MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Wednesday, February 16, 2011

Ku Ada Kamu_5



BAB 5



Suasana malam yang begitu sepi ditemani bintang bulan dan cahaya lampu malam begitu mendamaikan hati Shahir yang sedang duduk memandang kolam renang dihalaman rumahnya itu. Setiap malam Shahir akan melakukan perkara yang sama duduk merenung kolam itu seolah-olah dia dapat melihat apa yang berada di hatinya itu. Wajah Ira, pasti akan muncul setiap kali dia merenung air tidak kira di mana Shahir berada, dia pasti akan mencari kolam renang, tasik, sungai atau apa sahaja yang terdapatnya air kerana di situ dia dapat melihat wajah isterinya yang tercinta itu. Kejadian di kampungnya dan pesanan terakhir isterinya itu telah membuatkan Shahir tidak betah jika sehari dia tidak memandang air. Kalau orang lain bercinta, mereka melepaskan rindu dengan memandang bulan bintang, angin, k’indahan alam tapi bagi Shahir lain kerana air juga dia kehilangan ayah dan adik perempuannya, kerana air juga dia kehilangan Ira.

Shahir memejamkan matanya setelah lama merenung air kolam itu, dia masih terdengar pesana isterinya dulu.

“ Tak mahu abang, Ira nak bersama abang sahaja. Nak lihat laut dengan abang. Ira penat aje, abang izinkan Ira berehat disisi abang ye?.” Ira menghadiah senyuman manis pada suaminya.

“ Abang….”

“ Ye sayang..” Jawab Shahir dengan nada yang sangat romantik sambil mengusap-usap pipi isterinya.

“ I love abang ku Shahir, I love you..Ira gone be miss you abang. Kalau abang rindu Ira nanti pandang pantai dan laut ye..Ira tau abang tak sukakan laut..tapi Ira tetap nak abang pandang laut itu.”

“ Kalau abang tetap tak nak. Apa Ira nak buat kat abang?” Shahir cuba menduga Ira.

“ Abang tak sayang Ira.” Muncung mulut Ira kelihatan menandakan dia merajuk dengan Shahir.

Itulah gurau senda Shahir dan isteri untuk kali terakhir yang masih segar dalam ingatannya, Shahir terlalu merindui Ira namun sekarang rindunya kian terubat sejak kehadiran Siti Adira Shuhaimi dalam hidupnya. Mindanya menindakkan kehadiran itu dalam dirinya kerana dia ingin setia pada Ira namun hatinya begitu menginginkan untuk berada dekat dengan gadis itu. Dengan kejadian yang berlaku pada pagi tadi mindanya asyik memutarkan kejadian itu berkali-kali hingga dia merasakan telah berlaku curang pada Ira. Kerana kejadian pagi tadi juga menyebabkan dia hampir lupa bahawa Adira itu bukan muhrimnya yang diperlakukan seenaknya dan dia juga hampir melakukan perkara yang tidak sepatutnya pada Adira. Shahir kembali memandang kolam renang itu, hatinya kembali merindui Ira dengan tidak semena-mena air matanya jatuh berderai lagi setelah hampir sebulan air mata itu tidak mengalir.

Ira, maafkan abang sayang kerana mengkhianati cinta kita. Abang janji untuk tidak jatuh cinta pada mana-mana perempuan pun. Abang sayang Ira, sayang sangat-sangat, kenapa Ira pergi dulu dari Abang. Dah dua tahun Ira pergi dari hidup abang, tapi rasa seolah-olah Ira baru semalam pergi meninggalkan abang seorang diri kat sini sayag. Kalau boleh abang nak ikut Ira pergi, Ira…” Shahir merintih pilu sambil memandang air di kolam itu.

“ Sayang abang, jangan bersedih hati ye..SMILE CUZ SOMEONE LOVER YOU..” Shahir tersentak apabila terdengar suara Ira berbisik lembut di telinga nya. Shahir memandang sekeliling untuk mencari milik siapa, rupa-rupanya itu hanya khayalan mindanya dan mungkin roh Ira sedang berada disisinya. Kerana orang tua-tua berkata jika kita selalu merindui orang yang sudah tiada, roh orang yang kita merindui itu akan hadir disisi kita cuba kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Shahir kembali dengan aktivitinya itu.

