MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Saturday, July 30, 2011

Puan Punye Blog Kini Menyepi....

Salam smua...
Lamanya tak update blog nie ye..
Last update masa busday ak ai2..
Tue bila ada masa lapang tapi kemalasan untuk menaip sgt tinggi...
Akhir blog ini terkubur seperti perkuburan lama..



Puan Punye Blog..
Insya allah ak akan cuba untuk menulis lagi..
Cuba mencerikan kembali blog ak yg xhavoc nie ye..hihihihi

Ini baru permulaan..
Sok lusa tulat tungging..ak update lagi ye..
Lagipun RAMADHAN dh dekat nie..
Akma Zaharin GAMBATE..

So, ak cau lu..daaaaa.

Wednesday, July 6, 2011

Ku Ada Kamu_11

BAB 11


“Aduh!!..belakang aku..Sape cari pasal dengan aku nie?!” Ayun menyinga apabila tubuhnya ditendang dari belakang. Mangkuk masih lagi terkejut melihat kawannya di tendang oleh seseorang, dengan pantas dalam keadaan mabuk Mangkuk bangun untuk membalas kepada lelaki yang cuba menghalang niat mereka itu.


“Bangsat betul la korang berdua ini.” Lelaki itu tadi mula menghayunkan tumbukkan ke muka kedua-dua remaja yang mabuk itu. Siapa sangka remaja mabuk itu masih lagi berdaya untuk membalas serangan lelaki itu. Ayun membalas dengan tumbukan padat ke muka lelaki itu, bibir lelaki itu pecah hingga darah mengalir dicelah bibir lelaki itu.


Adira yang terbaring di atas rumput hanya mampu melihat pertarungan di antara lelaki yang telah menyelamatkannya dengan remaja yang mabuk itu. Adira cuba untuk bangun namun tenaganya semakin berkurang, dan kembali terbaring di atas rumput itu. Matanya mula kabur namun digagahkan jua untuk membuka matanya melihat siapa gerangan lelaki itu didalam fikirnya kini hanya terbayangan wajah Shahir.


“Adira…Adira..Adira..” Mata sepek milik Adira terbuka apabila mendengar seseorang memanggilnya. Seorang lelaki sedang memangku kepalanya, wajah lelaki itu tidak kelihatan jelas. Mungkin Shahir, desis hatinya.


“Encik Shahir……” Panggil Adira dalam keadaan lemah.


“ Saya Umar Sufian, awak tak apa-apa Adira?” Bukan Shahir yang memangkunya tetapi Umar Sufian. Hatinya sedikit hampa. Akhirnya pandangan matanya kelam dan gelap gelita.

****

Adira memandang sekeliling bilik itu, bilik yang pernah dilihatnya. Dia berasa sangat lesu. Kepalanya masih lagi berdenyut-denyut. Dia cuba untuk bangun dari baringnya namun ada tangan menahannya untuk bangun.


“Adira jangan bangun, baring aje kalau nak apa-apa panggil makcik ye.” Ujar seorang wanita yang duduk disisinya. Berkerut muka Adira apabila melihat makcik itu. Kenapa dia masih disini bukan ditempat lain, itu yang terlintas dibenaknya.


“Makcik, macam mana Adira boleh berada kat sini?” Adira mahukan penjelasan dari wanita itu.


“Adira tak ingat apa-apa ke pasal kejadian tadi?” Kali ini giliran Adira di soal kembali oleh wanita itu.


Wajah Adira berkerut memikir kejadian yang menimpanya. Seingatnya selepas dia bergaduh besar dengan Shahir dia keluar dari rumah itu dan…kejadian itu menerpa di fikirannya. Air mata mengalir laju apabila memikir kejadian yang hampir meragut mahkota perempuannya.


“Adira jangan nangis nak, jangan risau semuanya selamat. Nasib baik budak-budak itu tak sempat buat apa-apa kat Adira.” Pujuk wanita itu.


