MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Wednesday, February 2, 2011

Ayah! Cik Nak KAWIN..!! ♥♥♥

Salam....
Yuuhhuuuuu, any body home??
Bila NAZRATUL AKMA BINTI ZAHARIN gatai nak KAHWIN!!..

Mak aiii...AKMA gatai na...
Bila bercakap bab KAHWIN nie..
Memang best..
Ape yg best pasal KAHWIN Nnie??
Hurmmmm..Jom kita singkap disebalik tirai kamar..Hhihihihi

“Yaa Allah, sesungguhnya aku memohon cinta Mu, cinta orang-orang yang mencintai Mu, dan amal yang dapat membuatku memperoleh cinta Mu. Yaa Allah jadikanlah cintaku kepada Mu melebihi cinta terhadap diriku sendiri, keluargaku, dan melebihi cintanya orang yang kehausan terhadap air yang dingin.” (HR. Tirmidzi)"


Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Kabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.



gmbr CREDIT TO ASMADY AHMAD

:::Hukum hukum perkahwinan dalam Islam:::


  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Ciri-ciri bakal suami::

  • beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • bertanggungjawab terhadap semua benda
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
  • tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.



::Ciri-ciri bakal isteri

  • beriman & solehah
  • rupa paras yang cantik dan elok
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • masih dara
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
  • tidak memandang harta semata-mata


::RUKUN NIKAH::




  • LELAKI yg bakal menjadi suami
  • PEREMPUAN yg bakal menjadi isteri
  • WALI yg mengakad nikahkan pasangan atau mewakilkan kepada jurunikah
  • DUA ORANG SAKSI yg mendengar dan mengesahkan akad nikah
  • IJAB DAN KABUL (ijab ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil. Kabul ialah ucapan pengantin lelaki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan.)


Bila bercakap tentang KAHWIN, ampa kena make sure lu semua WAJIB kita ikut as MUSLIM..
Kalau xmmg susah nak berkat la perkahwinan 2..
dan bila bercakap lagi tntang topik nie..
Mesti ampa semua ada PERANCANGAN utk itu kan..
Apa-apa pun igt, berkahwin kerana ALLAH..
Mencintai dan dicintai adalah satu rahmat Dari Nya..

" Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi."
- Hadis riwayat al-Baihaqi r.a daripada Rasulullah S.A.W-

azma_aifa

No comments:

Post a Comment