***

Adira di dalam bilik resah apabila kawan baiknya tidak mengangkat panggilan telefonnya. Adira pergi ke almari bajunya dan membuka beg petinya untuk mengeluarkan computer ribanya yang di bawanya bersama supaya senang untuk nya memantau perkembangan butikya di Sabah. Adira terpaksa menyembunyikan computer riba dan juga telefon bimbit Iphonenya kerana jika Shahir atau Mak Kalsom tahu kewujudan benda-benda itu bisa membuatkan segala rancangannya hancur berkecai. Jika dihadapan Shahir dan Mak Kalsom dia hanya menggunakan telefon bimbit Nokai 3310 yang dibelinya pada usia 12tahun dengan menggunakan wang tabungnya walaupun Adira hampir-hampir memberikan telefon itu kepada pembantu rumahnya tapi kini telefon itu sangat memberi jasa padanya. Adira mengambil iPhone nya untuk menghubungi Aisyah sekali lagi sambil tangan nya ligat menekan icon Yahoo messanger di computer ribanya.

Akhirnya, panggil itu di jawab oleh Aisyah.

Adira- Hello, assalamualaikum ecah..!!- Adira memberi salam.

Aisyah- Hello, sapa nie?..

Adira- Wei minah!! Aku la nie Ira. Ekh kau tido ekh?..

Aisyah- Ira..Ira!!!..-Aisyah menjerit apabila mendengar nama Adira.

Adira- Ya allah pekak la telinga aku siot. Eh..bukak ym ko, aku tak boleh cakap lama-lama nie.-

Aisyah- Ishk ko..byk songeh tol..yela2.bye assalamualaikum.

Adira- Walaikumsalam.


Adira terus membaling iPhonenya dan meluru ke arah computer ribanya dan terus menekan butang sign in pada yahoo messagernya. Selepas beberapa saat dia melihat nama Ecah_Cah online, Adira terus menyapa Aisyah sambil dia mendengar lagu di earphonenya.

Ecah_Cah: Ape ko nak hah..kacau ak mlm2 buta nie..??

Ira_Dira: Ak nk mntk tolong gan ko nie..ko 2 asik m’buta aje..

Ecah_Cah: Tolong ape..?

Ira_Dira: Tolong hantarkan kat ak telekung…^^

Ecah_Cah: Ko demam ka?? Tiba2 mntak ak hntr tlkung??

Ira_Dira: Yunk..plz..ak dh malu gn keluarga Shahir..diorg org alim2..ak kena la hormat diorg..

Ecah_Cah: Yela2 sok ak pos kan kt ko..ko klu nk b’ubah jgn sb org Ira..ko kena b’ubah sbb Allah..igt 2..

Ira_Dira: Ye ak tau Cah..ak dh insaf..ok nnt ko dh pos msj kt no nie tau..012-3456789 tau..tq cah..Syg ko.!! ^__^

Ecah_Cah: Ye ko syg ak..k la.

Ira_Dira: Ak kena cau lu..nnt kantoi lak..k..bye syg..salam..n krm slm kt mama k.

Ecah_Cah: yela..syg ko jgk..Salam.

Adira terus menekan butang sign out pada yahoo messangernya dan terus menekan shut down pada computer ribanya. Adira merasa lega apabila Aisyah sudi menghantar telekung padanya, bukan dia tidak mahu meminta atau menyuruh Shahir atau Mak Kalsom membelikan tapi dia malu untuk itu.

Adira sudah bertekad untuk berubah, dia mahu berhijrah dalam hidupnya dari seorang muslimah yang sebelum ini tidak patuh pada perintahNya kepada sebaliknya. Dia juga menyimpan angan-angan untuk memakai hijab bagi menutup aurat yang ada pada dirinya tetapi dia harus berubah secara perlahan kerana dia tidak mahu berubah secara drastic takut dia akan lupa diri lagi kelak.

