MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Thursday, January 6, 2011

Kisah Sekeping BISKUT


.
Salam smua..hallooooo...
Masa ak tgh praktikal semalam, ak bukak buku OA..
bku Office la..adoi ayaiii..hihihi Buka punya bukak..I jmpa somthing u..Sehelai kertas berwarna putih yg bertaip rapi..kertas 2 diberi oleh lecturer ak dulu ms Sem1 or Sem2 kot..I pun dh lupa..dalam kertas 2 tulis..

SUBJECT: KISAH SEKEPING BISKUT....mri kita ikt kisahnya...

Ada satu kisah.... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunngu waktu penerbangannya sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak sebelahnya. Setiap keping biskut yang dia yang di ambil itu mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Alangkah tak malunya lelaki ini...dah la tak mintak dari aku..makan sama banyak dengan aku pulak. Pencuri!! rungut wanita itu dalam hati."

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya.


"Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!.." Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dai bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.... Ya..Biskut yang dimakannya tadi itu kepunyaan lelaki itu". Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya shingga biskut terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana sifat kedekutnya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahwa dialah pencuri biskut sebenarnya.









MORAL 1: Oleh kerana itu.....jangan makan biskut masa tunggu keretapi or kapal terbang..makan bnda lain...


MORAL 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding wanita...!!!


MORAL 3: Lain kali makan biskut orang lain dulu..biskut anda..simpan!!!!...
hihihihi...peace....^__^V

azma_aifa

No comments:

Post a Comment