MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Wednesday, February 16, 2011

Ku Ada Kamu_4



BAB 4

Seminggu berlalu dengan tenang dan senang buat Adira, kerana dia hanya perlu melakukan kerja-kerja yang ringan sahaja seperti membasuh pakaian, mengemas rumah, mencuci halaman rumah itu dan mengosok pakaian si Poyo itu, Shahir. Pada hari pertama dia berkerja, Adira masih terkial-kial untuk melakukan tugasannya namun setelah mengumpul segala keyakinan dan kesungguh untuk melaksanakan tugasannya. Kadang-kadang hati wanitanya tersentuh dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Shahir pada nya, lelaki itu memang membencinya kerana wajahnya persis Ira. Adira masih tertanya-tanya siapa Ira? Dia tahu bahawa Ira sudah meninggal dunia dan isteri kepada Shahir namun menjadi tanda tanya kenapa Shahir selalu merenung kolam renang di rumahnya sambil memegang gambar gadis itu, kenapa Ira meninggal dunia dan dia juga ingin tahu kenapa begitu dalamnya cinta Shahir pada Ira hingga dia sanggup menderita sebegini rupa.

Hari ini, jam 5pagi Adira sudah bangun untuk melaksanakan tugasnya. Hari ini Adira terpaksa menyediakan sarapan kerana Mak Kalsom dan Shahir ke masjid untuk berjemaah solat Subuh di sana, sepanjang Adira di rumah itu dia tidak menunaikan solat kerana kehidupan sebelum itu dia sememangnya lalai melakukan perkara wajib itu. Bukan mamanya tidak mengajar dia, dia masih ingat rukun solat cuma tidak melaksanakan kewajian itu. Jika di rumah, mama sering bising padanya kerana tidak mahu solat kini di rumah ini tiada orang yang bising tentang itu namun dia malu dengan keluarga Shahir yang sentiasa patuh pada kewajipan itu, pernah mak Kalsom mengajaknya untuk menunaikan solat berjemaah namun dia memberi alasan cuti. Adira tidak cuti sebenarnya tapi dia tidak membawa telekung kerana itu bukan rutin harian nya dulu. Sedang Adira memasak sarapan pada pagi itu, dia terfikir untuk meminta Aisyah menghantarnya telekung kerana dia tidak mahu menipu lagi keluarga yang baik pada nya cukup la pembohongan tentang dirinya.

Menu sarapan yang Adira sediakan semua dari buku, nasib la menjadi masakannya nasi goring dan roti bakar, walaupun roti bakar dia tetap melihat buku cara-cara membuatnya. Sesudah selesai memasak Adira menghidangkan sarapan di meja makan setelaha selesai segalanya, Adira masuk semula ke dapur untuk mengemas dapur yang telah dia semakan tadi. Hatinya begitu riang kerana masakkan pertamannya menjadi kerana senang hati, dia menyanyi sambil megemas dapur. Kedengaran lagu My All Marey Cary berkumandang segenap ruang dapur rumah shahir.

I am thinking of you

In my sleepless solitude tonight

If it’s wrong to love you

Then my heart just won’t let me right

Cause I’ve drowned in you

And I won’t pull through

Without you by my side

I’d give my all to have

Just one more night with you

I’d risk my life to feel

Your body next to mine

Cause I can’t go on

Living in the memory of our song

I’d give my all for your love tonight

Baby can you feel me

Imagining I’m looking in your eyes

I can see you clearly

Vividly emblazoned in my mind

And yet you’re so far

Like a distant star

I’m wishing on tonight

I’d give my all to have

Just one more night with you

I’d risk my life to feel

Your body next to mine

Cause I can’t go on

Living in the memory of our song

I’d give my all for your love tonight

I’d give my all to have

Just one more night with you

I’d risk my life to feel

Your body next to mine

Cause I can’t go on

Living in the memory of our song

I’d give my all for your love tonight

Give my all for your love

Tonight …..

*****

Shahir dan Mak Kalsom baru sahaja melangkah kaki mereka ke dalam rumah itu terdengar suara mersik menyanyi. Mak Kalsom memandang Shahir denga penuh tanda tanya milik siapa suara mersik itu, kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendengar suara orang bernyanyi di rumah mereka. Tanpa membuang masa Shahir mencari pemilik suara itu, setibanya dia di dapur rupanya suara Adira. Mak Kalsom hanya memandang Shahir dengan penuh senyum lalu meninggalkan Shahir yang masih memerhatikan Adira.