Tiba-tiba Adira rasa sangat bosan berada di dalam bilik itu, kalau bilik dirumahnya dulu semuanya lengkap ada televisyen, video player dan ada meja untuk dia menyemak kerja-kerjanya tapi di sini bilik itu hanya ada katil, almari baju dan almari mekap. Adira keluar dari biliknya terus menuju ke ruang tamu melihat Mak Kalsom sedang menonton berita di Astro Awani.

“ Mak cik, boleh Dira duduk sekali?” Tanya Adira pada Mak Kalsom.

“ Duduk la Adira, boleh juga teman makcik menonton tv nie..” Mak Kalsom melemparkan senyum pada Adira yang sedang duduk di sebelahnya.

“ Mak cik tak boring ke menonton tv seorang, pastu duduk rumah yang besar nie seorang bila Encik Shahir pergi kerja?” Adira bersuara lagi dan memandang tepat pada wajah Mak Kalsom.

“ Hurmmm, boring itu boring la jugak, Adira sendiri boleh tengok Shahir itu macam mana kan. Balik kerja, sembahyang lepas makan malam kat situ la tempat dia. Dulu masa mula-mula makcik masuk rumah ini tengok dia macam itu memang makcik sangat runsing tapi dah lama-lama makcik biarkan aje itu sahaja cara Shahir melepaskan rasa bersalah dia pada Ira.” Adira memandang wajah sedih Mak Kalsom yang sedang bercerita tentang anaknya itu.

“ Mak cik, boleh tak cetakan kenapa Encik Shahir jadi macam itu? Saya tengok dia selalu merenung kolam itu, kematian Ira ada kaitan dengan kolam itu ke mak cik.” Adira cuba untuk mengorek segala masalah yang dihadapi oleh Shahir. Mak Kalsom membetulkan duduknya dengan lebih selesa untuk bercerita tentang kisah silam Shahir pada Adira. Adira berhak tahu semua itu, kerana Mak Kalsom menginginkan Adira menjadi milik Shahir yang sah.

“ Kolam renang itu bukan penyebab, tapi air membuatkan insan yang Shahir sayang dan cinta pergi meninggalkan dia.” Mak Kalsom menarik nafas panjang sebelum sambung bercerita pada Adira.

“ 12 tahun dulu, kami kehilangan insan yang betul-betul kami sayang. Kemalangan yang meragut dua insan yang betul-betul penting dalam hidup kami terutama Shahir, kerana Shahir ada bersama dalam kemalangan itu tapi Tuhan Maha Kaya, Shahir terselamat. Sejak kejadian itu, Shahir cuba menyalahkan dirinya dan juga laut atas kehilangan mereka seperti keadaan sekarang yang Adira lihat, dia merenung air seolah-olah air itu cara dia berhubung dengan mereka.” Terang Mak Kalsom pada Adira.

“ Mak cik, sape mereka itu mak cik?” Tanya Adira.

“ Suami dan anak perempuan mak cik.” Mak Kalsom menundukkan wajahnya apabila menyebut nama itu.

“ Maaf mak cik, Dira dah buat makcik sedih. Dira tak bermaksud untuk itu, Dira juga bersimpati apa yang berlaku pada keluarga makcik.” Adira memeluk Mak Kalsom untuk menenangkan perasaan Mak Kalsom pada ketika itu. Mereka berada dalam keadaan yang begitu lama untuk menenangkan hati Mak Kalsom, Adira dapat merasakan penderitaan yang di alami oleh Mak Kalsom kerana mamanya juga ibu tunggal dan dia juga anak yatim sejak dari lahir lagi selepas ayahnya menghilangkan diri sebelum dia lahir lagi.

“ Mak cik, Adira tak paksa untuk mak cik ceritakan segalanya. Mak cik jangan sedih ye, Adirakan ada bersama mak cik dan Adira akan pastikan mak cik dan Shahir tak akan terluka lagi.” Ujar Adira.

“ Tak Dira! Mak cik harus ceritakan kenapa keadaan anak mak cik semakin hari semakin teruk walaupun Adira dah wujud dalam rumah ini. Siti Shahira, insan yang berjaya membuat Shahir kembali kepada keadaan yang biasa sebelum ayah dan adik perempuan dia pergi, Ira juga banyak mengajar Shahir untuk meredakan pemergian insan tersayang dan Ira juga menyintai Shahir sepenuh hatinya hingga satu hari apabila Ira dijodohkan dengan Ikram, Shahir mengalah dan menyerahakan Ira pada Ikram. Ira merasakan dirinya tidak dihargai oleh orang sekeliling hingga dia bertekad untuk bunuh diri, dia terjun ke dalam laut, laut yang sama mengambil keluarga makcik. Demi Ira, Shahir selamatkan Ira, mak cik tahu Shahir terlalu fobia dengan laut kerana kejadian malang yang menimpa kamu, namun Ira banyak mengajarnya untuk lebih berani dalam apa hal.” Mak Kalsom memandang Adira dengan penuh emosi.

Mak Kalsom berharap dengan menceritakan perkara ini kepada Adira, Adira bisa untuk membuat Shahir kembali bersemangat semula dia tidak mahu anaknya terus menderita dengan kejadian yang menimpa dirinya.

“ Mak cik, Ira berkahwin dengan Ikram ke?” Adira memandang dengan penuh seribu persoalan kerana dia masih lagi tidak faham dengan cerita yang di sampaikan oleh Mak Kalsom padanya. Mak Kalsom mula menceritakan segalanya yang berlalu selepas Shahir menyelamatkan Ira hinggalah Ira menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Shahir.

“ Mereka hanya sempat berkahwin sehari sahaja, masa Ira dikebumikan Shahir nampak tenang tiada airmata yang dia jatuhkan untuk Ira, namun siapa sangka hingga hari ini dia tak pernah merelakan permergiaN isterinya.” Sambung Mak Kalsom lagi.

“ Tapi, En. Shahir tak boleh macam itu, dia harus redakan pemergian Ira.” Adira sedikit tidak berpuas hati dengan ketidak matangan Shahir.

“ Kalau Adira duduk ditempat Shahir, Adira akan reda ke permergian orang yang betul-betul Adira sayang? Kerana air, Adira hilang orang yang paling dicintai? Adira akan reda ka?” Bertubi-tubi soalan di tanyakan oleh Mak Kalsom hingga

Adira terdiam untuk menjawab soalan-soalan yang di ajukan pada nya.

Memang Adira tidak berada dalam keadaan Shahir, untuk dicintai dan mencinta juga dia tidak pernah mengalaminya inikan merasakan kehilangan orang yang betul-betul dia sayang. Cuma dia tidak merasa kasih sayang dari seorang ayah, sedangkan Shahir masih dapat merasakan itu walaupun seketika. Manusia memang mudah untuk berkata dan menasihatkan seseorang yang menghadapi masalah atau dugaan, namun untuk merasakan apa yang melaluinya adalah orang yang menghadapinya amat sukar, yang bisa hanyalah nasihat yang diperlukan untuk menambahkan semangat menghadapi masalah itu.

“Adira tidak pernah bercinta dan tak pernah di cintai, kalau kehilangan orang yang Adira harapkan memberikan kasih sayang sebagai seorang ayah Adira pernah. Adira tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah dari lahir lagi. Adira tak akan faham keadaan En. Shahir, maafkan saya mak cik.” Air mata jernih mengalir dipipi Adira.

“ Tak Adira, bukan ini yang mak cik harapkan, jangan bersedih. Mak cik harapkan Adira boleh tolong mak cik untuk pulihkan semangat Shahir. Tolong mak cik ye.” Mak Kalsom menyeka air mata Adira lalu memeluknya. Setelah puas mereka bercerita tentang keperitan hidup Shahir Mak Kalsom meminta diri untuk masuk ke biliknya kerana hari semakin lewat, namun Adira masih lagi di situ memikirkan permintaan Mak Kalsom padanya.

Adira bangun berjalan menuju ke kolam tempat Shahir berada, walaupun hari semakin tua Adira masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. Dia ingin melepaskan keresahan hatinya di luar rumah sambil mengambil angin malam supaya hatinya yang gundah bisa hilang. Tibanya Adira dikolam renang dia terpandang Shahir yang masih di tepi kolam yang sedang duduk di atas kerusi yang terdapat disitu, Adira mengeluh berat apabila melihat keadaan Shahir yang lemah dengan perasaannya sendiri. Ingin sahaja dia menghampiri Shahir untuk memujuk supaya meredakan permergian Ira, biarlah Ira tenang disana, kita yang hidup harus meneruskan kehidupan kita. Pilu hatinya apabila melihat keadaan Shahir begitu, begitu hebat cinta Ira pada Shahir hingga hari ini Shahir masih meratapi pemergiannya. Bolehkah dia menjadi sehebat Ira untuk menolong Shahir menghapuskan penderitaan itu?. Adira masih berdiri dari jauh melihat Shahir yang masih dalam keadaan yang sama.

“ En. Shahir, kalau dulu encik tolong saya, selamatkan nyawa saya. Saya juga sanggup pertaruhkan perasaan saya untuk memberi semula semangat seperti mana Ira boleh wujud dalam diri encik, saya pasti boleh.” Bisik Adira dengan pelahan dan berlalu ke biliknya meninggalkan Shahir untuk teruskan dengan perasaanya, kerana esok tiada lagi untuk Shahir meratap dan memandang air itu. Itu ikrar Adira pada dirinya.

***

Sejak Mak Kalsom memintanya untuk memulihkan semangat Shahir, Shahir masih lagi suka menyendiri di kolam itu. Namun Adira masih lagi tidak berputus asa untuk menarik diri Shahir dari gemelut yang di hadapinya. Kadang-kadang Adira akan duduk di tepi kolam itu bersama Shahir, namun tidak dihiraukan oleh Shahir dan setiap kali Adira cuba untuk mengembirakan Shahir pasti dia akan di marah oleh Shahir kerana menganggu waktu rehatnya.

Pada satu malam, Adira mendapat idea gila untuk memastikan Shahir tidak berada di kolam renang itu lagi, setelah dia berpakat dengan Mak Kalsom dia memulakan rancangan nya untuk memastikan rancangannya berjaya Mak Kalsom memainkan peranan yang besar untuk rancangan itu.

Sebelum rancang gilanya, Adira telah mencatatkan rancangnya itu di dalam diarinya. Untuk kenangan dan ingat setelah di pergi nanti.

Sayangku ayang,

Misi pertama: Jauhkan dirinya dari kolam

Target: Ahmad Shahir Ahmad_ Mamat Poyo

Tonggak utama: Mak Kalsom_The actress

Location: Area KL

Pengarah: Ofcourse Siti Adira Shuhaimi_the cute gulr..hihihihi ^^

Jalan Ceta: Habis la mamat poyo malam nie, mak Kalsom dh sudi tlg ak untuk manarik SHAHIR jauh dari kolam mahupun air. Kalau air itu muka cute mitu mcm ak ok jgk..nie xda wrna sama je..hurmmm..Mlm nie, mak Kalsom akn bt trick utk g umah spupu SHAHIR dan ak akn buat trick tkt utk dok umh mlm takut hantu..hahahhaha, ak tkt hntu plz …Tp demi SHAHIR, ak buat jgk..menurut mak Kalsom lagi mamat poyo itu tak akan dok kt umah spupu dia itu sebab xda air atau kolam, so dia akan keluar..nanti ak nk ikt dia kluar..buat2 tido ke skt prt, hah! 1 lagi kat umah spupu SHAHIR itu ada ‘ank rimau’ memang sah! Aku ble ikt dia kluar. Kalau dh kluar ak nk ajak dia g shopping..ble x? Hhihihihi =D


bersambung...^^v

No comments:

Post a Comment