MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Wednesday, March 23, 2011

Ku Ada Kamu_8


Pujangga berkata…

Cinta tak semudah ABC, 123, ALIF BA TA…Cinta juga tak semudah makan kacang..Tapi cinta mudah bila kita sudah memiliknya kerana CINTA itu INDAH..^-^

****

“Aisyah, makcik nak kamu bagi tahu makcik mana Ira sekarang?” Aisyah sudah gelisah apabila di soal oleh Puan Salmah, mama Adira. Sudah hampir 4bulan dia berjaya menyembunyikan Adira tapi hari ini mama Adira cuba mengesan anak tunggalnya itu.

“Ira, dia…dia ada kt KL makcik. Jangan risau lah.” Jawab Aisyah dengan tergagap-gagap. Mana bisa dia ingin membohongi mama Adira yang di anggap seperti ibunya sendiri. Wajah tua itu di pandangnya dengan penuh rasa bersalah.

“ Mak cik tahu Ira ada kat KL, dan makcik tahu Ira ke KL bukan atas urusan Butik dia kat sana sebab mak cik dah kol pekerja dia kat sana cakap yang Ira tak pernah muncul kat butik itu sekali pun sejak 4bulan ini. Jujur gan makcik Aisyah kalau kamu hormat makcik macam ibu kamu.” Tegas Puan Salmah. Kehilangan anak tunggalnya dapat dihidu sejak seminggu yang lalu. Anak tunggalnya kini tiada lagi menghantar berita menyebabkan dia mula risau dan mengambil tindakan menelefon sendiri ke butik milik anaknya di Kuala Lumpur namun hampa apabila Puan Salmah menerima berita Adira tidak berada di situ.

Aisyah masih lagi terkulat-kulat apabila ditekan dengan kenyataan yang baru sahaja Puan Salmah sampaikan, Puan Salmah sudah tahu ketiadaan anaknya di butik itu. Baru semalam Adira menghubungi Aisyah kerana menanyakan hal Mak Kalsom padanya. Aisyah tidak sanggup lagi membohong mama Adira biarlah Puan Salmah tahu agenda penting anaknya itu. Aisyah tekad.

“ Betul makcik, Ira tak pernah ke butiknya…sebenarnya…”

“ Mana Ira sekarang? Sanggup Ira dan Aisyah tipu mak cik. Ira tak pernah hidup berdikari Syah, macam mana kalau ada sesuatu terjadi pada dia? Kalau dia sakit macam selalu macam mana? Ya Allah..apa semua nie Syah.” Bulat mata Puan Salmah apabila mendengar kenyataan dari mulut Aisyah.

“ Adira ke KL sebab nak cari orang yang selamatkannya dulu, dia ken asana untuk balas budi orang itu. Mak cik jangan la risau semalam Adira kol saya dia cakap sihat-sihat sahaja kat sana. Pasal sakit dia tue mak cik pun jangan risau sebab Adira bawak ubat bersama dia.” Jelas Aisyah pada Puan Salmah. Kelihatan jelas pada raut wajah Puan Salmah masih lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan dari Aisyah.

Penjelasan demi penjelasan telah dibuat oleh Aisyah pada Puan Salmah dari Adira mula berjumpa dengan Shahir hinggalah Adira menjadi pembantu dirumah Shahir selama enam bulan demi membalas jasa baik yang telah Shahir berikan kepada Adira. Puan Salmah mengeluh apabila memikirkan anak tunggalnya yang entah mahu kelihatan matang dalam membuat keputusan, sanggup membohonginya kerana mahu membalas jasa orang yang telah menyelamatkannya.

“Aisyah, telefon Adira sekarang. Dia mesti pulang ke Sabah hari nie juga kalau tak mak cik tak akan maafkan dia.” Ujar Puan Salmah.

“ Tapi mak cik susah, sebab Adira selalu off fon dia kalau mak cik nak saya kol malam nanti baru boleh sebab selalunya time macam itu Adira akan on fon dia.”

