MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Sunday, January 16, 2011

Ku Ada Kamu_3

BAB 3

“ Assalamualaikum…”

Terkejut Shahir yang sedang termenung di kerusi berhampiran dengan kolam renang rumah apabila terdengar ada orang memberi salam. Dia segera bangun menuju ke pintu pagar rumahnya untuk mengetahui gerangan siapa yang memberi salam itu.

“ Walaikumsalam..maaf la cik, saya tak nak beli ape-ape.”

Kelihatan seorang gadis memakai topi dan berkaca mata sambil megang sebuah beg pakaian yang besar. Shahir menyangka, jurujual langsung yang selalu sangat ke rumahnya untuk menawarkan pelbagai barangan.

“ Ekh..!! sorry sikit ye, saya bukan jurujual. Suka suki aje encik kata saya jurujual, mentang-mentang la saya bawak beg besar gerabak keretapi.” Marah gadis itu.

“ Punya la cun aku nie..dia kta jurujual..buta kot mamat poyo nie.” Gadis itu mengomel seorang diri.

“ Sorry la cik, rumah saya nie selalu sangat orang datang nak buat jualan langsung. Apa tujuan cik nie datang rumah saya, siap gan beg besar lagi.?? Cik lari dari rumah ye?” Shahir masih lagi meneka tujuan kedatangan gadis itu.

“ Mana ada encik, saya mana lari dari rumah. Tak baik la encik tuduh saya bukan-bukan. Saya datang nak cari kerja kosong, mana la tahu rumah encik perlukan pembantu rumah ke?”

“ Sini tak ada kerja kosong la cik, lagipun saya tak suka perempuan bukan muhrim dalam rumah saya nie. Mak saya boleh urusankan rumah nie.” Terang Shahir pada gadis itu lagi.

“ Kalau macam itu tak lah, tapi boleh tak kalau saya tumpang toilet kat rumah encik?? Tak tahan dah nie..boleh ye..pleasee…” Muka gadis itu berubah meminta simpati kepada dirinya untuk ke toilet.

“ Ye boleh la..nanti kalau terburai kat sini lagi susah, dah jangan buat muka ‘sekupang’ awak itu. Masuk.” Setelah pintu pagar rumah Shahir terbuka, gadis it uterus berlari ke dalam rumah dengan perasaan tidak tahu malu.

“ Hoi! Beg awak nie sape nak angkat..? Toilet kat belakang dapur.” Laung Shahir melihat gadis itu kelam-kabut mungkin sudah tidak mampu menahan untuk melepaskan hajatnya.

Shahir senyum melihat keletah gadis yang baru dia kenal tak sampai 10 minit itu. Setelah mengangkat beg gadis itu masuk ke dalamm rumahnya dia menutup pintu pagar rumahnya dan melangkah ke dalam rumah untuk melihat jika gadis itu berbuat bukan-bukan didalam rumah. Orang zaman sekarang bukan boleh dipercayai sangat, selalu mengambil kesempatan atas kesempatan yang orang berikan.

Mak Kalsom yang tadi terintai di sebalik tirai tersenyum gembira apabila melihat gelagat anaknya dan gadis itu. Mak Kalsom tertanya-tanya siapa gadis itu, gadis yang bisa membuat anak lelaki kembali tersenyum setelah dua tahun Ira meninggalkan Shahir. Mak Kalsom tidak akan membiarkan gadis itu keluar dari rumahnya jika itu boleh membuatkan kehidupan anaknya kembali bersinar seperti dulu. Mak Kalsom segera ke dapur untuk mendapatkan gadis itu sebelum ia hilang dari rumah itu.

Anak nie siapa?.. apa hubungan dengan Shahir?”. Tanya Mak Kalsom pada gadis itu.

“ Ekh..mak cik nie mesti mak kepada encik Shahir kan? Saya Ira.” Betapa terkejutnya Mak Kalsom bila mendengar nama gadis yang di hadapannya. Ira tersenyum sambil bersalam dengan Mak Kalsom.

“ Saya datang dari Sabah, datang sini sebab nak cari kerja kosong tue yang saya cuba-cuba di kawasan ini dan kebetulan saya lalu depan rumah nie tadi nak ‘ter’ pulak. Mak cik tak kesahkan saya tumpang toilet rumah makcik?.” Ira cuba bermesra dengan mak Shahir untuk mencari peluang tinggal di rumah itu.

“ Mari duduk dulu, Ira tunggu kat depan ye mak cik nak g buat air. Tunggu tau mak cik nak interview Ira.” Betapa gembiranya Ira apabila umpannya mengena, dia hanya perlu berlakon dengan penuh simpati lagi di hadapan Shahir untuk memastikan lelaki itu juga ingin dia berkerja di situ.

Di ruang tamu kelihatan Shahir sedang membaca surat khabar, Ira lalu duduk bertentangan dengan Shahir. Ira berasa sangat gembira dapat berjumpa Shahir yang telah menyelamatkannya dahulu. Shahir masih lagi khusyuk membaca hinggakan Ira di hadapan tidak di sedar, dia menyedari apabila dia terdengar orang sedang terbatuk-batuk lalu dia memagungkan kepadanya untuk melihat.

“ Ekh, cik nie tak balik lagi, beg cik ada kat luar.” Shahir menyambung kembali pembacaannya.

“ Arrr.. mak cik suruh saya tunggu kat sini. Dia kata nak interview saya.”

“ Ala, mak nie..orang dah kata tak mahu pembantu perempuan.Susah la macam nie.” Omel Shahir kedengaran di telinga Ira. Ira agak berkecil hati dengan kata-kata itu, namun dia cepat-cepat membuang rasa itu kerana misi nya untuk membalas jasa mamat poyo itu padanya masih belum terlaksana. Dia akan pulang ke Sabah dengan tanpa ada hasilnya. Setelah mereka berdua mendiamkan diri dalam beberapa minit, muncul Mak Kalsom dengan membawa sedulang air untuk di hidangkan. Mak Kalsom duduk di sebelah Shahir.

“ Jemput minum Ira..air aje.” Shahir terkejut apabila mendengar nama Ira disebutkan, lantas dia meletakkan surat khabar dan meminta penjelasan dari Mak Kalsom.

“ Shahir, mak ingat nak gajikan si Ira nie untuk tolong mak ape yang patut kat rumah nie. Shahir tau kan mak pun dah tua tak larat sangat nak uruskan rumah kau yang besar nie lain la kalau Shahir bagi menantu lagi dekat mak nie.”

“ Mak, tolong jangan sebut pasal isteri ye..biar Shahir yang interview budak nie ye.” Akhirnya Shahir bersetuju dengan cadangan maknya. Mak Kalsom tahu hanya menyebut perkataan isteri Shahir pasti tidak betah untuk mendengar omel maknya yang panjang lagi.

“ Ok, Cik Ira ye?? Sama nama awak dengan wife saya.” Shahir dah ada isteri, memang tepat ramalan Aisyah padanya tempoh hari. Tapi tak mengapa, jasa Shahir harus dia balas walaupun dia sudah beristeri.

“ Cik Ira, tolong terangkan sikit tentang latar belakang awak. Mana la tahu awak ada niat lain datang ke rumah saya nie kan.” Shahir seolah-olah memerli Ira.

Boleh, nama penuh saya Siti Adira Shuhaimi..dekat rumah mama panggil Adira tapi kawan-kawan paggil saya Ira. Memandangkan isteri encik pun Ira, encik sekeluarga panggil saya Adira. Saya asal dari Sabah, pernah berkerja di butik SAS de Butik sebagai sale girl.” Dengan penuh keyakinan Adira memperkenalkan dirinya.

“ Kenapa awak berhenti kerja butik, setahu saya SAS de Butik itu butik yang terkenal kat Malaysia dia. Pemilik dia perempuan kan?? Dan saya pernah berjumpa dengan bos awak itu, saya tolong dia masa dipukul dulu.”

Shahir masih ingat peristiwa di Sabah ketika dia pergi berkursus disana dan dia telah menolong seorang gadis yang di pukul oleh sekumpulan lelaki yang di upah oleh musuhnya, gadis itu pemilik butik SAS de Butik. Shahir mendapat maklumat itu dari polis yang menyoal siasatnya tentang kejadian pada masa itu.

“ Owh..butik itu..butik itu bagus tapi tujuan saya ke sini sebab..sebab…” Adira kehilangan kata-kata.

“ Sebab ape awak ke sini?” Shahir semakin mencurigai sesuatu pada gadis itu.

“ Sebab..sebab..saya nak cari abang saya yang terpisah sejak kecil lagi. Sebab itu saya datang cari kerja di semenanjung. Harap encik sekeluarga terima saya berkerja disini. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh.”

“ Baik, mak cik terima Adira berkerja kat rumah mak cik nie. Buat macam rumah Adira sendiri ye, duduk la dulu biar mak cik pergi kemas bilik yang kat belakang itu untuk Adira ye.” Mak Kalsom bersuara kembali setelah menjadi pendengar dan pemerhatian seketika tadi dan berlalu pergi ke bilik yang di maksudkannya tadi.

Betapa gembiranya Adira apabila di terima berkerja di rumah Shahir, kini dia perlu melaksanakan tugas-tugas dengan baik dan melaksanakan misinya masuk ke rumah itu. Enam bulan, dalam masa yang panjang itu Adira akan cuba untuk menyembunyikan identitinya sebaik mungkin, mungkin pembohongan demi pembohongan bakal Adira cipta untuk keluarga Shahir tidak mengetahui siapa dirinya. Satu pesanan Aisyah yang masih segera di ingatannya, jangan sesekali jatuh cinta pada majikannya, Shahir kerana ia bisa buat Adira menderita.

“ Tapi ingat, panggil saya Encik Shahir pada mak saya Puan Kalsom dan adik saya Encik Shahril. Awak tak payah cari la adik saya itu, dia tak ada kat sini dia kat Sabah study sana.” Jelas Shahir apabila melihat Adira seperti mencari-cari Shahril adiknya. Adira tersenyum hingga menampakkan mata yang sepet itu. Tiba-tiba Adira membuka topi pink Nike nya diletakkan di dalam beg sandangnya. Shahir terkejut apabila dapat melihat wajah Adira dengan sepenuhnya. Dibenak Shahir.

‘ Tak mungkin!! Tak mungkin.. Kenapa wajah Adira, persis wajah Ira. Tak mungkin Ira mempunyai kembar, kalau Ira gadis yang sopan santun menutup aurat tapi gadis dihadapan ak nie agak kasar dan tidak menepati ciri-ciri gadis timur. Wajah Adira meningatkan aku pada Ira. Ira abang rindu Ira.’ Desis hati lelaki Shahir.

Adira memandang Shahir dengan pelik, kenapa lelaki yang berada dihadapannya itu sedang merenung dirinya seperti mahu menelannya hidup-hidup. Adira tidak selesa dengan renungan Shahir padanya lalu dia bangun untuk mendapatkan Mak Kalsom di bilik belakang. Sambil menarik beg pakaiannya dia menuju keruang yang di maksudkan oleh Mak Kalsom tadi meninggalkan Shahir yang masih merenungnya.

***

“Puan Kalsom, boleh Adira masuk??” Adira tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik nya.

“ Ekh, Adira..mari masuk mak cik dh kemas semua harap Adira selesa ye tinggal kat sini.”

“ Insya allah, saya akan selesa dengan semua ini Puan Kalsom. Nie pun dah besar rahmatNya pada saya.” Tersenyum manis Adira pada Mak Kalsom. Mak Kalsom berjalan keluar dari bilik itu.

“ Satu Adira, jangan panggil puan ye..panggil mak cik aje. Jangan bantah ini satu arahan ye. Rehat la mesti Adira penatkan.” Mak Kalsom terus keluar dari bilik Adira menuju ke ruang tamu untuk melihat reaksi Shahir dengan kehadiran Adira di dalam rumahnya itu.

Di ruang tamu, Shahir masih lagi tidak percaya dengan kewujudan gadis yang persis seperti arwah isterinya walaupun ada perbezaan pada personality mereka tetapi wajah itu yang dia rindu setiap saat. Kerana wajah itu, Shahir kembali mengingati isterinya yang tercinta, Ira. Mak Kalsom tiba dan duduk disisi anaknya yang begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya tadi. Bagi Mak Kalsom kali pertama dia melihat Adira, wajah Ira juga dibenaknya kerana itu juga Mak Kalsom berusaha untuk menempatkan Adira dirumah itu dan berharap anak sulungnya akan dapat menerima kenyataan bahawa cinta itu tidak berakhir.

“ Shahir….” Panggilan mak Kalsom membuatkan Shahir terkejut dan terus bangun untuk melangkah ke biliknya.

“ Shahir, dia bukan Ira sayang. Dia Adira gadis yang persis seperti arwah Ira.” Shahir berhenti melangkah dan memalingkan dirinya berhadapan maknya.

Shahir tahu mak, Adira dan Ira orang yang berbeza itu hakikat Cuma ini semua kebetulan sahaja. Tak mungkin ada lagi tempat untuk perempuan lain di hati ini mak walaupun Adira yang wajah seperti Ira.” Tegas Shahir ada maknya, kerana dia tahu maknya cuba untuk menjodohkan dia dengan semua perempuan yang pernah mak Kalsom kenal hinggakan anak jiran sebelah rumahnya juga dijodohkan. Namun hati dia tak ingin mencari pengganti Ira dan satu perasaan yang dia pasti ada satu perasaan yang kuat terhadap dia dan Adira. Bukan cinta!! Tapi benci untuk melihat wajah itu, itu kenyataannya.

Satu lagi mak, jangan bagi muka sangat pada orang gaji kita itu. Baru nak start keja mak dah bagi dia peluang macam kat dia, naik minyak lak nanti. Shahir sebenarnya tak suka dengan Adira itu muka cun macam itu nak jadi orang gaji macam pelik betul.” Tegas Shahir sekali lagi. Tanpa Shahir sedari, Adira mendengar perbualan antara Shahir dan maknya di ruang tamu itu.

“ Jangan kita membuat tanggapan sebegitu pada orang, dia belum lagi menunjukkan cara kerja lagi mak takut ada orang nanti dah tak mahu keluar rumah lagi.” Sindir Mak Kalsom pada Shahir dan menyebabkan Shahir mencebik apabila di perkatakan begitu oleh maknya.

Pada Adira, kini perasaan yang bersalah begitu menebal kerana telah membohongi keluarga itu. Bukan itu niatnya, tapi jika dia tidak berbohong bolehkah Shahir menerima dirinya untuk membalas jasanya pada Adira. Adira bertekad, untuk mengharungi segala rintangan yang mendatang itu tekadnya. Enam bulan sahaja dia perlu begitu, dan selepas dari tempoh itu dia akan pergi jauh dari keluarga ini.

bersambung.....


azma_aifa

1 comment: