedar yang kamu halau Adira? Cakap dekat mak Shahir, apa yang menyebabkan kamu jadi macam nie?” Mak Kalsom kini yakin yang Shahir menyembunyikan sesuatu darinya, Shahir menyintai Adira itu yang terbuku dibenaknya sekarang.

“ Mak tak salahkan Shahir sayangkan Adira, cintakan Adira?” Soal Shahir.

“Ya Allah, kerana sebab itu kamu marahkan si Adira? Sebab dia keluar dengan lelaki lain, kamu tuduh dia macam-macam?.” Shahir menganggukan kepalanya.

“Shahir tak salah kamu menyintai perempuan lain, kalau Ira tau semua ini pun dia bahagia untuk kamu. Jangan kamu menangkan ego itu kerana takut untuk mengkhianati cinta Ira, Ira dah tak ada kat dunia ini Shahir. Kamu harus meneruskan hidup kamu, bahagiakan dirimu jangan terlalu takut untuk meluahkan segalanya pada Adira.” Nasihat Mak Kalsom bebekas pada diri Shahir kini dia mula merasa penyesalan dengan segala tindakannya. Pelahan Shahir menunduk sepi memandang lantai, mungkin pada lantai itu dia dapat kekuatan untuk melupakan cintanya pada Adira.

“Tapi saya dah terlambat mak, Adira mungkin tak akan maafkan saya setelah hati dia saya sakit.” Ujar Shahir.

“Tak kamu tak terlambat lagi, luahkan pada Adira yang kamu sayangkan dia. Kamu fikir la Shahir kalau kamu betul tak nak Adira terlepas ke tangan lelaki lain. Mak turun dulu nak pergi tengok keadaan Adira.” Mak Kalsom menepuk lembut bahu anaknya lalu turun menuju ke bilik Adira. Shahir masih lagi termangung disitu memikirkan apa yang diperkatakan oleh mak Kalsom tadi. Ira telah merestui hubunganny dengan Adira kenapa dia masih lagi meragui perasaanya terhadap Adira.

“Shahir!! Adira….” Shahir terkejut apabila mendengar jeritan maknya memanggilnya, dengan pantas di turun menuju ke bilik Adira dan melihat mak Kalsom menangis dikatil Adira sambil memegang sekeping kertas. Bilik Adira dilihat kosong, tiada pakaian dibilik itu mungkinkah Adira sudah meninggalkannya? Mak Kalsom memberikan nota yang ditinggalkan kepada Shahir.

Assalamualaikum,

Makcik..mula-mula sekali Dira mintak maaf byk2 kalau selama ini Dira banyak menyusahkan makcik sekelurga. Terima kasih sebab dulu sudi terima Dira sebagai pembantu rumah makcik walhal layan makcik pada Dira tidak seperti pembantu rumah sekalipun. Terima kasih sebab makcik dah banyak ajar selok-belok menjadi suri rumah tangga, insya allah Dira akan ingat semua itu. Mak cik Dira pergi dulu, halalkan makan minum selama Dira disini dan andai jodoh kita jumpa lagi ye..sayang si gadis buat insan yg dianggap mama Dira.

Encik Shahir, saya mula-mula sekali nak ucap terima kasih sebab sudi terima saya dalam kehidupan encik. Terima kasih sebab sudi kawan dgn saya walaupun saya nie banyak menyusahkan encik, selalu baut encik marah-marah. Saya nak minta maaf kalau saya bersikap kurang ajar selama duduk dirumah encik. Mendekati encik ada satu keindahan bagi saya, setiap detik dan saat saya mahu bersama encik kerana hannya encik yang bisa mengetarkan hati seorang wanita saya. Maaf kalau saya cuba untuk mengganti tempat Ira, maaf sebab saya dah terlanjur mencintai encik, maaf sebab dah buat encik susah hati, maaf juga saya terlalu sayang dengan encik. Maaf..lepas nie anggap la gadis bernama Siti Adira Shuhaimi hanya pernah hadir dalam mimpi encik Shahir. Selamat tinggal Wahai cinta hatiku Ahmad Shahir Ahmad…

Yg benar,

Adira_ayang

***

Sudah jauh Adira berjalan dengan mengheret beg pakaiannya itu, tiada lagi air mata yang mengalir tapi perasaannya masih lagi sakit. Adira melihat ke kiri kanan jalan mencari teksi untuk membawanya pergi jauh dari kawasan perumahan ini namun hampa tiada kendaraan pun melalui kawasan itu. Adira berhenti berjalan di perhentian bas yang berhampiran dengannya, dia mahu merehatkan kakinya yang mula terasa lenguh kerana dia sudah berjalan jauh. Bayu malam menghempas lembut tubuh Adira menyebabkan dia mula mengigil kerana kesejukan, Adira tunduk mencari baju sejuknya di dalam beg pakaiannya setelah jumpa dia memanggungkan kepala. Serentak dengan itu matanya mula berpinar-pinar mungkin akibat dia menangis tadi. Kepalanya mula berdenyut kesakitan dengan tenaga yang ada Adira cuba untuk bertahan dalam kesejukkan pagi yang dingin.

