MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Sunday, December 19, 2010

Ku Ada Kamu_1


BAB 1

Pada suatu pagi yang agak hening telah dikejutkan dengan satu suara gadis yang sedang menjerit marah pada seseorang. Suasana di Jeti Pulau Perhentian Besar begitu kecoh bukan kerana ada keramaian atau majlis tetapi gempak bila ada seorang gadis yang terjun ke dalam laut dan mengugut akan melemaskan dirinya jika permintaannya tidak dipenuhi oleh orang tuanya. Lebih membimbangkan lagi penduduk disitu apabila gadis itu kelihatan semakin lemah dan tiada siapa pun yang berani untuk terjun menyelamatkan nya atas ketegasan gadis itu untuk bunuh diri jika ada yang cuba menyelamatkannya. Kelihatan Mak Timah dan Pak Saad kelihatan teramat risau keadaannya anak mereka iaitu Ira, satu-satunya anak yang mereka ada sejak 30 tahun mendirikan rumah tangga.

Tak nak, Ira tak nak naik selagi mak abah nak Ira kahwin dengan Ikram itu. Mak abah dah tak sayang Ira sebab itu mak abah nak Ira kahwin gan Ikram itu.” Tegas Ira apabila cuba dipujuk oleh maknya Mak Timah.

Kali Ira ingin bertegas dalam soal hati dan perasaannya, dia hanya cinta kan abangnya kenapa mak abah dia tak mahu faham itu dia lebih rela mati dari kahwin dengan orang yang tak dicintainya. Ira kembali bersuara namun hanya dirinya dapat mendengar coretan dibibirnya yang penuh dengan kekesalan.

Abang Shahir, nape abang tak pernah cuba tunjukkan pada mak abah Ira yang kita saling mencintai, kenapa abang?.. Ira sayang Abang sangat-sangat, apa lagi yang boleh Ira buktikan pada abang yang Ira sayang sangat pada pada abang. Ira kecewa bila abang buat keputusan untuk ke bandar masa hari pernikahan Ira nanti.”

Maafkan abang Ira, bukan abang tak cintakan Ira, tak sayangkn Ira..Ira salah sayang..You are totally wrong, my heart is only for you Siti Shahira Saad..only for you. Please sayang, abang tak nak tengok Ira macam nie jangan menyeksa tubuh badan Ira kerana abang. Abang tak rela tengok Ira macam nie sayang.” Bagaikan sebuah doa, kini Shahir turut terjun bersama Ira ke laut, sejak bila Shahir terjun ke laut Ira juga tidak pasti yang pasti dia amat terkejut apabila melihat Shahir berada disisinya.

“ Abang tipu Ira, abang tipu!! Abang tak sayangkan Ira! Kalau abang sayang Ira, abang akan ke bandar nanti.. Kenapa abang langsung tak tunjukkan abang nak kan Ira?? Kenapa abang??! Jawab la!! ” Bagai halilintar Ira menjerit sambil memukul bahu Shahir dengan sisa-sisa tenaga yang ada.

“ Sayang..!! Sayang..!! Pandang muka abang dan dengar apa yang abang cuba sampaikan.”

“Ok, cepat abang ceritakan sebelum Ira mati..!!” Sekali lagi suara mersik Ira membuatkan Shahir terkejut dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut Ira, kekasih hatinya.

“ Tapi sebelum itu, jom kita ke jeti dulu ye sayang..abang tahu sayang sejuk dekat sini, jangan seksa diri sayang macam nie kerana abang.” Shahir cuba memujuk Ira untuk ke darat kerana keadaan Ira kelihatan semakin lemah.

Dengan lemah Ira menanggukkan kepalanya, namun belum sempat dia berenang sampai ke jeti matanya semakin kabur dan terus gelap. Shahir yang berada tak jauh dari Ira terus berenang mendapatkan Ira yang sudah ditenggalami air laut. Semua penduduk kampong begitu terkejut dengan kejadian yang baru berlaku.

Setelah Shahir Berjaya menyelamatkan Ira dan membawanya ke jeti, Mak Timah dan Pak Saad berlari mendapatkan Ira dan Shahir.

“ Pak Saad, Mak Timah..kita kena bawa Ira ke klinik dahulu. Lepas ini baru kita selesaikan masalah yang terjadi nie. Saya tak akan maafkn diri saya kalau apa-apa terjadi pada Ira nanti.”