“Mak cik tadi saya nampak Umar. Saya nampak Umar yang selamatkan saya. Saya nak jumpa dia boleh tak mak cik.” Pinta Adira. Wanita yang berada disisi Adira mengangguk mengerti lalu bangun memanggil Umar Sufian.


Umar Sufian melangkah masuk ke bilik itu sambil melemparkan senyuman manis kepada gadis yang berada di katil itu, dia membiarkan pintu bilik itu terbuka. Mereka bukan muhrim takut di salah erti oleh wanita itu tadi. Umar berjalan menghampiri Adira yang terbaring lesu lalu duduk di kerusi kecil yang berada di dalam bilik itu.


“Adira, awak okey? Kenapa awak lari dari rumah Shahir?” Adira tergamam dengan soalan yang diajukan oleh Umar Sufian.


“Bukan Adira lari tapi Shahir halau Adira. Adira tak nak cakap benda itu lagi, tujuan Dira panggil Umar sebenarnya nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan Adira dari penjahat itu tadi.” Umar Sufian tercengang dengan ucapan Adira.


“Adira, sebenarnya Shahir…”


“Stop it la Umar. Jangan sebut nama itu lagi. Hati saya benar-benar terluka dengan nama itu.” Deras air mata itu mengalir lagi di pipi Adira. Umar Sufian terkejut apabila melihat Adira menangis.


“Tapi Dira, awak kena tahu perkara ini. Jangan ikut kata hati Adira. Shahir cemburu dengan saya sebab itu dia marah dengan awak. Dia cemburu sebab sayangkan awak. Takkan itu awak tak nak dengar.”


“Dah terlambat Umar. Saya terluka. Saya benci dia Umar. Saya benci dia.” Adira sedikit menguatkan suaranya menunjukan dia tidak mahu lagi mendengar nama itu.


“Awak benci saya Adira. Setelah awak semai benih cinta dalam hati saya, awak benci saya. Saya mengaku saya salah sebab marah awak tuduh awak bukan-bukan tapi semua itu sebab saya terlalu cintakan awak. Saya tak nak hilang awak macam mana saya hilang Ira.” Tiba-tiba ada suara yang menyapa Adira di muka pintu bilik itu. Adira terkejut apabila Shahir muncul di dalam bilik itu. Adira melihat wajah Shahir yang penuh dengan kesan lebam agak kehairanan. Apa yang berlaku pada Shahir? Itu bermain di fikirannya. Namun cepat-cepat dihapuskan dari fikirannya. Kerana ada perkara yang lebih penting dari itu yang harus dia tahu.


Shahir cintakan aku?! Adira masih lagi terpnga-pinga mendengar pengakuan dari lelaki itu. Kenapa setelah dia lukai hati baru ingin meluahkan perasaan itu. Adira memanggungkan kepala kearah Shahir.


“Dah terlambat. Memang saya sayangkan encik, cintakan encik. Tapi encik dah lukai hati saya, tadi waktu saya perlukan encik. Encik tak ada untuk saya. Lupakan cinta itu encik Shahir. Lupakan.” Ujar Adira dengan penuh kemarahan pada Shahir. Ya, saat hampir sahaja kesucian diragut oleh remaja itu tadi dia mengharapkan Shahir yang menyelamatkan dirinya namun, Umar Sufian yang muncul pada saat itu. Adira memejamkan matanya apabila teringat peristiwa itu.


“Adira, awak salah. Bukan saya yang selamatkan awak. Ye memang sahaja ada disaat awak pengsan itu tapi bukan saya yang selamatkan awak.” Umar Sufian kembali bersuara. Dia perlu membetulkan perkara yang tidak betul. Keranannya Adira dan Shahir bertengkar hebat, kerananya juga Adira hampir dinodai.


“Apa yang awak cuba sampaikan Umar?”


“Sebenarnya, Shahir yang selamatkan awak tadi bukan saya Umar Sufian. Tapi Ahmad Shahir yang selamatkan awak. Shahir yang berlawan dengan budak-budak itu, saya hanya papah awak atas arahan Shahir.” Kini Adira baru sedar lelaki yang di lihat sedang bertarung dengan remaja mabuk itu adalah Shahir bukan Umar Sufian. Patutlah ada kesan lebam dimuka Shahir, rupanya lelaki itu yang telah menyelamatkan dirinya. Seribu penyesalan hinggap dihati Adira kerana berkasar dengan lelaki itu. Adira mencari Shahir namun tidak lagi kelihatan didalam bilik itu. Shahir terasa hati dengannya kerana sikap terburu-burunya itu. Sekali titik-titik jernih mengalir dipipi mulus itu.


****


Esakan kecil Adira kedengaran. Mak Kalsom yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik itu kelihatan terkejut dan memohon penjelasan dari Umar Sufian. Umar Sufian yang tadi berada dibilik itu hanya menayangkan jarinya keluar menunjukan ke arah Shahir lalu Mak Kalsom mengerti apa yang berlaku.


“Dira, nape nangis nie?” Tanya Mak Kalsom sambil menghapuskan air mata diwajah itu.


“Mak cik, Adira salah sebab marahkan Encik Shahir tanpa usul periksa.” Esakan Adira semakin menjadi-jadi. Mak Kalsom lalu memeluk gadis dihadapnya itu untuk menenangkan Adira.


“Encik Shahir cedera kerana saya. Pastu saya salah marahkan dia lagi pasti dia terluka dengan saya makcik.” Ujar Adira lagi.


“Adira..Shahir tak marahkan Dira tapi dia marahkan dirinya sendiri sebab dia hampir menyebabkan perkara buruk terjadi kepada Adira. Sejak Adira pengsan tadi, Shahir tak habis-habis salahkan dirinya. Dah jangan nangis lagi ye. Adira berehat la dulu biar semua tenang kita selesai kekusutan yang terjadi ini ye.” Pujuk Mak Kalsom. Umar Sufian hanya menjadi pemerhati sejak tadi mengangguk bersetuju dengan cadangan Mak Kalsom. Dia sudah mula rasa mengantuk dan lesu. Mak Kalsom bagaikan mengerti apa yang berada dalam fikiran Umar Sufian.


“Umar, gantuk ye jom mak cik tunjukkan bilik untuk Umar rehat dulu ye.” Senyum Umar Sufian apabila mendengar kata-kata Mak Kalsom.


“Adira tidur la dulu ye. Saya pasti Shahir tak marahkan awak lagi. Cuma dia beri ruang untuk awak berfikir. Tapi sekarang awak tidur rehatkan badan itu ye. Saya nak pergi rehat juga ini letih dan sangat mengantuk.” Ujar Umar Sufian kepada Adira.


“Tidur ye Adira makcik keluar dulu.” Mak Kalsom menarik selimut hingga ke dada Adira lalu menghadiahkan kucupan ke dahi Adira. Biar Adira tenang. Adira hanya menghadiahkan senyuman kepada Mak Kalsom dan Umar Sufian sebelum dia memejamkan matanya. Sungguh dia sangat letih dengan apa yang terjadi pada dirinya, biarlah dia berehat secukupnya untuk berhadapan dengan Shahir.


***


Dua hari berlalu dengan seribu penyesalan di dalam hati Shahir. Sejak dua hari itu juga Shahir tidak berada dirumahnya dia hanya menyewa di hotel murah sekitar rumah. Rindu pada gadis itu semakin menabal setelah dia meluahkan segala perasaannya pada Adira walaupun gadis itu tidak menerima kata-kata cintanya. Dia harus pulang kerumah, pekerjaannya ditinggalkan begitu sahaja tanpa memberi khabar berita kepada pembantunya. Pulang ke rumah menemui Adira untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka berdua. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Shahir singgah di kedai bunga. Hatinya riang memikir bunga apa yang harus dibelikan untuk Adira, dia bukan tahu Adira suka bunga apa. Setelah dia berada didalam kedai bunga itu, bunga pertama yang dilihat adalah ros biru yang cukup mendamaikan jiwa tanpa membuang masa Shahir menyuruh pekerja dikedai itu membungkuskan ros biru.


“Adik, saya nak bunga ros biru nie ye.” Sambil tersenyum manis ke arah budak perempuan yang bekerja disitu.


“Abang nak berapa kuntum ye? Atau abang nak satu sejambak?” Soal pekerja itu tadi kepada Shahir.


“Ok juga bagi saya sejambak dan tolong hias cantik-cantik ye.” Ujar Shahir. Sementara menunggu pekerja itu tadi mengubah ros biru itu, Shahir duduk di meja bulat yang disediakan khas oleh kedai itu untuk pelanggan yang sedang menunggu pesanan. Shahir ternampak satu majalah REMAJA yang menarik minatnya untuk melihat. Tangannya lincah membuka setiap helai mukasurat yang terdapat pada majalah itu hingga matanya dapat menangkap satu tajuk yang menarik minatnya untuk membaca.


“Butik SAS Semakin Mendapat Perhatian Walau Adira Shuhaimi Menghilang.”


Siapa tak kenal bila di sebut nama butik ini..SAS Butik, pemilik model terkenal, Siti Adira Shuhaimi telah mendapat perhatian dalam rekaan fashion yang terkini. Dengar kata si gadis yang lincah di pentas permodelan satu ketika dahulu telah bersara di usia yang masih muda. Dan Cik Saiko juga telah memdapat satu lagi khabar berita yang menyatakan Adira Shuhaimi kini menghilangkan diri. Betul ke? Jom bongkar tentang hal ini..


Biodata Adira Shuhaimi

Nama Sebenar: Siti Adira Shuhaimi

Tarikh Lahir: 19 September 1991

Asal: Kundasang, Sabah

Hobi: Menyanyi, Menjahit


Shahir sudah merasakan panas pada seluruh badannya. Bukan kerana tidak sihat tetapi kerana dia cuba menahan kemarahan. Shahir berlalu ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran segara, ingin pulang ke rumah untuk mendapatkan segala penjelasan dari Adira. Jelas terpampang di muka majalah itu muka Adira. Apa permainan yang cuba Adira bermain dengannya? Kenapa disaat hatinya baru sahaja berbunga riang menyatakan cinta pada gadis itu, satu pembohongan telah terbongkar? Pelbagai persoalan bermain di fikirannya sekarang.


“Berapa adik? Sekali dengan majalah nie?” Ujar Shahir pada pekerja kedai itu.


“Ekh..abang majalah itu saya tak jual.” Pekerja itu memandang pelik pada Shahir. Kedainya menjual bunga bukan majalah, lagi pun dia masih tidak membaca majalah yang baru di belinya dikedai hadapan kedai bunga itu.


“Saya nak beli majalah ini, cepat kira berapa harganya?” Suara Shahir kelihatan tegas menyebabkan pekerja itu tadi menjadi takut.


“ Semuanya RM50 aje abang. Majalah itu saya hadiah kat abang.” Ujar pekerja itu tergagap-gagap.


Shahir berlalu ke keluar dari kedai itu menuju ke keretanya. Masalah yang baru sahaja melanda dirinya harus di selesaikan dengan segara. Shahir merasakan dirinya dipermainkan oleh Adira.


****


Papp!!..


Satu Majalah REMAJA di hempas hadapan Adira. Adira yang baru sahaja selesai sarapan terkejut apabila di perlakukan begitu. Kelihatan wajah Shahril yang inginkan penjelasan dari Adira. Adira mencapai majalah itu dengan seribu pertanyaan. Helaian muka surat majalah itu dibuka hingga pada satu halaman dia tergamam melihat wajahnya terpampang besar.


“Encik Shahir, tak nampak lagi kan majalah nie?” Tanya Adira kepada Shahril dengan nada terketar-ketar.


“Buat masa sekarang kemungkinan besar abang tak nampak. Tapi itu tak menjaminkan apa-apa kak Ira. Shahril rasa kak Ira harus berterus terang pada abang. Kalau tak, segalanya akan berakhir seperti yang Shahril katakan dulu.” Terang Shahril.


“ Shahril, kena tolong kak Ira ye. Tolong jangan bagi encik Shahir nampak lagi majalah ini sampai kak terangkan sendiri pada dia ye.” Kelihatan Shahril menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan cadangan Adira itu.

Sedang rancak Adira dan Shahril berbincang, tiba ada suara asing memberi salam dari luar rumah itu.


“Assalamualaikum..”


“Walaikumsalam…mama…Aisyah!!..” Adira begitu terkejut apabila melihat wajah-wajah yang dirinduinya berada dimuka pintu rumah itu. Seperti dia bermimpi disiang hari. Adira berlari mendapatkan mamanya dan kawan baiknya lalu memeluk untuk melepaskan rindu yang bersarang dihatinya itu.


“Anak, mama sihat? Kenapa jadi begini pada anak mama? Umar dah ceritakan segala-galanya pada mama. Mama nak Ira pulang ke Sabah sekarang juga dengan mama ye.” Bertalu-talu perkataan yang keluar dari mulut Puan Salmah. Aisyah pula diam disisi Adira hanya memandang simpat kepada rakannya.


“Ma..kan Ira cakap, Ira perlukan sedikit sahaja masa lagi untuk menjelaskan segala-galanya pada dia. Mama dan Aisyah tunggu sekejap ye. Shahril, nie kenalkan mama kakak, Puan Salmah dan ini kawan baik akak dari kecil lagi Aisyah. Mama, Aisyah ini Shahril adik Shahir.” Adira memperkenalkan Puan Kalsom dan Aisyah kepada Shahril. Shahril lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Kalsom. Tiba-tiba Adira berlari ke dapur meninggalkan mereka bertiga. Shahril memainkan peranan sebagai tuan rumah menjemput tetamu untuk duduk diruang tamu rumah itu.


Adira kembali semula ke ruang tamu bersama Mak Kalsom. Dia ingin memperkenalkan mamanya kepada Mak Kalsom. Adira menghampiri Puan Kalsom lalu memeluk manja pinggang mamanya yang dirindui. Mak Kalsom kehairan melihat ada tetamu asing di dalam rumahnya.


“Mak, nie mama Adira, Puan Salmah dan ini pulak kawan baik Adira, Kak Aisyah. Makcik, Kak Syah nie mak Shahril yang Shahril cakap tadi.” Shahril bertindak memperkenalkan keluarga Adira kepada maknya.


“Puan Salmah, maaflah ingatkan sape tadi. Puan Salmah dah lama ke datang nie? Dira buat air untuk mama dan kawan Dira nie.” Ujar Mak Kalsom.


“Ekh Ira tak payah, Puan Kalsom tak payah berpuan-puan la dengan saya panggil nama aje. Lagi pun, saya ada benda nak dibincangkan dengan semua yang ada kat sini.” Balas Puan Salmah pada Mak Kalsom.


“Kalau macam itu jangan la panggil saya puan ye Salmah..panggil Kalsom aje.” Mak Kalsom memberi senyuman manis kepada Puan Salmah. Akhir mereka sama-sama ketawa. Untuk sedetik dua mereka terdiam untuk meneruskan kata-kata kerana masing-masing menunggu siapa yang ingin memulakan perbincangan itu.


“Mama nak bincang ape dengan Mak Kalsom?” Tanya Adira memecah kesunyian tadi.