Adira masih lagi khusyuk melakukan tugasannya hingga tidak perasaan ada orang sedang memerhatikannya dari tadi. Shahir memandang Adira sambil mengeleng-gelengkan kepalanya kerana melihat keletah Adira yang begitu melucukannya.

“ Hummm!! Hummmm!! Hummm!!..” Shahir berdehem membuat Adira terkejut.

“ Alamak! Mati la aku sejak bila lak mamat poyo nie ada kt rumah..” Desis Adira didalam hati.

“Ekh!! Encik Shahir…..bila balik..xdengar bunyi kereta pun blk naik ape?? Kuda terbang ke? Hihihihi…” Adira tersengih pada Shahir untuk menutup malunya.

“ Mana awak nk dengar kalau asyik memekak aje..awak ingat rumah saya nie pentas Akademi Fantasia ..Menuju puncak ‘ ke hah?? Sarapan dh siap ka..saya nak makan lagi 5minit saya turun nk makan.” Arah Shahir pada Adira.

“ Udah beres Pak Shahir..tunggu Pak Shahir suap ke mulut aje..” Tersengih Adira bila cuba bercakap slang Indon dengan majikannya. Shahir berlalu ke biliknya untuk bersiap untuk ke tempat kerja dan Adira pula berlalu untuk menjemur pakaian yang sudah di basuhnya tadi.

Shahir dan Mak Kalsom sedang enak bersarapan di meja makan menikmati saparan yang di sediakan oleh Adira. Tiada reaksi di wajah mereka, seolah-olah mereka sudah biasa dengan masakan yang Adira masakkan.

Adira diluar rumah sedang tekun menjemur pakaian di ampaian yang tersedia di rumah itu, sambil mennyanyi dengan nada yang pelan kerana takut akan dimarahi oleh Shahir lagu. Bukan salah pun dia nk nyanyi dah memang hobinya suka menyanyi, kalau kat rumah mama akan jadi pendengar yang setia setiap lagu yang Adira nyanyikan kini tiada siapa yang sudi dengar lagi. Rindu Adira pada mamanya kembali bersarang dihati, tiba-tiba terkeluar lagu kegemaran mamanya di bibir Adira.

‘Bercinta sudah lama

Berkasih dan bermesra

Sedang enak membuai rasa

Perpisahan tercipta

Mengapa sementara

Cerahnya cinta kita

Mendung tiba tiada ku pinta

Gelapnya suasana

Walaupun hatiku

Amat berat melepasmu

Dan rintangan mendatang sayang

Terpaksa kuleraikan

Seandainya...

Kita harungi jua

Kelak punah semua sayang

Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali

Menyatu dua hati

Lebih elok cari pengganti

Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan

Hakikat percintaan

Mungkin terpendam kenikmatan

Sebalik perpisahan...’

Sedang asyik Adira melayan lagu nostalgia itu, ada sesuatu yang berbulu bergeser-geser di kakinya.

“ Oh..anak rimau rupanya, aku ingatkan apa la tadi..buat terkejut aje aku nie..” Adira menundukkan mukanya sekali lagi untuk melihat binatang yang berada di kaki nya.

“ Ank rimau?! Arghhhhhhhhhhhh!!!! Anak rimau…!!!! Arghhhh!!!...” Sambil menjerit dengan kelantangan terpacar dari muka Adira terus memanjat tembok yang dijadikan permisah antara rumah Shahir dan jirannya. Anak rimau yang di maksud Adira masih lagi cuba untuk mendekatinya dengan berada di bawah tembok itu.

“ Arghh!!! Pergi jauh-jauh bah..aku takut sama kamu..pergi!!! Arghhhh!!! Mama tolong sama aku, ada ank rimau..!!!” Adira masih lagi dalam ketakutan menjerit minta tolong hingga terkeluar dialek Sabahnya.

Semenjak kecil lagi, Adira sangat fobia dengan ‘anak rimau’ kerana semasa kecil dia pernah dilukai oleh ‘anak rimau’ hingga dia terpaksa mendapat suntikkan dan menginap di hotel Hospital selama 2hari. Selepas kejadian itu, dia tidak lagi berani untuk mendekati haiwan itu. Dia menjadi alergik bila mendekati haiwan itu dan dengan secara tindak balas yang cepat kelantangan suaranya terpacar dari muka.

Di dalam rumah, Shahir dan Mak Kalsom sudah selesai bersarapan sementara Shahir sedang membaca surat khabar di ruang tamu sebelum dia berangkat ke tempat kerjanya. Mak Kalsom pulak baru sahaja sudah menyelesaikan tugas mencucinya di dapur. Tiba-tiba terdengar suara yang nyaring menjerit meminta tolong dari tepi rumah mereka. Suara itu milik Adira, dengan kepantasan yang ada Shahir bergegas mendapatkan Adira diluar rumah. Sementara Adira masih lagi berada di atas tembok itu, sambil menjerit meminta tolong.

“ Kenapa?? Mana anak rimau..?” Tanya Shahir pada Adira.

“ Hoi apa awak buat kat atas tembok itu? Awak nie memang hobi awak melalak pagi-pagi ka? Mana anak rimau?”

“Tue kt bawah itu, encik tolong bawa sama anak rimau itu pergi sebelum aku yang pergi bah. Aku takut sama itu binatang.” Adira bersuara.

“ Mana anak rimaunya, awak nie sekolah tadika mana hah dulu?”Tanya Shahir pada Adira lagi.

“Ishk..bos nie, sempat lagi mahu tanya mana tadika aku bah. Tolong la encik bawa sama anak rimau itu pergi aku takut nie bah.”

“Wahai cik Adira ku sayang, ini anak kucing nama dia Yayang bukan anak rimau bah.” Shahir mengangkat kucing kesayangannya menunjukkan pada Adira. Adira tergamam seketika bila Shahir menyebutnya saying, hatinya berbunga seperti bunga Mak Kalsom tanam di taman rumahnya.

“ Saya tak kira, anak rimau ka, anak kucing ka, anak komodo ka..bawa binatang itu pergi jauh dari saya.” Adira berkira-kira mahu terjun ke sebelah tembok jirannya itu.

“Anak kucing pun takut, anak rimau la ape lah. Nah anak kucing.” Shahir masih lagi mahu menyekat Adira yang sudah ketakutan itu.

“Eh..eh..eh..jangan encik, nanti saya terjun sebelah sana kang..?” Adira sudah bergerak itu terjun ke sebelah rumah jirannya.

Tiba-tiba, mak Kalsom muncul dari pintu dapur untuk melihat kekecohan yang berlaku diluar rumahnya. Memang sengaja mak Kalsom untuk keluar lambat kerana ingin member peluang pada Shahir dan Adira untuk lebih mengenali.

“ Shahir, kenapa nie? Ya Allah, Adira buat ape kat atas itu turun bahaya la nanti jatuh.”

“Mak cik!! Tolong Dira makcik..Encik Shahir nak bagi ank Rimau itu kat saya, saya dah la takut dengan binatang itu.” Adira cuba meraih simpati Mak Kalsom, mahu la tahu dia sudi membantu. Mak Kalsom tergelak mendengar Adira meminta simpatinya supaya anak terunanya tidak mengusik Adira lagi.

Terdetik dalam hatinya, jika Shahir dan Adira bisa bersatu seperti mana Shahir dan Ira dulu hati tuanya akan gembira. Dia ingin melihat anak terunanya kembali ceria dan senyum seperti 2tahun dulu dan dia juga tahu Adira bisa membahagiakan anaknya itu, tengok la sekarang walaupun Shahir cuba membenci Adira tetapi di dalam hati Shahir sedikit terubat kerinduan pada arwah isterinya dulu. Biarpun Shahir tidak menjelaskannya tetapi dia sebagai seorang ibu yang melahirkannya tahu hal itu.

“Mak cik!!!!!” Tiba-tiba Adira menjerit lagi apabila anak kucing yang dipegang oleh Shahir itu di letakkan di sebelah Adira.

“Shahir..sudah la tue kamu usik Adira, nanti jatuh lak sape yang susah kamu jugakan.” Mak Kalsom menghampiri Shahir sambil tersenyum dan mengambil anak kucing itu lalu membawa pergi. Dia membiarkan Shahir dan Adira disitu.

“Mak cik..tunggu saya, macam mana saya nak turun nie, tinggi..Arhhhhhhh!!” Adira memanggil Mak Kalsom tapi tidak di endahkan hingga hilang dari pandangan.

Adira memandang Shahir dengan penuh simpati, agar lelaki itu sudi untuk membantunya turun dari tembok itu. Dia sendiri pun tidak tahu dari mana kudrat tiba-tiba sahaja dia boleh berada di atas tembok yang tinggi itu. Ini semua gara-gara kucing itu, sudahlah badannya kecil molek ketinggian Adira pun sama tinggi dengan tembok itu, jika dia terjun pasti kakinya akan mengalami kecederaan.

Shahir berlalu pergi setelah lama dia di situ, baru selangkah dia pergi ada suara manja memanggilnya.

“Encik Ahmad Shahir Ahmad…saya tahu encik baik hari ini, hensem la hari ini. Tolong la saya nie, macam mana saya nak turun saya tak cukup ketinggian untuk turun nie. Kalau saya terjun nanti patah kaki lak dah tak ada orang gosokkan baju encik, basuh baju, kemas blk encik, nak buat sarapan kat encik, nak…” Belum sempat Adira menghabiskan ayatnya, Shahir memotong.

“Ye tak ye jugakkan, wahai maid ku yang baik, ekh nama penuh awak ape saya lupa lak”

“Siti Adira Shuhaimi encik..” Jawab Adira.

“ Wahai Siti Adira Shuhaimi, saya memang hari-hari hensem awak aje baru perasan saya hensem. Macam mana awak naik macam juga la awak turun.” Shahir melemparkan senyum paling manis pada Adira.

“Tadi saya naik sebab terkejut anak rimau itu, sekarang saya dh tak terkejut. Tolong ye encik” Rayu Adira.

“Kalau macam itu, saya bagi awak anak rimau la bagi awak turun. Boleh tak macam itu?” Shahir menghampiri Adira sambil tersenyum sinis padanya. Shahir terus berlalu ke dalam rumah tanpa menoleh ke arah Adira.

Shahir tidak betah untuk berada dekat dengan Adira kerana hatinya berdebar-debar bila memandang wajah itu. Sejak Adira berada dirumahnya, ada satu perasaan yang aneh hadir dalam dirinya yang dulunya tidak pernah hadir walaupun dengan Ira. Apakah ini perasaan jatuh cinta lagi? Tak, tak mungkin dia jatuh cinta pada Adira. Sebelum masuk ke rumah, Shahir menoleh untuk melihat Adira yang cuba turun dari tembok itu. Wajah Adira yang ketakutan ke lihatan jelas pada pandangannya.

Manakala di tembok itu, Adira masih terkial-kial untuk turun dari situ pelbagai cara dia sudah lakukan untuk turun tetapi tahap ketakutannya membuat dia tidak berani untuk terjun dari tembok itu. Tiba-tiba ada tangan dihulurkan padanya dari bawah, Adira menunduk untuk melihat milik siapa tangan itu rupa-rupanya tangan majikannya Shahir yang datang kembali untuk membantunya. Namun, Adira masih teragak-agak untuk menyambut tangan itu kerana dia tidak pernah memegang tangan mana-mana lelaki sebelum ini walaupun pekerjaannya model. Adira agak tergamam seketika.

“Hoi..hoi..hoi..Awak nak turun tak nie..lenguh tau tak tangan saya dok hulur kat awak nie.” Suara Shahir mengejutkan Adira hingga dia hilang imbangnnya.

"Debbukkkk!!"

Shahir dapat merasakan ada sesuatu yang berat menindihnya, terasa dirinya dihempap oleh batu yg besar. Dia membuka matanya melihat apa yang menindih badannya yang sasa itu, rupa-rupanya Adira yang jatuh atasnya kerana terkejut dengan jerkahan Shahir tadi dan Adira jatuh atasnya hingga Shahir tidak sempat berbuat apa-apa.

Mata sepek Adira bertembung dengan mata coklat Shahir yang redup itu, mereka kini di dunia hanya mereka berdua terus melayari perasaan yang begitu indah hingga masing-masing tidak sedang dengan keadaan mereka kini. Pandangan Shahir kini hanya pada Adira, dia dapat merasakan degupan jantungnya berdegup tidak senormal selalu seolah-olah dia sedang berlari 100 meter pecut namun dia juga dapat rasa perasaan yang sangat aneh yang kini menyelubungi seluruh urat saraf ditubuh badannya seperti dia memandang Ira. Wajah Ira kini muncul menggantikan wajah Adira setiap inci wajah Adira dia pandang dengan penuh sandu dari ulas pipinya, mata, hidung, dan mulut Adira di ratah oleh mata lelakinya. Manakala, Adira jua dapat merasakan perasaan yang sama dengan Shahir namun dia semakin tidak selesa dengan renungan mata coklat Shahir itu seperti mahu menelannya hidup-hidup dan dakapan tangan Shahir yang melingkari pinggangnya semakin kuat di peluk erat dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Adira semakin lama semakin tenggelam di bawa arus ombak khayalannya dengan Shahir.

“Meooowwww…!!!”

Adira dan Shahir terkejut dengan ‘teguran’ yang di buat oleh anak kucing tadi. Shahir menolak Adira yang dari tadi berada di atasnya ke atas tanah.

“ Aduiii!!! Sakitnya pinggang ak nie…argghhhhhh!!!! Anak rimau……” Sekali Adira menjerit dan menyebabkan anak kucing itu tadi lari masuk ke dalam rumah. Manakala Shahir menutup telinganya apabila mendengar jeritan itu yang sangat bingitkn telinganya. Adira hilang rasa malunya atas kejadian seketika tadi apabila melihat haiwan yang begitu dia alergik cuba mendekatinya. Shahir yang tidak tahan dengan jeritan itu menutup mulut Adira menggunakan tangannya supaya suasana pagi yang aman itu kembali tenteram.

Adira tergamam dengan tindakan Shahir padanya. ‘Gila betul la bos aku nie, mana-mana laki tak pernah sentuh aku macam nie, dia suka suki ati mak pak tiri dia aje pegang aku macam.’

“Awak nie dulu masuk acara menjerit ke hah?! Bingit la telinga saya, boleh pekak tau tak..kan dah padan muka kena tutup dengan tangan saya.” Bebel Shahir pada Adira dan dia masih tidak sedari dengan tindakannya pada Adira sambil menurunkn tangannya.

“En. Shahir, awak lelaki pertama sentuh dan peluk saya macam tadi.” Suara Adira begitu pelahan menyebut ayat itu sambil menundukkan kepalanya kerana malu. Kini, Shahir pula tergamam dengan pengakuan Adira padanya. Kenapa dia begitu spontan melakukan tindakan yang sebegitu pada Adira, sedangkan Shahir selalu mengelak dari mana-mana perempuan tapi kini dengan Adira, semuanya menjadikan dirinya lupa pada hokum Islam, lupa pada Ira, isterinya.

Shahir bangun menyapu baju kerjanya kini sudah kotor akibat dari insiden tadi, dia cuba berlagak tenang sedangkan hatinya kini berdebar dengan pelbagai perasaan.

“ Er..maaf, awak la bising sangat itu yang saya tutup mulut awak. Biar diam sikit, sekarang awak tengok apa yang dah awak buat kat baju saya??” Shahir cuba mengubah situasinya.

“Ekh..encik nie..Encik yang salah buat saya terkejut. Nasib la encik, bukan salah saya pun.” Adira tidak mahu dipersalahkan.

“Amboi sedap awak cakap ye. Sape suruh awak panjat tembok itu, nasib baik saya tolong awak.” Lawan Shahir.

“Mana encik tolong saya pun..encik tolak saya jatuh kat tanah tadi, sakit tau tak.!!” Adira menyalahkab Shahir kembali.

“ Hoi..hoi.hoi..yang awak jatuh atas saya itu ingat ringan!!..berat tau x..badan aje kecil tapi berat macam badak Sumatra.” Shahir tidak mahu mengalah.

“ Nie semua gara-gara anak rimau encik kalau tak saya tak jatuh kat atas encik tau. Tuan rimau dengan anak rimau sama aje perangai, entah apa-apa perangai.” Adira melemparkan pandangan tajam kepada Shahir.

“ Owh, awak samakan saya dengan ‘anak rimau’ saya ye. Mak!! Oh mak!!” Shahir menjerit memanggil Mak Kalsom. Mak Kalsom terkejut apabila anaknya memanggilnya, mak Kalsom keluar dari tempat persembunyinya yang sejak tadi dia mengintai aksi-aksi Adira dan Shahir. Mak Kalsom juga yang membaling anak kucing nya ke arah Shahir dan Adira kerana dia tidak mahu mereka berada dalam keadaan yang tidak enak di pandang itu.

“ Ye ada ape Shahir..terjerit-jerit nie. Cukup la si Adira aje yang jerit.” Mendendar Mak Kalsom memerli Adira, Adira memuncungkan bibirnya apabila di perkatakan oleh Mak Kalsom.

“ Mana ‘anak rimau’ tadi, saya nak bagi dekat si Mulut Murai nie. Biar dia tahu tuan rimau dengan anak rimau macam mana.” Shahir memandang Adira dengan sinis.

“ Hah..nie dia ‘anak rimau’ kesayangan saya. Meh kat papa..” Shahir tunduk untuk mengambil anak kucing itu dan di hulurkan pada Adira. Adira apa lagi dengan terkejutnya, dia menjerit dan melarikan diri dari kucing itu.

“ Arghhhh!!!! Giler punye bos….mama tolong..”..Adira melarikan dirinya namun dikejar oleh Shahir.

“ Nah la anak rimau, tadi bukan main awak samakan saya dengan anak rimau nie.” Mak Kalsom hanya tersenyum melihat keletah anaknya dan Adira. Biarlah senyum di wajah Shahir it uterus terlakar disitu hanya senyuman itu bisa membuat hati tuanya senang melihat anaknya kembali seperti dulu.

“ Tak mau la bos..arghhhh!!! encik Shahir kamu gila..aku tak suka sama kau..” Adira terus berlari dan terus masuk ke dalam biliknya. Kini dia selamat dari ancaman anak rimau itu, nafasnya turun naik kepenatan kerana lari dari Shahir dan kucing itu.

Adira memegang dadanya, masih lagi berdebar-debar bukan kerana larianya tapi kerana kejadian dia dan Shahir itu tadi. Adira tersenyum memikirkan kejadian tadi, dia masih lagi Nampak jelas wajah Shahir tadi. Shahir sangat tampan memiliki sepasang mata coklat yang redup bias membuat hati wanitanya cair, keningnya, bibirnya, dan hidung nya tinggi seperti hidup Adira. Adira tidak dapat melupakan pandangan Shahir yang redup seperti menagih satu perasaan dari dirinya untuk melengkapi perasaan pada Shahir, namun dia tidak tahu apa perasaan itu. Adakah dia sudah jatuh cinta pada Shahir atau hanya sekadar perasaan simpati pada Shahir? Pelukan Shahir padanya membuatkan dia merasakan aman dan tenang dengan pelukan itu, dia tidak mahu melepaskan pelukan itu kerana sangat mendamaikan hati wanitannya. Adira bermonolog dengan dirinya.

‘ Dira jangan kau jatuh hati dengan bos kau, salah kau tau x. Tapi aku dapat merasakan rasa cinta itu, kenapa haru aku rasa begini pada dia dalam situasi sekarang. Aku tidak boleh bermain dengan api, nanti aku akan terbakar diri. Tapi jika cinta itu menyapa aku, aku tidak boleh halangnya datang pada aku. Ye..! aku sudah jatuh cinta pada majikan aku atau lebih tepat pada lelaki yang pernah menyelamatkan aku dulu. Aisyah, maafkan aku kerana aku melanggar janji aku pada kau, kini aku sudah cintakan Shahir ak dapat rasakan perasaan itu kerana hanya pada Shahir hati aku berdebar laju tidak pada jejaka yang lain. Maaf’ Adira merebahkan badannya ke atas katil dan matanya turut di pejam semoga apabila matanya dibuka nanti perasaan itu akan hilang.

Bersambung...^__^V

~maaf lambat smbung...

No comments:

Post a Comment