MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Thursday, March 17, 2011

Ku Ada Kamu_7



BAB 7

Sejak peristiwa yang berlaku pada malam itu, Shahir dan Adira semakin akrab namun dalam keakraban mereka itu, ada juga pertelingkahan antara mereka berdua hingga akhir Adira akan merajuk untuk beberapa hari. Bagi Shahir, dia suka mengusik Adira kerana perangai keanak-anakkan Adira akan terserlah bila diusiknya dan apabila dia bersama Adira dia merasakan Ira sentiasa dekat dengannya bahagia bersamanya walaupun dia tahu itu bukan Adira. Sejak kejadian malam itu juga, Shahir sudah tidak seperti dulu lagi tiada lagi masa malamnya di tepi kolam renang rumahnya, ada sahaja aktiviti malam yang terisi dengan Adira. Ada satu malam itu, Adira datang padanya di tepi kolam mengajak dia berenang di dalam kolam itu. Baginya bukan dia tidak mahu tapi Adira masih lagi tidak tahu bahawa dia begitu fobia dengan air sejak kehilangan ayah dan adik perempuannya dan kali terakhir dia berenang semasa menyelamatkan Ira, pasa masa itu entah dari mana datangnya kudrat dan kekuatan untuk melakukan perkara yang ditakutinya mungkin kerana CINTA. CINTA bisa membuat yang susah menjadi senang, yang takut menjadi berani dan yang sakit menjadi sembuh.

Kehidupan Adira juga semakin berubah jika dulu menunaikan kewajipan kepada Allah S.W.T di ambil sambil lewanya, namun sejak mula hidup dalam keluarga Shahir dia mula mendekatkan diri padaNya. Permintaannya pada Aisyah juga telah di laksanakan dan kini setiap kali solat berjemaah pasti Adira akan turut serta hanya bila dia mendapat cuti AM sahaja Adira tidak akan menyertai mereka.

Suatu hari sedang Adira sibuk memasak di dapur sambil menyanyi kecil lagu kegemarannya, Adira dapat merasakan seluruh urat saraf badannya kejang hingga dia tidak mampu untuk berdiri lagi.

'Pranggggg!!!'

Pinggan yang di pegang oleh Adira terhempas jatuh berderai kaca menaburi lantai di mana Adira berada. Adira mula merasakan tubuh badannya kian lemah dan sakit yang kian menyerang perutnya hingga menyebabkan Adira tidak mampu berbuat apa-apa, mungkin sakitnya datang lagi dan dia tidak sempat mengambil ubat yang selalu di bekalkan oleh mamanya setiap kali dia kemana-mana walaupun dalam tempoh masa yang sekejap ubat itu memang selalu di bawanya. Di rumah, tiada siapa yang ada cuma Adira yang tinggal kerana Mak Kalsom ke masjid untuk mengikut kelas agama manakala Shahir akan pergi menghantar Mak Kalsom selepas itu dia akan terus ke pejabatnya untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak walaupun hari cuti. Kesakitan yang di rasa oleh Adira semakin lama semakin mencengkam urat perutnya hingga hanya kedengaran tangisan kecil yang mampu Adira lakukan saat ini. Sementara itu, dapur yang di gunakan oleh Adira sebentar tadi telah mengeluarkan asap yang tebal akibat dari periuk yang berada di atas dapur itu terlalu panas hingga menyebabkan kebakaran kecil. Asap kini telah memenuhi ruang dapur rumah itu.

Sementara, di garaj Shahir baru sahaja meletakkan keretanya. Mak Kalsom keluar menuju ke dalam rumah sambil memberi salam kepada Adira,namun Mak Kalsom terbau sesuatu yang hangit menusuk hidung. Mak Kalsom berjalan menuju ke dapur untuk mencari Adira dan memastikan bau apa yang di hidunya. Setibanya di dapur mak Kalsom ter kejut apabila melihat dapurnya di penuhi asap dari kebakaran kecil yang berlaku di atas dapur itu dnegan segera mak Kalsom menutup api yang menyala itu tadi dan membawa periuk yang terbakar itu ke dalam sinki dan memadamkan api yang masih menyala itu. Shahir yang sedari kejadian dari dapur rumahnya itu, terus berlari ke arah dapur untuk melihat apa yang berlaku dan kelihatan maknya kalut sedang memadamkan api. Shahir mendapatkan maknya untuk mendapat kepastian apa yang berlaku, apabila meliaht keadaan dapurnya seperti di tinggalkan oleh Adira yang sedang memasak namun kemana menghilangnya Adira dengan keadaan yang begini. Mungkin sesuatu yang terjadi pada Adira, Adira tidak cuai melakukan kerja-kerjanya.

" Mak kenapa nie? Ape yang dah berlaku nie? Mana Dira? " Tanya Shahir dengan kalut.

" Entah la Shahir, mak masuk tadi dah asap berkepul-kepul dari dapur nie. Mak tak sedap hati la Shahir." Ujar Mak Kalsom pada Shahir.

" Adira..Dira...Dira!! mana lak Adira nie." Shahir terjerit-jerit memanggil Adira namun tiada sahutan.

Shahir melangkah kakinya ke arah pintu belakang yang masih terbuka itu untuk memastikan Adira tidak di culik atau melarikan diri dari rumah ini. Shahir menjengukkan kepalanya keluar untuk melihat mungkin ada Adira berada diluar namun hampa, mak Kalsom pula menuju ke bilik Adira untuk memastikan dia ada di bilik itu namun juga menemui jalan yang hampa sama seperti Shahir. Sedang Shahir berjalan menuju ke meja makan dia, dia bagaikan tersepak sesuatu yang berada di bawah itu lalu Shahir menundukkan kepalanya untuk melihat apa yang dilanggarnya tadi, alanngkah terkejutnya apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring lesu di situ.

"Dira..!!! Bangun..!! Adira..!!...Makkkkk.....!!!! " Rupa-rupanya tubuh Adira yang di langgar oleh Shahir tadi lalu dia menjerit memanggil mak Kalsom setelah percubaannya mengejutkan Adira tidak berjaya.

Mak Kalsom yang berada di dalam bilik Adira tadi berlari kecil mendapatkan Shahir yang berada di dapur, dan dia melihat anaknya sedang merangkul tubuh kecil Adira yang terbaring lesu itu.

" Kenapa nie Shahir, Dira bangun nak..Adira..." Mak Kalsom meghampiri anaknya dan Adira dengan cemas melihat keadaan itu dan lalu mak Kalsom bangun sekali untuk mengambil air dan diberikan kepada Shahir.

Mulut Shahir terkumat-kamit membaca ayat suci al-Quran ke gelas yang di hulurkan oleh Mak Kalsom sebentar tadi dan lalu menyapukan air itu kemuka Adira. Dengan pelahan-pelahan Adira membuka mata, namun masih lagi tidak dapat mengerakkan badannya akibat kekejang itu tadi. Adira cuba untuk berkata sesuatu pada Shahir namun suaranya tersekat kerana menahan kesakitan.

" Adira, nape nie? Jom kita g klinik." Shahir mengangkat Adira dari baringnya itu. Adira sedaya upaya mengelengkan kepalanya menunjukkan bahawa dia tidak mahu ke klinik dan menghalakan tangannya ke arah biliknya.

"Ad...ira....nak...mas..masuk bi...lik..." Mak Kalsom memimpin Adira ke biliknya, manakala Shahir berada di belakang Adira supaya senang bertindak kalau Adira pengsan lagi. Dibilik Adira, Mak Kalsom membaringkan Adira di atas katilnya.

" Dira, kita g klinik ye nak..mak cik risau tengok kamu. Muka pucat, badan sejuk semacam nie." Ujar Mak Kalsom lagi. Namun Adira hanya mengeleng menunjukkan dia tidak mahu ke klinik.

Adira cuba bangun dari baringnnya, namun keadaannya masih lemah dan kesakitan.

"Awak nie kenapa degil sangat..ajak g klinik tak nak. Sekarang nak buat ape lak? Tido situ diam-diam la." Marah Shahir. Shahir begitu kelihatan risau apabila terjumpa Adira terbaring lemah tadi di dapur, dia tidak mahu sesuatu terjadi pada Adira kerana Adira telah berjaya menyelamatkan dirinya dari masalah yang dihadapinya.

"Saaa...ya...nak am...bil....uuu..bat..." Ujar Adira sambil menahan kesakitan yang masih menjalar pada tubuh badannya. Tangannya cuba untuk mencapai laci almari kecil yang berada disebelah katilnya itu, namun pegerakkannya di halang oleh Shahir yang sudah berada di sebelah Adira untuk menolong mengambil ubat yang di maksudkan oleh Adira sebentar tadi. Setelah Shahir membuka laci almari kecil dia masih tercari-cari ubat Adira akhirnya ubat itu ditanganna.

" Nie ke ubat awak? Mak mintakkan air yang saya buat tadi itu." Ujar Shahir dan Mak Kalsom berlalu ke dapur untuk mendapatkan air. Manakala Adira masih terbaring memeluk lututnya sambil menahan kesakitan yang masih terasa.

Kelihatan mak Kalsom datang membawa segelas air kosong yang telah di bacakan ayat al-quran oleh Shahir sebentar tadi, mak Kalsom duduk di birai katil Adira sambil membangunkan Adira untuk bersandar di katilnya.

" Adira, meh kita makan ubat ye." Ujar mak Kalsom sambil memangku badan Adira.

Setelah selesai Adira memakan ubat, Adira menghampiri mulutnya ke telinga Mak Kalsom seperti ingin memberi tahu sesautu padanya.

"Shahir, kamu keluar dulu ye? Biar mak aje tengokkan Adira nie." Mak Kalsom kembali bersuara lagi.

"Kenapa Shahir nak kena keluar pulak. Mak pergi rehat biar Shahir tengokkan Adira nie, lagipun nanti kalau jadi apa-apa lagi susah." Bantah Shahir dengan Mak Kalsom. Bukan Shahir tak mahu mengikut kehendak maknya tapi kerana dia terlalu risau melihat keadaan Adira yang pucat dan tidak bermaya itu. Hatinya turut sakit apabila melihat Adira menahan kesakitan yang di tanggung itu. Adakah Shahir sudah jatuh cinta pada Adira? Lamunan Shahir tiba-tiba di ganggu dengan suara mak Kalsom yang menghalaunya keluar dari bilik itu.

" Ini hal orang perempuan, awak lelaki duduk kat luar jangan risau Adira tak ada apa-apa sangat." Bisik mak Kalsom lalu menguncikan pintu bilik itu.

Kini di dalam bilik itu hanya tinggal Adira dan Mak Kalsom manakala Shahir diluar mundar-mandir seperti menunggu isteri yang sedang sakit untuk bersalin. Shahir memikirkan apa yang dibuat oleh mak Kalsom hingga tidak benarkan dia untuk serta bersama-sama. Hati lelakinya tercuit dengan rasa kerisauan apabila melihat sang gadis yang mirip insan yang tercinta ditimba musibah sakit hinggakan Shahir mahu sahaja terus membawa gadis itu ke klinik supaya dia dapat memberi rawatan yang lebih sempurna. Dia tidak mahu kehilangan orang yang dia mula memuja dalam diam walaupun mindanya menidakkan perasaan itu namun hatinya tidak mampu menipu. Cukuplah ayah, adik perempuan dan Ira pergi meninggalkannya kerana dirinya jua jangan Adira. Jika Adira mahu pergi dari hidupnya jua, bukan pergi meninggalkan dirinya untuk selamanya biar jarak memisahkan Shahir dan Adira dia masih sanggup asal wajah itu dapat dilihat dimuka bumi ini lagi.

***

“ Mak cik, jangan bagi tahu Shahir yang saya sakit ini sebab itu ye.” Ujar Adira setelah berjaya mengatasi kesakitan yang dihadapinya tadi.

“Kenapa Dira taknak bagi tahu Shahir? Kalau Dira boleh lihat muka Shahir masa jumpa Dira pengsan tadi, Dira akan faham apa perasaan dia bila masa dia kehilangan Ira dulu.” Jelas Mak Kalsom sambil memandang sepi pada Adira. Keadaan bilik menjadi sepi seketika apabila Adira dan Mak Kalsom melayan perasaan masing-masing.

“Tak apalah Dira, mak cik keluar dulu ye, kamu rehatlah dulu muka itu masih pucat lagi makcik tengok. Rehat ye, mak cik keluar dulu.” Mak Kalsom terus hilang di sebalik pintu itu.

Adira masih lagi berbaring lesu akibat dari kesakitan yang dialaminya itu. Adira masih lagi memikir apa yang dicakapkan oleh Mak Kalsom padanya, Shahir begitu risau melihatnya sakit sebegitu kerana takut terjadi perkara yang sama berlaku pada Ira. Adira maish lagi tidak memikirkan maksud yang cuba disampaikan oleh Mak Kalsom padanya. Haruskah dia terus bertanya pada Shahir atau biarkan sahaja. Matanya terpejam rapat masih lagi memikirkan perkara itu, namun dengan pantas seperti ada lampu mentol yang menyala diatas kepala menunjukkan idea sedang berada difikirnya. Adira melompat bangun dari katilnya menuju ke almari untuk mendapatkan iPhone nya untuk menghubungi teman baiknya untuk menanyakan hal itu, mungkin Aisyah tahu apa yang tersirat dengan kata-kata Mak Kalsom padanya tadi. iPhone milik Adira kini ditangannya dengan pantas dia menekan butang ‘CALL’ untuk menelefon Aisyah.

Adira: Salam Ecah bucuk!!...

Aisyah: Salam..Ira………..!!! Ko memang gler la.

Adira: Ekh napa ak gler lak..wei babe, ak nk ask question kt ko nie..

Aisyah: Ape ko ingat ak kaunter pertanyaan ke hah!!..Ape soalan ko?...

Adira tersenyum apabila mendengar Aisyah berminat untuk soalan itu.

Adira: Tadi, ak pengsan macam selalu ak jadi la. Pastu encik Shahir jumpa ak tengah landing baiknya kt dapur sebab ak dah bakar dapur dia ko tau tak.

Sambung Adira lagi.

Adira: Pastukn..pastukan…

Aisyah: Pastu pastu,..pastu ape?? Hayoi minah nie……

Adira: Hihihihi, pastu dia angkat aku babe masuk bilik, ko tau la kan angkat kalau penyakit itu datang ak dh tak boleh buat apa, dia nk bawa aku g klinik tapi ak tak mahu sebab ak dah ada ubat mama dh bekalkan untuk aku.

Aisyah: Pastu yang ko cemas ala lemas kola k nie nape? Jangan kata ko dh tangkap cintan sama itu bos ko.

Adira: Bukan la, ko nie. Tadi masa ak tengah bergelut dengan kesakitan, mak Kalsom cerita kat ak yang muka bos ak 2 risau.

Aisyah: Ala standartcarter la tue, kalau ko pengsan depan ak pun ak risau juga. Apa yang nak dihiraukan sangat.

Adira: Hish ko nie tak faham la apa yang aku cuba sampaikan kat ko. Tue la makan asam boi banyak sangat kan dah bengap.

Aisyah: Wei, ak tak bengap ekh..ko memang tak sayang mulut agaknya. Nak try makan heel 3inci tak?

Adira: Sorry la my friend. Listen what I want talk now..listen carefully until the end my explanation.

Setelah lama Adira mendiamkan diri dalam perbualanya dengan Aisyah, teman baiknya dia menyambung perbual itu.

Adira: Mak Kalsom bagi tau ak tadi, muka Shahir sangat risau bila Nampak ak pengsan sama reaksi dia masa arwah Ira sakit dulu. Ko tahu ape maksud itu Aisyah? Ak tak faham kenapa mak Kalsom kata macam itu kat ak tadi.

Aisyah terdiam mendengar segala penjelasan dari Adira, perkara yang ditakutinya kini menjadi kenyataan. Kini Shahir dan Adira mula menanam bunga-bunga cinta didalam hati masing meskipun mereka masih tidak sedarinya.

Aisyah: Ira, ko tau ape maksud mak Kalsom itu pada ko?

Adira: Ak tanya ko la mak cik! Ak nak jawapan dari ko bukan soalan.

Aisyah: Makna dia, perasaan Shahir pada ko sama dengan arwah Ira.

Adira: Ak lagi tak faham, mana la ak tau perasaan Shahir kat arwah Ira. Ak mana pernah jumpa Ira. Ko nie lagi serabut la kepala ak.

Aisyah terdiam, dia memikirkan kenapa harus Adira tidak faham maksud itu. Susah jika punya kawan yang sangat gila-gila dan bentul, walaupun jelaskan dekat mata yang Shahir menyayangi Ira namun Adira masih lagi menjadi minah yang blur.

Adira: Hello cah! Ko ada lagi ke kat situ.

Aisyah: Adala, jangan la jerit cair taik telinga ak tau tak. Ak rasa suatu hari nanti ko akan faham perasaan Shahir pada Ira macam mana. Aku nak cau dulu.

Adira: Wei ko nie..yelah, nanti free ak kol ko g ye..rindu ko tlg pluk cium syg ak kt mama ye.

Aisyah: Ye, mama ko pun rindu juga, jangan lupa makan ubat tau. Bye Salam.

Adira: Salam.Bye.

Selepas Aisyah memutuskan talian, Adira bergegas ke almari pakaiannya untuk menyimpan telefonnya kembali. Dia kembali ke katilnya lalu berbaring untuk merehatkan dirinya kerana kesakitan itu masih lagi terasa walaupun tidak seteruk tadi. Adira memejamkan mata sambil memikirkan perkara yang cuba disampaikan Mak Kalsom dan Aisyah sebentar tadi. Tiba-tiba dia terfikirkan mamanya di Sabah, air mata jernih mengalir kerana mengenangkan mamanya. Jika dia sakit dahulu mamanya pasti akan setia menunggu hingga Adira sembuh tapi kini tiada siapa yang menemannya Adira terlalu merindukan mamanya. Tangisan Adira semakin menjadi dan akhirnya akibat kesan dari ubat yang dimakannya itu menyebabkan Adira terlelap.

Bersambunggg.....^^

azma_aifa



No comments:

Post a Comment