“Begini Ira, mama nak Ira cerita dari mula hingga situati sekarang kenapa Ira berada disini kepada Mak Kalsom. Dan Kalsom, saya harap selepas apa yang Ira ceritakan kepada semua Kalsom akan memaafkannya.” Ujar Puan Salmah sambil mengenggam erat tangan anaknya itu. Mak Kalsom hanya sekadar tersenyum mendengar penjelasan Puan Salmah manakala Aisyah dan Shahril hanya berdiam diri sejak dari tadi biar lah mereka bertiga sahaja bersuara.


“Makcik sebelum Dira jelaskan kenapa Dira boleh wujud dalam keluarga ini, Dira ingin mohon maaf banyak-banyak kepada Makcik sekeluarga. Shahril dah tahu segala kebenarannya tinggal makcik dan Shahir sahaja belum tahu. Untuk Shahril, adik kak minta maaf bukan niat akak nak permainkan keluarga Shahril.” Ujar Adira dengan penuh perasaan.


“Tak akak, kehadiran akak telah banyak mengubah hidup abang Shahir, Shahril sepatutnya berterima kasih pada akak.” Shahril bersuara setelah lama berdiam diri. Belum sempat Adira meneruskan kata-katanya, Mak Kalsom mencelah.


“Makcik tak faham apa yang Dira cuba sampaikan kepada makcik. Shahril, apa nie? Mak tak faham.” Kerutan di dahi wanita tua itu kelihatan jelas di wajahnya.


“Sebenarnya makcik…”


“Sebenar perempuan nie penipu besar mak!!” Tiba-tiba ada suara asing yang datang dari pintu utama rumah itu. Kelihatan Shahir sedang berjalan masuk kedalam rumah sambil megang sejambak bunga dan senaskah buku seperti majalah. Semua yang berada di dalam ruang tamu itu terkejut dengan kenyataan keluar dari mulut Shahir.


Adira memandang Shahir dengan pelbagai reaksi. Mungkin rahsia besarnya bakal dibongkarkan oleh Shahir sebelum sempat dia menjelaskan kepada Shahir sendiri. Adakah Shahir masih mahu menyintainya seperti yang di rasai?


“Nah bunga nie dan majalah ini adalah cenderahati aku pada kau. Sekarang wahai Siti Adira Shuhaimi, pemilik butik SAS dan juga seorang model terkenal malah juga rangkap insan yang dicintai oleh Ahmad Shahir Ahmad, kau boleh kemas barang-barang kau dan berambus dari rumah aku. Cukup cinta palsu yang telah kau berikan kepada aku dan keluarga aku. Berambus dari hidup aku dan keluarga aku.!!” Kini Shahir begitu marah. Tiada lagi dia membahasakan dirinya ‘awak’, yang ada kini ‘kau’ dan ‘aku’.


Shahir menghempas bunga dan majalah yang dibelinya tadi dihadapan Adira. Semuanya tergamam melihat kejadian itu tadi. Wajah Adira kini pucat, manakala Mak Kalsom masih lagi tidak dapat memahami apa yang berlaku. Puan Salmah dan Shahril kini menunggu apa yang bakal terjadi antara Shahir dan Adira, mereka tidka mahu campuri urusan itu. Aisyah sudah menghampiri Shahir lalu menampar wajah Shahir. Aisyah yang sejak tadi diam kini bertindak melindungi kawan baiknya. Muka Shahir kemerahan menahan marahnya. Tak mungkin dia membalas tamparan seorang wanita.


“Awak terlalu kurang ajar Encik Shahir, Adira dah korban segala-galanya pada awak. Macam nie aje awak nak halau dia.” Aisyah menengking Shahir yang berada di hadapanya. Mereka yang berada diruang tamu begitu terkejut dengan tindakan Aisyah kepada Shahir. Adira masih lagi cuba menahan air mata yang ingin mengalir keluar menarik tangan teman baiknya ke belakang.


“Syah, biar aku yang selesaikan masalah yang aku timbul ini.” Ujar Adira.