Dari jauh ada dua remaja lelaki sedang berjalan sambil memegang sebotol arak ditangan salah seorang mereka. Salah seorang daripada mereka ternampak Adira sedang duduk di perhentian bas itu lalu mencuit kawannya yang sedang asyik menunggang minum haram itu ke mulutnya.

“ Wei mangkuk..ko nampak tak apa yang aku nampak.” Lalu menunjuk ke arah Adira.

“Ye la..aku nampak bidadari dari kayang tengah tunggu kita la..jom kita teman dia nak tak?” Kawannya lalu menganggukkan kepalanya dan mereka berjalan terhuyung-hayang ke arah Adira.

Tiba di perhentian bas itu, remaja lelaki itu menghampiri Adira yang sedang duduk merehatkan dirinya yang sejak tadi berjalan. Adira terkejut dengan kehadiran remaja yang mabuk itu, Adira menutup hidungnya kerana tidak tahan bau arak yang datang dari remaja itu. Dengan segara Adira bangun dari duduknya lalu menuju ke arah lorong perjalan kaki, dia tidak mahu berada di situ kerana tidak selesa dengan tingkah laku dua remaja itu.

Adira merasakan tubuhnya di tarik kebelakang, beg yang di pegangnya tadi terlepas di bahu jalan. Tubuh Adira didorong ke belakang perhentian bas itu lalu di himpit oleh kedua-dua remaja yang mabuk itu. Dia dengan sedaya upayanya meronta-ronta untuk melepaskan diri pegang remaja itu lebih kuat dari tenaga wanitanya itu. Pelbagai perkara negative berada dalam fikiran Adira. Rogol, bunuh, culik, rompak..itu yang bermain di benaknya.

“tolong, jangan apa-apakan saya. Tolong la..kalau awak berdua nak duit ambil la dalam beg saya tapi jangan apa-apakan saya. Tolong! Tolong! Tolong!..” Jerit Adira tidak dihiraukan oleh remaja itu, malah mereka semakin sakan ketawa kerana gadis yang dihadapan mereka ini boleh memuaskan nafsu mereka.

“Mangkuk, kesiannya adik manis nie. Tolong…tolong…tolong…xda sape nak dengar adik manis menjerit tengah-tengah pagi ini, diorang semua di buai mimpi indah. Adik manis pun mesti nakkan mimpi yang indahkan. Meh abang tolong buatkan mimpi indah itu ye..” Ujar salah seorang remaja itu.

“Wei Ayun, cepat la apa kau tunggu lagi. Aku dah sangap tengok adik manis nie.” Ujar remaja yang bernama ‘mangkuk’ itu sambil meneguk sisa arak yang ada didalam botol itu.

“Tolong la jangan apa-apa kan saya tolong…” Raungan Adira tidak di hiraukan oleh remaja itu kerana kini remaja itu sudah termakan bisik syaitan. Remaja yang dipanggil ‘Ayun’ merantap baju yang dipakai Adira, tangisan Adira sudah tidak dihiraukan ‘ayun’ manakala ‘mangkuk’ hanya memegang kedua-dua belah tangan Adira dari terus meronta.

Ya allah, aku hanya wanita yang lemah. Tolonglah hambaMu ini dari tangan sang manusia yang rakus dengan nafsunya. Peliharalah kesucian daku dari perosak wanita, selamatkanlah aku ya Allah kerana hanya padaMu kini aku mampu memohon pertolongan.’ Adira tidak berhenti berdoa agar dia terselamat dari manusia jahat ini. Hanya itu dia mampu lakukan untuk selamatkan dirinya jika ingin berlawan dengan mereka ini dia sudah tiada kudrat, biarlah takdir menentukan segalanya. Adira memejamkan matanya terbayangkan wajah mama, Aisyah, Mak Kalsom dan Shahir.

Maafkan Ira mama, Aisyah kerana tidak mahu mengikut nasihat kalian berdua. Maafkan Dira Mak Kalsom, Encik Shahir kerana sudah membohongi kamu berdua. Mungkini ini balasan yang harus Dira terima. Maaf..’ Bisik Adira didalam hati.

Bersambung.....

p/s- sori klu ceta semakin boring...sudah cuba sedaya yg mungkin utk berikan yg terbaik...selamat membaca..komen n sokong anda semua menguatkan lagi semangat utk menulis kisah ini...^^