“Baik, tapi Syah kena ikut rancangan mak cik, Adira mesti diberi pengajaran supaya dia tak membelakangi mak cik lagi dan melebihkan kamu dari mak cik. Kalau kamu tak nak ikut rancangan mak cik, tiada maaf bagi kamu Aisyah.” Membulat mata Aisyah apabila mendengar Puan Salmah berkata begitu kepadanya. Apa-apa pun dia harus mengikut rancang Puan Salmah itu jua. Aisyah menganggukkan kepalanya menandakan dia setuju untuk melaksanakan segala rancangan Puan Salmah. Mama dan anak sama sahaja bila otak mula memproses rancangan yang gila Aisyah akan menjadi mangsanya dan orang tengah untuk melaksanakan tugas-tugas rahsia ini.

Puan Salmah mula menerangkan segala jalan cerita untuk memberi pengajaran kepada anak tunggalnya kepada Aisyah, dia mengharap Adira akan lebih menghargainya sebagai mama yang menjaganya dari kecil lagi. Berkerut wajah Aisyah mendengar rancangan mama Adira, pada mulanya dia tidak bersetuju dengan idea gila itu namun setelah diyakini oleh Puan Salmah baru dia yakin untuk turut serta. Kalau rancangan ini berjaya ada bagusnya untuk Adira dan lebih senang untuknya membawa pulang Adira ke Sabah tanpa ada pihak yang terluka.

****

Kesakitan yang dialami oleh Adira kini sudah membaik dan dia sudah boleh untuk melakukan kerja hariannya dirumah Shahir itu. Namun dari jauh kelihatan muka Shahir yang sedikit tidak berpuas hati dengan Adira kerana menyembunyikan penyakitnya itu, bukan niat Adira tidak mahu memberitahu Shahir tetapi dia malu untuk memberi tahunya. Dari sejak pagi tadi gerak-gerinya di awasi oleh Shahir hinggakan dia mula rimas diperlakukan begitu. Adira sedang menyapu halaman rumah manakala Shahir pula sedang duduk atas buaian dihalaman sambil membaca majalah REMAJA. Adira tersenyum bila melihat Shahir sedang mengawasinya sambil berbisik pelan.

“ Kalau ye pun nak intai aku, jangan la baca majalah REMAJA Nampak sangat dok sekodeng aku. Giler punye bos, ak baru sengugut aje bukan sakit barah ke ape. Haiyaaaaaa.” Keluh Adira lalu menepuk dahinya pelahan. Shahir menyedari mulut Adira terkumat-kamit membebel seorang diri dan berjalan ke arahnya lalu duduk di atas buaian bersamanya.

“ Encik Ahmad Shahir Ahmad..” Panggil Adira. Kelihatan Shahir berlakon tidak menyedari kehadiran Adira dihadapanya.

“Ye..kenapa? Tak boleh tengok orang senang asyik kacau aje. Tak Nampak ke saya tengah baca majalah nie.” Shahir berpura-pura marah kepada Adira.

“ Kalau ye pun nak membaca jangan la baca majalah REMAJA..Encik Shahir intai saya lagi ye?” Adira tersenyum sambil menayangkan sebaris giginya yang bersih itu.

“Mana saya intai awak? Saya Cuma risaukan awak itu aje. Macam mana kalau awak pengsan macam semalam, siap bakar dapur rumah saya lagi. Sape nak bertanggungjawab?” Ujar Shahir pada Adira. Majalah yang dipegang oleh Shahir diletak disisinya supaya senang dia berkomunikasi dengan Adira, dia mahu jua penyelasan tentang hal yang berlaku semalam hampir gugur jantung apabila melihat Adira terbaring lesu didapur.

“Saya bukan suka-suka nak landing kat dapur tue, tapi dah tahan sakit sangat la. Encik tahu dulu masa kat Sabah saya landing kat halaman rumah saya. Saya landing pagi tengahari baru mama jumpa saya, lepas itu ape lagi mama mengamuk sakan la sampai sekarang mama mesti akan kira waktu-waktu saya akan landing.” Dengan penuh semangat Adira bercerita pada Shahir dengan mimik muka yang begitu serius tapi ada comelnya. Shahir mengeleng apabila mendengar cerita Adira, kerana dia dapat menyangkakan bahawa sakit Adira sudah lama bersarang dalam diri kecil molek itu. Shahir bertekad untuk mengetahui juga penyakit Adira, kerana dia begitu risau melihat keadaan Adira semalam dia tidak mahu perkara sama berlaku pada Adira seperti Ira. Kalau sakitnya kronik pasti ada ubat yang boleh menyembuhkan biarlah harganya mahal asalkan Siti Adira Shuhaimi boleh menjadi pembantu rumahnya. Hati lelakinya semakin sayang dengan Adira namun masih lagi tidak menyedari hakikat itu kerana ego dia cuba menyembunyikan rasa yang indah itu, dia ingin setia pada Ira.

Adira menjadi pelik apabila melihat majikannya sedang renung wajahnya yang sememangnya comel itu. Adira mengawangkan tangannya dihadapan muka Shahir tapi masih lagi tiada reaksi daripada Shahir. Tiba-tiba Adira mendapat idea untuk mengenakan majikannya itu yang masih tenggelam dalam dunia ilusinya. Adira mendekatkan dirinya kepada Shahir lalu berbisik satu perkataan yang mengejutkan Shahir.

Ash-hadu an la ilaha illa llah wa ash-hadu anna muhammada rro sulu llah …” Adira mengucap dua kalimah ditelinga Shahir.

“Hoit!! Ya allah..awak nie kenapa?! Awak nak saya mati mengejut ka hah?!!” Marah Shahir pada Adira. Sedang enak dia berilusi tiba-tiba terdengar alunan dua kalimah syahadah ditelinganya.

“ Tak ada ..encik dok berangan sampai saya panggil pun tak sedar. Ustaz saya cakap, kalau kawan atau orang yang dekat dengan kita panggil tak sedar juga kita azan kat telinga dia atau mengucap.” Adira tersengih melihat wajah Shahir yang sedikit terkejut. Shahir memandang wajah Adira dengan penuh perasaan yang tidak puas hati, namun dia cepat membatalkan niat untuk terus memarahi Adira. Ada perkara penting yang ingin dia selesaikan bersama Adira.

“Ok sekarang saya nak awak serius.” Ujar Shahir.

“Ok serius!” Mimik muka Adira juga berubah menjadi serius tetapi jelas kelihatan Adira cuba menahan ketawanya. Bukan apa takut dimarahi oleh majikannya setelah dia mengenakan Shahir itu hingga kemerahan mukannya menahan marah.

“ Awak jujur dengan saya..awak sakit ape sebenarnya? Kenapa pada mak awak bagi tahu tapi pada saya awak tak bagi tahu.” Adira tersenyum apabila mendengar soalan yang diajukan kepadanya. Ingatkan Shahir akan bertanyakan soalan hidup mati, contohnya ‘Do you marry me?’ tak kena haru biru pink kalau Shahir menanyakan soalan itu. Apa yang akan dijawabnya, ‘Yes, I will..’ tapi dia tak akan cakap begitu pada Shahir kerana tugasnya bakal berakhir lagi dua bulan dari sekarang. Tak Mungkin.

“ Adira!! Berangan lak dia ye siap tenung muka saya yang hensem lagi kacak nie.” Adira mencebik apabila disergah oleh Shahir. Padan mukanya juga kerana boleh berangan benda yang luar biasa.

“Ye..memang la saya sakit. Tapi jangan risau la bukan tahap kena g bilik bedah and then boleh buang sakit saya nie. Orang Sabah nie penyakit yang alah bisa tegal biasa encik.” Dengan yakin Adira menjawab namun tidak menepati kepuasan jawapan yang dikehendaki oleh Shahir.

“Siti Adira Shuhaimi, I’am serious!! So please…”

“Ok..susah tol dapat bos yang terlalu ambik berat tentang pekerja nie. Macam saya nie bini dia.Huh!!” Rungut Adira didengari Shahir.

“ Awak dah macam bini saya tau tak?! Apa yang berlaku pada awak adalah tanggungjawab saya. Faham jangan nak merungut atau saya potong gaji awak.” Tegas Shahir lagi.

“ Sejak bila saya jadi bini encik..??” Adira sedikit keliru apabila Shahir mengeluarkan kenyataan ‘ awak dah macam bini saya’ sedangkan Shahir tidak perasaan yang dia terlepas cakap untuk hal itu.

“Awak jangan nak gelak dari jawab soalan saya. Awak nak jawab ke tak nie? Kalau tak potong gaji.” Soal Shahir.

“Ala tak ada modal lain ka nak ugut saya asyik-asyik potong gaji, potong la kalau berani.” Ugut Adira kembali kepada Shahir.

“Awak jangan cabar saya Dira, saya potong 70% gaji awak biar awak tak boleh shopping. Lagipun saya dengar hujung bulan nie ada sale kat Times Square, rasa macam nak g shopping lak hujung bulan nie.” Shahir cuba memancing Adira untuk berterus-terang tentang penyakitnya itu.

“Sale??!!! OMS…saya tak boleh dengar perkataan sale nanti malam saya mimpi ngeri. Please la encik jangan sebut.” Adira sememang suka membeli-belah tambahan pula apabila ada SALE besar-besar semua barang akan di beli Adira dari ujung rambut sampai hujung kaki dengan barang-barang yang berjenama. Bagi Shahir pula, kelakuan Adira sangat pelik sedangkan Adira hanya seorang gadis yang hidup dalam keluarga yang serdahana tapi apabila nafsunya untuk membeli belah terutamanya apabila ada jualan besar-besaran Adira akan bermati-mati membeli barang-barang yang berjenama. Masih jelas diingat Shahir pada malam yang mengubah hidupnya itu, Adira ‘berjaya menghabiskan duitnya sebanyak RM1000 plus..plus.

Ok, now back to our topic..answer my question now Siti Adira Shuhaimi.” Adira mencebik apabila sekali lagi di asak dengan soalan yang sama.

“Ok fine..! You win!!..Sebenarnya sakit saya bukan teruk pun sakit biasa aje. Semua perempuan akan laluinya setiap bulan. Cuma beza teruk atau taka je.” Berkerut wajah Shahir memikirkan penyakit Adira.

“Ok, straight to the point..muka dah macam ayam tertelan kapur barus dah. Sebenarnya saya kena sengugut la, kan dah kantoi saya dapat flag merah.” Muncung Adira kelihatan apabila rahsia sebenarnya terpaksa dibongkarkan pada seorang lelaki pulak itu. Malu lah Adira.

“ Ekh, banyak la awak ayam tertelan kapur barus. Kenapa teruk macam tue sekali siap pengsan lagi. Tapi yang saya tak faham kalau perempuan sengugut memang kena bakar dapur ekh biar berasap berkepul-kepul?” Adira tersentak apabila mendengar ayat seperti memerlinya. Adira membalas dengan jelingan yang tajam kepada Shahir.

“Ada juga yang makan sup payu nie. Encik ingat sakit tue macam sakit nak berak ka hah? Cakap senang la, yang tanggungnya saya nie. Mulut memang cap longkang tol la.Eirrr!!”

Dengan geramnya Adira menjawab menyebabkan muka kemerahan kerana menahan marahnya. Tetapi salah Shahir juga kerana ingin bergurau tapi tidak kena pada tempatnya hingga menyebabkan gadis dihadapannya itu mereda dan memaki hamunnya.

“ Hihihi jangan la marah ayang. Gurau-gurau aje tue pun nak marah. Sorry la, sakit awak tue takkan la tak ada ubat? Habis tue setiap bulan awak akan sakit macam semalam ke? Sakit sangat ekh sampai awak pengsan?” Bertalu-talu soalan di ajukan kepada Adira.

“Apa ayang-ayang, Ayang encik kat dalam sangkar kat belakang tue. Anak rimau tue baru ayang encik.” Muka Adira kemerahan menahan malu apabila dipanggail Ayang oleh Shahir, namun pada Shahir dia suka mengusik Adira pasti dia akan mengelabah apabila diusiknya.

Adira menceritakan segalanya kepada Shahir tentang sakitnya. Adira dan Shahir begitu seronok bertukar cerita dari sakit yang dialami Adira hinggalah cerita yang membawa Adira ke Kuala Lumpur, namun setiap cerita yang membawanya ke Kuala Lumpur hanya pembohongan belaka. Adira meminta diri untuk masuk kerumah dengan alasan mahu menolong Mak Kalsom memasak sedang dalam hatinya dia ingin berada bersama Shahir berkongsi cerita namun apabila dibangkitkan tentang perihal kedatangannya ke rumah itu dia semakin tidak selesa untuk meneruskan pembohongannya kepada Shahir.

Di dalam bilik Adira, dia terus mencari iPhone nya untuk menelefon sahabat baiknya untuk meluahkan perasaan yang sedang dialaminya sekarang. Setelah mengaktifkan telefonnya satu mesej masuk kedalam peti mesej nya.

Salam Adira Shuhaimi, mama ko dah tau sebab ko g kL…dia tahu mn? Dia kol butik ko kt sana n our worker ckp ko xda kat sana. And lagi ak haru biru kat sini mama ko dh xnk cakap gan ak selagi ko tak balik sini..wei balik la, tak sanggup ak tengok mama ko xckp gn ak..ko pun tau kan mama ko mcm mn. Mama ko cakap lagi, kalau ko tak blk lagi dua bulan dia nk tunangkan ko dengan UMAR SUFIAN, anak kawan dia..Babe! ko nak kena BERTUNANG…bukan men2 wei..balik la..your sincerely, Ecah Yg Cute..^^v’

Tunang!! Adira akan ditunangkan dengan lelaki pilihan mamanya sendiri. Itulah perkara yang tidak mahu didengari oleh akalnya yang waras. Macam mana dengan cinta pada Shahir, akan terkubur begitu sahaja tanpa sempat dia meluahkan segala yang tersimpan dihatinya. Baru sahaja dia ingin mengenali mencintai orang yang dia sayang tapi begini pula jadinya. Air jernih mengalir dipipi kecil Adira apabila mengenangkan dia terpaksa meninggalkan keluarga yang baru sahaja mengajarnya erti kedewasaan hidup dan kasih sayang dan juga terpaksa melupakan segala cinta nya pada Shahir.

“ Mama, kenapa kejam sangat kt Ira..Ira dah pandai masak, kemas rumah, basuh baju dan segala hal tentang perkara yang mama selalu lakukan setiap hari. Adira cintakan Shahir..mama….” Esakkan Adira semakin menjadi-jadi. Mungkin saat ini dia harus menamatkan segala pembohongannya, dia harus meninggalkan rumah ini tanpa ada yang terluka dan lenyap terus dari pandangan keluarga ini.

***

Seminggu berlalu dengan pelahan bagi Adira. Tiada lagi senda guraunya dengan Shahir bila bertembung dengan majikannya pasti Adira akan mengelak untuk berbual atau ditegur oleh Shahir. Fikirannya begitu kusut memikir berita yang disampaikan oleh Aisyah kepadanya. Dia perlu kuat untuk meninggalkan segala penipuan yang telah dicipta itu.

Jam di dinding berdetik menunjukkan pukul 3 pagi, semua penghuni dirumah itu sudah dibuai mimpi indah yang tinggal hanya Adira yang masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. Selepas menunaikan solat sunat tahajud Adira menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering bahana menangis dengan keadaan yang gelap Adira menuju ke dapur. Setiba didapur, Adira ke peti sejuk untuk mengambil air didalamnya namun dia terdengar derap tapak kaki orang sedang berjalan ke arahnya. Adira menoleh kebelakang untuk melihat apa yang didengarinya, apa yang jelas dimatanya seseorang yang sedang membongkokkan badan sedang mencari sesuatu didalam laci almari didapur. Pencuri! Itu yang terlintas didalam otaknya yang masih waras. Segara dia mencapai penyapu yang kebetulan berada di sebelah peti sejuk itu.

‘Wah macam tau-tau aje aku nak cari penyapu nie..mcm dalam drama lak…kihkihkih..’ Sempat lagi Adira berbisik didalam hatinya walaupun sedang berada dalam keadaan yang getir ini.

Dengan sekuat tenaga perempuannya Adira menghayunkan penyapu itu ke arah pencuri itu sambil menjerit kuat supaya semua penghuni rumah itu sedang mahu pun satu taman.

“Argggghhhhhhhhhhh!!!! Pencuri!! Pencuri!!!!.... Argggghhhhhhhhhhh!!!! Pencuri!! Pencuri!!!!.... Argggghhhhhhhhhhh!!!! Pencuri!! Pencuri!!!!....” Jeritan Adira yang berjaya membangunkan Mak Kalsom dan Shahir.

Tiba-tiba keadaan didapur itu cerah kerana Mak Kalsom telah membuka lampu didapur itu untuk melihat apa yang berlaku, selepas itu Shahir muncul dengan muka yang mamai.

“ Aduh sakit…mak tolong Ril mak…sakit la..” Jerit pencuri yang dimaksudkan Adira itu, manakala Adira masih lagi memukul pencuri itu dengan penyapu.

“ Dira kenapa nak?” Tanya mak Kalsom.

“Nie pencuri nak curi barang rumah mak cik.” Masih lagi memukul pencuri itu walaupun tangannya sudah lenguh, bila agaknya Shahir mahu bertindak menangkap pencuri itu.

“ Adira, stop!!” Shahir pula menjerit. Dengan secara reflectnya Adira berhenti memukul.

“Yang kamu nie Shahril sampai KL bukan nak msj abang. Nie balik naik ape?” Adira tercengang. Pencuri yang bernama Shahril itu berjalan menuju kea rah Shahir dan bersalam dengannya dan selepas itu mak Kalsom pulak. Siap berpelukkan lagi, Adira kebingungan apa yang sedang berlaku.

“Arghhhhhh..pencuri…” Jerit Adira lagi. Shahir menghampir Adira dan menutup mulut Adira dengan tangannya sekali lagi. Adira terdiam kerana malu diperlakukan begitu oleh Shahir.

“ Batal air sembahyang saya.” Bisik Adira namun jelas ditelinga semua orang yang berada di situ.

“Dah awak itu bukan manusia yang jenis terima kenyataan. Dah jelas kat mata awak yang si pencuri yang awak jeritkan itu panggil mak kat mak saya, and then Shahril siap salam dengan saya and mak saya lagi itu pun tak akan la tak faham.” Marah Shahir. Adira yang berada disisinya hanya memandang bersalah kepada Shahril dan Mak Kalsom.

“Maafkan akak Shahril, akak ingat pencuri tadi maaf ye. Shahril luka ke meh akak sapukan ubat.” Adira memohon maaf kepada Shahril dengan penuh pengharapan untuk dimaafkan oleh Shahril

Shahril adalah adik lelaki kepada Shahir yang baru sahaja pulang dari Sabah kerana cuti semesternnya sudah bermula. Pada mulanya dia ingin mengejutkan mak dan abang Shahirnya namun dia pula yang dikejukan setelah tiba di rumah itu, siap kena pukul lagi memang sedap la kena rembat dengan penyapu.

“ Amboi melebih Nampak Adira, tak ada yang lukanya kalau lebam sedikit itu dia panda sapu sendiri.” Marah Shahir yang berbau cemburu.

“Abang tak pa, salah Ril juga sebab balik tak bukak lampu memang nampak macam pencuri pun. Akak nie sape ye? Isteri abang ke?” Tekaan Shahril menyebabkan muka Adira dan Shahir kemerahan.

“Bukanla Ril nie la Adira yang mak selalu ceta kat Ril itu, tapi kan kalau jadi isteri abang Ril pun apa salahnya kan?” Usik mak Kalsom.

“Dah la jom Ril kita masuk tido, Ril tido gan mak aje ye malam nie rindu kat Ril”

“Boleh juga mak. Jom mak biar diorang nie dok berdiri menahan muka biru pink diorang itu kat sini.” Usik Shahril apabila melihat Shahir dan Adira sedang menahan perasaan yang malu apabila diusik oleh mak Kalsom. Adira masih lagi berdiri disebelah Shahir, hanya menunduk memandang lantai, mak Kalsom dan Shahril sudah hilang dibilik mak Kalsom.

“Dah la Dira g masuk tido, basuh kaki dan baca doa lu sebelum tido.” Pesan Shahir. Adira tidak perasaan yang tubuhnya bergerak kesebelah dimana Shahir sedang berdiri tadi dan terus terlanggar Shahir. Kedua-dua mengadu kesakitan akibat perlanggaran itu.

“ Sakitnya kepala aku nie..almari ape kat sini?” Soal Adira sambil mengosokkan kepalanya.

“ Ape almari-almari, nie saya la. Awak dah rabun ke atau awak mamai nie?” Marah Shahir sambil mengosok dadanya yang bidang itu. Adira memanggungkan kepalanya untuk melihat benda dihadapannya itu.

“Waaaaaaaaaaa….aaapp” Jeritan kecil Adira tersekat apabila sekali lagi mulutnya menjadi mangsa Shahir yang menutup mulutnnya.

“Tak jerit tak boleh ke hah?!” Marah Shahir lagi. Adira tergamam dan terdiam rupanya selama Shahir berada disitu dia tidak berbaju hanya memakai kain pelekat sahaja. Maknanya Adira sudah memberi first kiss nya di dada bidang itu, malu tahap malapetaka kelapan. Adira terus berlari ke biliknya dia tidak sanggup berada disitu lama-lama bergoyang imannya nanti. Shahir memandang pelik apabila melihat Adira berlari kebiliknya sambil menutup mulut. Shahir berjalan ke bilik Adira untuk memastikan Adira berada dalam keadaan baik. Mungkin Adira terasa hati dengannya kerana memarahinya tadi.

“ Dira, saya minta maaf kalau buat awak terasa. Maaf ye dira…” Ujar Shahir di luar pintu bilik Adira.

“Tak encik tak salah tapi….” Balas Adira dari dalam biliknya.

“Tapi ape dira?”

“ Encik tak pakai baju dan baru tadi kiss saya hinggap kat dada encik. Saya maluu..waaaaaa!!” Jerit Adira dan berlari menuju ke katilnya lalu membuat terjun menjunam sambil menutup mukanya dengan bantal menandakan betapa hatinya sedang bergolak.

“Aku tak pakai baju…ah!! Waaaaa!!!” Shahir baru sahaja perasaan yang dia terlupa untuk memakai baju keluar dari biliknya tadi. Mamai la katakana, itu sahaja alasan yang mampu keluar dari otaknya. Shahir meraba-raba dada yang di ‘kiss’ oleh Adira itu tadi dan tersenyum bahagia rasa.

To be continue.....^^


No comments:

Post a Comment