“Kau nak jelaskan apa lagi hah?!.. Macam ini kau lakukan pada aku sekeluarga. Aku ingat kau jujur dan ikhlas menyintai aku, tapi kini ape? Kau tahu betapa sakitnya hati ini lebih sakit dari Ira meninggalkan aku dulu. Aku lupakan Ira kerana cinta dan kasih sayang kau cuba berikan kepada aku ikhlas dari hati kau, tapi aku salah. Aku salah jatuh cinta pada kau. Mungkin sebelum ini kau belum dengan aku ucapkan ungkap ini. Memang hari ini aku nak confess perasaan aku kat kau tapi sekarang..tapi kau jangan takut, aku akan lakukan jugak.” Kata-kata Shahir berbekas dihati Adira. Air matanya sekali lagi gagal ditahan akhirnya mengalir dipipi nya. Adira masih lagi kelu untuk berkata-kata, jika dulu saat mula dia muncul dirumah Shahir ada sahaja kata-kata yang dibalas oleh Adira tpai hari ini dia sudah tiada kata untuk membalas. Kerana kesalahannya kepada Shahir. Hati itu telah dia sakiti.


“Siti Adira Shuhaimi, saya Ahmad Shahir Ahmad..menyintai dirimu lebih dari diri ini. Jika dulu Ira berada di hati ini tapi hari ini ruang istimewa yang menempatkan Siti Shahira Saad telah digantikan dengan mu wahai puteri ku. Cinta aku kini milikmu untuk hari ini dan selamanya….” Tangis Adira kian menjadi-jadi setelah mendengar luahan hati Shahir. Mereka yang berada di rumah itu juga mula mengalirkan air mata selepas mendengar luah jujur dari Shahir.


“Tapi, cinta saya pada awak hanya terhenti disini. Wahai puteri ku, lupakan kisah kita berdua, kau dan aku tak mungkin bersatu untuk selamanya. Hati ini telahpun kau sakiti. Apa yang aku ingin kata kan, I LOVE U, ADIRA..but.. now I HATE U. Aku telah buangkan rasa cinta itu dari hati aku. Go and leave me alone and don’t you appear infront me again. I suppose you and me never know each other. Goodbye Adira sayang ku. Setelah Shahir meluahkan segala rasa dihatinya dia meninggalkan Adira yang masih lagi terkejut dengan kata-kata yang diluahkan oleh Shahir kepadanya.


Shahir berlalu dengan seribu perasaan yang kini bertapak dihatinya. Geram..marah..dilukai..sedih..cinta..EGO.! Ego kini melebih segalanya. Jika bukan kerana ego ingin sahaja dia mengelap air mata yang jatuh di pipi gadis kesayangannya namun kerana penipuan yang dilakukan oleh Adira, marahnya melebih segalanya.


‘Pergi Adira, jangan awak muncul lagi dalam hidup aku..saya relakan awak pergi….’ Bisik hati Shahir.


Aku yang mengejar baying cinta,

Kini terbiar,

Terpendam kata,

Tak terungkap selamanya,


Pedihnya hanya aku yang merasa,

Mahu memilikinya,

Aku hanya hamba cinta,


Bisik hatiku lepaskan dirinya,

Sungguh aku tak bisa,

Biarlah ku sendiri,

Tanpa kasih dihati,

Aku tak mampu pertahankan lagi,

Cinta yang menyakiti,

Biarlah aku pergi,

Tanpa kasih dihati,


Pedihnya hanya aku yang merasa,

Mahu memilikinya,

Aku hanya hampa cinta,


Bisik hatiku lepaskan dirinya,

Sungguh aku tak bisa,

Biarlah ku sendiri,

Tanpa kasih dihati,

Aku tak mampu pertahankan lagi,

Cinta yang menyakiti,

Biarlah aku pergi,

Tanpa kasih dihati,


Aku tak mampu pertahankan lagi,

Cinta yang menyakiti,

Biarlah aku pergi,

Tanpa kasih dihati,

Aku yang mengejar bayang cinta…...