Mak Timah dan Pak Saad terkejut apabila mendengar Shahir berkata begitu, kini baru mereka sedar bahawa Ira dan Shahir sudah tidak boleh dipisahakan lagi mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu, ibu bapa yang menentukan jodoh tapi biar lah mereka sendiri yang perlu mencari jodoh yang mereka kehendaki. Menentukan jodoh untuk anak kesayangan mereka ada satu kesilapan pada mereka, jika apa-apa yang terjadi pada Ira mereka juga akan menyesal.

**********************************************

Pada sebelah malamnya, dirumah Ira kini dipenuhi oleh orang kampung yang datang untuk melawatnya, penduduk kampong di Puala Perhentian Besar ini saling bantu-membantu dan saling tolong menolong apabila ada dianatara mereka ditimpa masalah atau musibah.

Ira masih belum sedarkan diri kerana terlalu lemah setelah dia berendam di dalam laut selama beberapa jam dan dengan keadaan dirinya yang lemah dari segi mental dan fizikal membuat Ira tidak sedarkan diri. Kata doctor yang datang merawatnya siang tadi, keadaan Ira akan lebih kritikal jika dia mengalami lagi tekanan perasaan pada tempoh masa terdekat. Doktor itu juga turut member nasihat agar Ira tidak mendapat tekanan dari masalah yang di hadapinya. Setelah semua orang kampung pulang, kini tiba giliran keluarga Shahir datang melawat Ira. Keluarga Shahir hanya kini ada ibu dan adik lelaki sahaja kerana sepuluh tahun yang lepas bapa dan adik perempuannya meninggal dunia akibat bot yang dinaiki mereka terlanggar bot yang datang dari arah bertentangan dan bapa Shahir meninggal ditempat kejadian manakala adik perempuannya meninggal di hospital akibat paru-paru dijangkiti kuman akibat dari kemalangan di laut China Selatan itu hanya Shahir sahaja terselamat dari kemalangan itu. Oleh kerana, lepas kejadian itu, Shahir mula membenci apa jua benda yang melibatkan laut dan bot tetapi hari ini dia lupa akan peristiwa sepuluh tahun dahulu kerana ingin menyelamatkan kekasih hatinya dari mengalami kesan yang sama dengan arwah adik perempuannya.

Diruang tamu rumah Ira kini hanya ada Pak Saad, Shahir dan Shahril sedang berbual sambil menikmati kopi dan karipap yang di buat oleh Mak Timah. Manakala, Mak Kalsom dan Mak Timah kini berada di dalam bilik Ira untuk melihat keadaan Ira, namun lepas beberapa minit kemudian ada suara memberi salam dari halaman rumah Pak Saad.

Assalamualaikum…..” Suara seorang pemuda yang memberi salam itu.

“ Walaikumsalam..owh..Ikram rupanya naik la.. Shahir dengan keluarga dia pun ada kat atas nie. Mari, mari…” Ikram tunang kepada Ira, datang mungkin ingin melawat tunangnya yang di timpa musibah akibat dari paksaan keluarga dan dirinya untuk menerima ikatan itu.

“ Ekh..!! Ikram, mari duduk, ak baru aje sampai nie. Ikram ak mintak maaf sebab datang melawat tunang kau tanpa minta izin dulu.” Kata Shahir sambil bersalam dengan Ikram setelah Ikram bersalaman dengan Pak Saad dan Shahril.

Kau nie Shahir kenapa perlu minta kebenaran aku lak untuk datang melawat Ira. Aku yang patut minta maaf sebab aku perkara sebegini berlaku. Terima kasih Shahir sebab kau dah selamatkan Ira tadi.” Dengan perasaan bersalah Ikram meminta maaf kepada Shahir sambil menepuk-nepuk bahu Shahir.

“ Tak la, dah tanggungjawab aku untuk lindungi Ira selagi dia tak berkahwin dengan kau kan. Itu janji aku pada Ira, dan kau pun dah beri kebenaran untuk itu, tak perlu la di ungkitkan lagi.”

Sedang Shahir dan Ikram berbual tentang Ira dengan pelbagai perasaan bersalah, sedih dan menyesal yang terpamir di raut wajah kedua-dua pemuda yang mencintai Ira, Mak Kalsom dan Mak Timah muncul di ruang tamu.

“ Ekh Ikram..datang nak tengok Ira ye?? Ira tak sedar lagi, dia kat bilik dia tengah tidur.” Ikram bangun dari sofa untuk bersalam dengan kedua-dua wanita separuh umur itu. Setelah bersalaman mereka mengambil tempat di sofa yang masih kosong lagi.

“ Iye, saya datang nak tengok keadaan Ira dan ada hajat yang lain juga tentang saya dan Ira…..” Belum sempat Ikram meneruskan kata-katanya terdengar suara orang menjerit yang datang dari bilik Ira.

“ Argghhhhh!!! Abang jangn tinggal Ira!! Abang Shahir….!!” Semua orang di ruang tamu itu terkejut lalu bangun bergegas ke bilik Ira, orang pertama yang sampai ke bilik Ira adalah Shahir dengan muka yang cemas.

“ Ira..Ira..kenapa nak..?? Mak gan abah ada nie nape nie..??” Shahir tak bersuara apabila melihat Ikram juga turut meluru ke arah katil Ira. Shahir mengundurkan langkah nya kebelakang, namun pinggangnya diraut oleh ibunya untuk memberi semangat kepada Shahir. Ira mula membuka kelopak matanya apabila mendengar suara maknya dan melihat cahaya.

Mak, abang Shahir mana mak.. Ira nak abang Shahir.” Hati ibu dipukul pilu apabila rintihan seorang anak meminta sesuatu yang begitu penting dalam hidupnya. Manakala Ikram terkesima apabila nama Shahir yang pertama terpacul dari mulutnya.

Shahir, ada kat sini sayang, jap ye mak panggilkan dia ye.. Ira jangan menangis lagi sayang.” Sambil bangun untuk memberi ruang pada pemuda yang dicintai anaknya untuk duduk disisi Ira.

Shahir menjadi serba salah apabila melihat raut wajah Ikram berubah bila Ira menyebut namanya dahulu berbanding tunangnya sendiri. Namun akhirnya, Ikram memberi senyuman untuk membenarkan Shahir hadir disisi Ira pada saat itu.

Ira, abang nie Ira..!! ”. Shahir duduk di sisi Ira untuk memberi semangat jika itu yang diperlukan oleh insan yang dia sayangi selama ini.

“ Abang, tolong tunaikan janji abang tadi, abang jelas segala-galanya tentang perkara yang tidak jelas lagi abang. Ira dah tak tahan menderita sebegini, Ira takut Ira tak sempat nak dengar dari mulut abang sendiri.”

Sambil tersedu-sedu Ira menangis setelah melihat Shahir duduk disisinya. Yang dia mahu Shahir terus disisinya hingga akhir hayatnya kerana Shahir satu-satunya orang yang dia sayang tak mungkin ada dua atau tiga. Bagi Shahir pula, jika Ira lebih menderita dia lebih jauh menderita melihat kekasih hatinya yang selama ini mereka menyulam kasih bertahun-tahun telah menjadi milik kawan sekampungnya itu lebih memedihkan dirinya.

“ Jika itu Ira tunggu dari abang, abang nak Ira jangan menangis. Abang tak kuat melihat air mata Ira mengalir dipipi Ira.” Ingin sahaja Shahir menyapu air mata itu, namun gerakkannya tersekat kerana dia menghormati Ikran dan keluarganya.

Yes I promise..I never cry again. Promise!!” Kata Ira sambil mengangkat tangannya seperti berjanji pada Shahir.

“ Good..! That my girl.” Kini senyum Ira terlakar dibibir yang merah bak delima itu. Semua orang dibilik itu tersenyum melihat aksi Shahir dan Ira dan mereka berlalu keluar untuk memberi ruang kepada pasangan kekasih yang bagai terpisah bertahun lamanya.

“ Shahir, aku bagi ruang untuk kau dan Ira untuk menyelesaikan masalah kau orang berdua..Kalau sudah habis panggil aku, aku juga ada hal nak di bincangkan dengan kau orang. Jangan lebih-lebih ye Shahir..Ira masih milik aku.” Shahir dan Ira terkejut bila Ikram mula mengerti keadaan mereka. Setelah Ikram berlalu keluar Shahir memulakan perbicaraannya dengan Ira.

Ira sayang, listen carefully what I’am talking after this..Abang, dari dulu hingga kini hanya ada seorang wanita yang bertahta di hati abang nie, Siti Shahira Saad. Hanya wanita ini sahaja tau, tapi kekadang sayang, cinta perlukan pengorbanan, cinta tak semestinya memiliki….”

Tapi kenapa abang tak pertahankan cinta Ira dan abang??” Ira bersuara.

“ No..!! biar abang yang bercakap sekarang. Ira dengar dan duduk diam-diam disitu aje, bila abang dah abis cakap baru Ira nak marah, nak lempang abang macam kat jeti tadi atau Ira nak bunuh aje abang.” Ira tersentak mendengar perkataan terakhir dari Shahir, namun diam berdiam sahaja atas permintaan Shahir. Shahir membetulkan duduknya dan memulakan kembali luah hatinya pada Ira.

Sejak Ira ditunangkan dengan Ikram abang rasa seolah-olah dunia terlalu kejam terhadap abang. Dulu abang kehilangan ayah dan adik perempuan abang kini abang merasakan Ira juga akan pergi dari hidup abang, abang sakit sangat Ira, memang sakit abang tak Nampak pada mata Ira, sakit abang kt sini Ira kat hati abang. Setiap malam abang bangun untuk buat solat istikarah untuk memintak pertunjuk dari Allah adalah Ira milik abang atau milik Ikram dan jawapannya setiap mimpi abang Nampak Ira dengan Ikram tapi malam terakhir abang Nampak Ira dan Ikram juga tapi Ikram memberi tangan Ira pada abang, abang tak faham apa maksud mimpi itu lepas abang dengar berita yang Ira bakal berkahwin pada bulan hadapan, abang mengambil keputusan untuk ke bandar berkerja dengan pak cik Malik. Ira terima la Ikram dengan ikhlas hati Ira macam mana abang ikhlaskan Ira pada Ikram, abang akan bahagia kalau Ira lebih bahagia jangan hampakan harap orang tua kita Ira, selagi mereka ada di dunia nie berbakti pada mereka Ira. Abang sayang Ira segenap nafas abang..abang cinta Ira lebih dari diri abang, Ira terima Ikram ye sayang supaya hati abang tak rasa bersalah pada sape-sape lagi?? Kalau Ira kata abang tak cuba mempertahankan percintaan kita, Ira salah!!..Abang dah datang berbincang dengan ayah Ira supaya perkahwinan Ira dan Ikram dibatalkan dan terima abang sebagai suami Ira, keputusan ayah Ira tetap juga mahu meneruskan jua. Jangan Ira salahkan ayah Ira, dia juga mungkin ada sebab untuk terima Ikram itu. Ira kalau sayang cintakan abang..abang rayu pada Ira tolong terima Ikram ye sayang?? Abang merayu pada Ira.. Biar cinta kita menjadi kenangan terindah yang pernah kita lalui bersama. Itu permintaan abang pada sayang.” Ira tidak menyangka begitu tulus kata-kata Shahir padanya hingga pemuda dihadapannya boleh mengalirkan air mata dihadapan perempuan. Begitu murah air mata lelaki Shahir untuk Ira.

Ira sudah tersedu-sedu mendengar pengelasan dari Shahir. Fikirnya mula ligat berfikir pelbagai jenis perasaan muncul di benaknya kini. Permintaan Shahir padanya terlalu berat. ‘ Ya Allah begitu berat dugaan Mu pada hamba Mu ini tuhan’. Setelah lama mereka menyelam perasaan masing-masing akhirnya Ira bersuara.

“ Abang bahagia kalau Ira kahwin dengan Ikram??” Shahir hanya sekadar mengangguk, dia sudah tak bias untuk bersuara lagi takut dia bakal mengubah keputusanya.

“ Baik..!! Abang memang terlalu baik..!! Hingga sanggup bagi Ira pada orang lain. Ira tunaikan permintaan abang..Ira akan tunaikan, tapi abang jangan harap dapat tengok Ira lepas Ira berkahwin nanti..Itu bukti cinta Ira kat abang..CINTA IRA PADA ABANG SHAHIR KU SAYANG!!” Ira sahaja menguatkan suara pada akhir percakapannya biar semua orang dirumah itu dengar memang itu niatnya.

Shahir hanya terkejut mendengar jerit Ira, dia takut Ikram terasa hati dengan kata-kata Ira itu tadi. Terlalu muliakah dia mengorbankan cintanya pada orang lain, kenapa masih lagi dia memikirkan perasaan orang lain dari perasaannya sendiri. Itu yang dia tidak mampu melawan memang Shahir lebih mementingkan perasaan orang lain dari dirinya.

***

Di sebalik pintu bilik Ira pula sekeping hati yang kini terluka dengan apa yang telah dilakukannya. Ikram tidak menjangka dia telah melukakan hati pasangan kekasih ini tanpa dia sedari.

‘ Aku yakin ini keputusan aku setelah apa yang berlaku, mungkin ada hikmah disebalik ini semua tetapi kenapa Ira dan Shahir tidak cuba mempertahankan cinta mereka?? Tidak!! Mereka dah cuba dengan cara mereka namun, tiada siapa yang dapat melihat itu, kini biar ak sahaja yang memperlihatkan semua itu pada orang ramai.’ Ikram bermonolog dengan dirinya untuk mencari kekuatan untuk membetulkan keadaan agar menjadi seperti sedia kala.

“ Shahir.. Ira sudah la, aku dah muak dengan semua nie. Aku rasa kita perlu selesaikan semuanya malam nie juga.” Setibanya Ikram ke bilik Ira dengan kata-katanya membuat Ira dan Shahir terkejut memaling muka ke arah Ikram.

“ Tak Ikram segalanya sudah selesai antara ak dan Ira kau tak perlu risau lagi.” Shahir memandang tepat pada Ikram dan beralih kepada Ira, namun Ira memberi pandangan sinis padanya kembali.

Sudah la Shahir, tunjuk diri kau kuat pada hal kau terlalu lemah untuk mempertahankan cinta kau pada Ira. Sekarang kau diam biar ak sahaja yang bercakap dan buat keputusan.” Pandangan kasar Ikram tepat merusuk masuk ke mata Shahir dan membuatkan Shahir tertunduk apabila dirinya di perkatakan begitu.

“ Ira, Ikram dah buat keputusan hubungan kita berakhir di sini. Cincin tunang ini Ikram akan keluarkn dari jari Ikram bermakna Ira bukan lagi milik Ikram. Shahir kau ambil balik cinta hati kau, aku tak kejam untuk membuat kau orang menderita sebegini rupa. Aku nak kau ambil cincin nie dan kau pakai cincin nie pada jari manis kau. Ira milik kau Shahir..Siti Shahira Saad hanya milik Ahmad Shahir Ahmad bukan Ikram Akmal Hakim.”

Ira dan Shahir begitu terkejut, namun Ira bersyukur sangat kerana Ikram sudah menarik diri dalam cinta 3 segi ini kini tinggal dia dan Shahir. Tiba-tiba Shahir bangun menolak Ikram menyebabkan seluruh orang dirumah itu menerpa melihat mungkin ada pergaduhan. Namun tekaan mereka salah, rupa Shahir terlalu terkejut dengan keputusan Ikram hingga secara drastik tertolak Ikram dengan kuat.

“ Ak tak setuju Ikram. Begitu mudah kau lepaskan Ira. Tak!! Ak tak terima!”. Semua oran dalam bilik Ira juga terkejut dengan jawab Shahir yang masih lagi mahu berkorban sedangkan sudah ada yang terkorban.

“ Dan kau juga begitu mudah melepaskan Ira pada aku. Hah??!! Shahir jangan lagi kau berkorban untuk orang lain, terima hakikat yang kini Ira milik kau.. Mimpi terkahir itu menunjukkan Ira memang milik kau bukan ak..kau faham tak!!” Dengan geram Ikram mengenggam kolar baju Shahir. Ira cuba untuk meleraikan ketegangan antara pemuda itu.

“ Abang, betul ka abang dah tak nak Ira dalam hidup abang lagi??” Tanya Ira sambil mengalirkan air mata. Shahir terkedu dengan pertanyaan Ira, dia berundur setapak kebelakang sambil meraup muka nya serabut itu. Ira ingin beredar kerana kini dia sudah ada jawapannya, tak mungkin Shahir menerima cintanya lagi. Dengan segera Ira memalingkan diri dari pandangan Shahir.

“ Ira, jangan tinggalkan abang lagi Ira. Abang dah tak kuat kalau Ira pergi dari hidup abang..hidup abang kosong. Please sayang, don’t leave me I need you for our future life.” Kata-kata Shahir yang bagai tersekat di kerongkong tapi masih lagi boleh didengari oleh semua orang disitu. Dengan sepantas kilat Ira memalingkan badannya dan memeluk Shahir, dia tidak menghiraukan lagi ibu bapanya yang Ira tahu hatinya bahagia. Akhirnya Shahir memanggungkan kepalanya dengan linangan air mata jantannya sekali lagi dihadapan Ira.

Don’t cry my dear, Ira milik Shahir..Smile because someone lover you, remember our magic word??

Senyum manis terlakar dibibir Shahir dan Ira, kini mereka bahagia dan bakal bahagia di hari mendatang. Semua orang yang melihat aksi mereka berdua turut menitiskan air mata kegembiraan kerana kini dua jiwa bakal bersatu kembali. Setelah pelbagai rintangan dan dugaan telah mereka hadapi kebahagaian milik mereka jua.


AHMAD SHAHIR dan SITI SHAHIRA kini bunga-bunga cinta mereka kembali mekar.

Bersambung......


azma_aifa

1 comment: