MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Friday, December 24, 2010

Ku Ada Kamu_2



BAB 2

SAS de Butik, milik seorang gadis genit yang begitu teruja dengan dunia modeling dan peragaan baju telah menjadi sebutan diseluruh Malaysia. Siapa sangka Ira dapat membangunkan butik yang dibuka dengan titik peluhnya sendiri kini sudah Berjaya dengan megah nya di mata orang Malaysia, Ira juga turut mendapat pemintaan ramai untuk menjadi model bagi memperagakan fesyen-fesyen baju dari butik-butik di Malaysia malah dari luar negara jua. Namun sejak berlakunya satu kemalangan kecil pada diri nya, dia tidak lagi menjadi model hanya dia lebih tertumpu pada butik-butik miliknya yang kini sudah membuka cawangan di Kuala Lumpur, Johor dan Kedah. Kerana kemalanagan itu juga, dia masih tercari-cari pemuda yang telah menyelamatkan nyawanya dari menjadi mangsa kejahatan orang yang ingin Ira jatuh dari dunia peragaan.

Di butik, kelihatan teman baik juga merupakan pengurus kewangan bagi butik Ira sedang berbual dengan pekerjanya. Ira melangkah laju untuk mendapatkan temannya kerana ada sesuatu yang ingin dia berkongsi dengan Aisyah, rakan baiknya.

“ Hai,,you all..sembang aje xda keja nak dibuat ke nie?? ”. Sambil meletakkan tas tangan nya di kaunter Ira menjeling pada pekerjanya supaya beredar untuk melakukan kerja yang sepatutnya.

“ Hai, Cik Ira..maaf tadi Cik Aisyah tanya tentang duit pembayaran yang masih belum di jelaskan oleh customer.” Ika, pekerja paling setia pada Ira jika sebelum ini semua yang datang berkerja di butik itu hanya tahan beberapa bulan sahaja, kerana sikap Ira yang tegas dan tak pernah mesra dengan pekerja membuatkan pekerja-pekerjanya semua berhenti kerja. Namun Ika, masih lagi mampu bertahan dengan sikap Ira padanya, Ika juga faham kenapa bosnya suka bersikpa begitu.

“ Okey, xpa nanti awak sambung lain pasal benda itu, sebab saya hal sikit nak bincang dengan Cik Aisyah nie..Awk clearkan stok-stok baju atau kain-kain yang mana dah kita tak nak guna, senaraikan nanti kita akan buat sale. ”

“ Baik cik..ermm..cik berdua nk minum ape-ape boleh saya buatkan??” Senyum manis Ika berikan pada Ira dan Aisyah.

“ No thank, tadi saya dah minum kat rumah..mama masak nasi lemak hari ini.,and one more, kalau awak tak sarapan lagi awak g makan dulu baru buat keja k.” Ira dan Aisyah terus berlalu ke pejabat Ira manakala Ika ia terus ke bahagian stor untuk meneruskan kerjanya sebelum keluar makan.

****

Di pejabat Ira, Aisyah duduk dihadapan Ira sambil menongkat dagu menggunakan fail yang ada diatas meja Ira. Aisyah pasti mesti ada hal peribadi yang ingin Ira minta pendapat atau Ira sedang merancang untuk melakukan sesuatu yang kadang-kadang dia tak terfikir yang gadis selicik Ira dipentas peragaan mampu buat. Dulu dia pernah melihat Ira berlakon menjadi budak tiga suku yang ingin menjadi seoragn model dan masuk ke sebuah butik terkenal di Kuala Lumpur, gara-gara Ira mahu menyiasat butik itu mesra dengan semua jenis pelanggan atau hanya memililh pelanggan tertentu sahaja. Ira memang orang yang susah di duga.

Ecah, kau nak tau dah dua tahun aku fikir benda nie, tapi sekarang baru aku nak tanya pendapat kau nie. Kau jangan kata idea aku nie gila tau. Janji lu..!! ”. Ira mengangkat tangan seperti berjanji pada Aisyah.

“ Aku dah agak, mesti kau ada idea gilanya nie. Macam aku tak kenal dengan peragai kau nie. Apa idea yg sangat ‘waras’ kau tue.”

Kau ingat tak mamat poyo yang pernah selamatkan aku dulu masa Si Azira suruh budak-budak dia cederakan aku itu..?? Ala nie, parut yang kat tangan aku nie..ingat tak?!..” Sambil mengangkat tangannya.

“ Jap..jap..aku piker..jap..Owh..aku ingat mamat yang kau kata dia tolong kau dan selamatkan kau pastu dia kol ambulan datang ambik kau tue kan??..” Dengan penuh perasaan Aisyah mengingati pemuda itu.

“ Yes you get it!! Itu aku sayang kau tue. Aku ingat, nak cari dia kat KL la. Aku nak balas jasa dia tolong selamatkan aku, kalau xda dia malam itu pasti aku xda dekat sini lagi.”

“ Macam mana kau nak cari dia, KL itu bkn kecil la Ira..Lagipun kau bukan tahu nama dia, alamat tak pun tempat kerja dia ke. Kau lansung tak info tentang dia, jangan kau susah-susah kan diri kau Ira. Nanti kau yang akan menderita ingat itu.”

“ Nama dia, Ahmad Shahir Ahmad, kerja di Home Green Construction sebagai Pengurus Besar, tempat tinggal area Damansara Utama, nombor telefon….” Dengan lancar Ira memberitahu tentang pemuda yang menyelamatkannya, Shahir sambil menunjukkan satu buku ke arah Aisyah, lalu dia merampas buku kecil berwarna biru tua itu dari tangan Ira.

“ Jap, mana kau dapat buku nie? OMG!! Hensemnya mamat poyo nie..masa malam itu kau kata tak hensem. ” Terlopong Aisyah apabila melihat gambar dan buku itu.

“ Memang la malam itu tak hensem sebab dia pakai cap, aku tak Nampak muka dia, yang aku Nampak muka penuh dengan jambang yang serabut ‘nyiok’ orang utara kata. Lagi satu, pihak polis yang bagi buku nie kat aku masa aku g buat report lu lagipun dah lama aku simpan buku Shahir nie dan dah tiba masa aku pulangkan dah balas jasa dia biar sebulan pun aku boleh berjasa kat dia janji aku dapat jumpa dengan dia.”

Ira bangun dari kerusinya lalu duduk dihadapan nya dengan mengharap temannya dapat menyokongnya untuk bertemu dengan Shahir.

“ Apa racangan kau?” Itu yang ingin Ira dengan dari mulut temannya Aisyah.

“ Aku rancang..aku nak pergi kL cari rumah Shahir nie dan aku akan kerja kat rumah dia sebagai maid. Lepas enam bulan aku akan berhenti kerja pulang Sabah balik. Tapi masa aku kerja kat sana nanti, aku akan rahsia everthing about me..dia tak kenal aku sebagai model yang pernah popular dua tahun dulu, aku tak nak dia tahu aku orang yang dia selamatkan dua tahun dulu. Aku kesana sebagai seorang gadis yang susah dan sedang mencari pekerjaan. Lepas aku dapat berjasa pada dia, aku akan tinggalkan rumah dia dan dia takkan tahu sape Ira sebenarnya.” Panjang lebar Ira bercerita pada Aisyah dengan penuh semangat.

“ Kau tak takut kalau kau kantoi ke??”

“ Tak, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak kantoi. Kalau dia takkan kenal aku..masa aku buat modeling, aku kan pakai mekap, rambut palsu, baju-baju yang havoc..tapi depan dia aku akan ubah penampilan, sebagai gadis kampung. Takkan kenalnya jangan risau.” Sekali lagi Ira bersemangat meyakinkan Aisyah tentang ideanya.

“ Macam mn kau nak buat kerja rumah, kau nak jadi Maid..tapi kau tak pernah buat semua itu. Kat umah pun mak kau yang buatkan semua termasuk basuh baju-baju kau. Dari kecil lagi kau xda asas jadi suri rumah tangga apa lagi kau nak masak bagi dia makan.” Aisyah masih lagi tidak bersetuju dengan cadangan gila yang Ira ingin lakukan.

“ Semu itu aku dah bersedia, nak masak aku akan bawak buku resepi milik mama. Nak basuh baju aku dah minta list step untuk itu, nak kemas rumah aku siap rakam lagi mama kemas rumah. Sekarang tinggal aku nak buat aje. Tolong Ecah, kau sahaja yang tahu rancangan nie mama tak tahu dan aku nak kau yang jaga butik bila aku tak ada dalam masa enam bulan nie. Aku pergi kejap aje Ecah.”

Riak wajah Ira kini berubah dari bersemangat terus ke wajah meriah simpati dan pengertian dari teman baiknya. Bagi Aisyah, kalau dia melarang pun Ira akan tetap buat apa yang dirancangnya bukan dia tidak tahu perangai teman baiknya ini.

“ Macam nie la Ira, kalau aku tak setuju nak tolong kau pun mesti kau buat jugak idea gler kau nie..Baik aku setuju tapu dengan satu syarat, kau jangan sekali jatuh cinta pada Shahir itu. Aku takut Shahir itu laki orang ke tunang orang ka..dan aku tak nak kau derita nanti.”

Itu yang paling di takuti oleh Aisyah, kerna sebelum ini Ira belum pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki. Dia takut, Shahir bias membuat Ira jatuh hati padanya.

“ Ye, aku takkan sesekali biarkan hati aku suka pada mamat poyo itu. Kau jangan risau ye. Habis urusan aku disana aku pulang Sabah semula.”

“ Dan hanya enam bulan sahaja jangan lebih. Janji??! ” Aisyah mengangkat tangan tanda mereka berdua bakal membuat perjanjian.

“ Yes my dear, I promise..Aku sayang kau each..I love you.” Betapa gembiranya Ira hingga memeluk temannya dan menghadiahkan ciuman di pipi Aisyah.

“ Dah, kau jangan nampak pada Si Ika itu kang, ingat kita nie les lak..xmoh la aku.” Aisyah membuat muka seram pada Ira.

“ Ira, bila kau nak pergi KL..??”

“ Aku nak pergi..esok..flight pukul 9.00 a.m..hihihi. ” Aisyah terkejut apa yang terkeluar baru sahaja terkeluar dari mulut Ira.

Sudah tiada lagi yang mahu dikatakan oleh Aisyah pada Ira bila melihat wajah temannya begitu gembira untuk melakukan sesuatu hal yang dia sendiri tidak mahir. Baginya Ira memang seorang yang suka mengikut apa sahaja kehendak hatinya tanpa dia memikirkan baik buruknya dulu. Shahir, siapa lelaki ini ye? Sudi ka dia menerima Ira untuk membalas jasa yang pernah dia taburkan pada Ira? Pelbagai persoalan yang tak mungkin dia huraikan satu demi satu hanya tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dan bagaimana Ira cuba untuk mengatasinya. Walaupun kadang-kadang Ira seorang gadis yang begitu mengikut perasaan tetapi bila dia menghadapi masalah dia akan menjadi matang untuk menghadapi masalah itu.

****

Kuala Lumpur..

“ Shahir, tengah buat apa tue?” Walaupun sudah dua tahun berlalu, anak sulungnya masih lagi tidak berubah. Asyik termenung memandang kolam renang di rumahnya.

Jika dulu, Mak Kalsom hanya tinggal di kampung sejak kejadian yang menimpa anaknya dan memberi kesan yang mendalam pada Shahir, dia ter paksa tinggal bersama anaknya di rumah mewah milik Shahir kerana khuatir dengan keadaannya.

“ Ekh, mak..duduk la”. Shahir baru tersedar kehadiran maknya.

“ Sudah-sudah la Shahir, jangan di kenang pada yang pergi. Takkan aman rohnya kat sana nanti.”

“ Mak, semua nie salah Shahir mak. Macam mana Shahir nak lupakan apa yang dah berlaku, kalau Shahir tau semua itu akan berlaku Shahir takkan buat semua itu dan akan bertindak lebih awal.”

Tadi hanya wajah yang kusam, kini butiran air mata Shahir kelihatan mengalir laju dengan perasaan penuh kekesalan. Kekesalan yang dia sendiri tak bias melupuskan dari ingatannya.

Dua tahun sebelumnya….

Di rumah, Mak Timah dan Pak Saad menjadi riuh rendah apabila mendapat tahu bahawa Ira pengsan dan tak sedarkan diri. Siapa sangka, kesan tekanan perasaan yang dihadapi oleh Ira kerana terpaksa berkahwin dengan Ikram membuatkan keadaannya semakin meruncing dan doctor juga telah mengesahkan paru-paru Ira menghadapi komplikasi yang serius. Keadaan Ira dihospital juga semakin kritikal dia hanya mengguna bantu pernafasan untuk meneruskan hari-harinya.

“ Shahir, kita biarkan Ira pergi padaNya. Pak cik dan mak cik tak nak Ira terus terseksa dengan kita menahan dia pergi.” Wajah lesu Shahir di pandang oleh Pak Saad untuk meminta dia mengerti tentang takdir yang bakal berlaku.

“ Pak cik, biarkan Ira sehari lagi pakcik. Saya nak tengok dia puas-puas sebelum kita beri dia padaNya.” Shahir bagai orang yang tidak terurus lagi.

Pak Saad mengerti dan berlalu sambil menepuk bahu Shahir mengatakan dia memberi kebenaran pada Shahir untuk meluangkan masa dengan anaknya.

“ Ira sayang, kenapa kita harus begini. Ira bangun sayang, abang janji nak tunaikan bukti cinta kita pada Ira. Malam itu Ira dah berjanji nak bersama abang. Sayang, jangan tinggalkan abang. Abang terlalu cintakan Ira. Bagi lagi satu kesempatan untuk abang Ira.” Shahir memegang tangan Ira berharap Ira dapat mendengarnya dan bangun untuknya. Esakan Shahir kedengaran diruang bilik yang menempatkan Ira.

Setelah Shahir menghabiskan tangisannya disisi Ira, dia ingin bangun ke sinki untuk mengambil wuduk, namun dia terhenti bila melihat ada air mata yang mengalir di pipi Ira, cepat dia menyeka dari terus mengalir.

“ Sayang, jangan nangis ye. Remember our magic word..Smile because someone love you, Ira tunggu sini ya abang nk g solat sunat dan abang nak baca yassin kat Ira supaya Ira cepat sembuh. Jangan nakal ye sayang.”

Setelah selesai menunaikan solat sunat, kini bilik Ira di penuhi dengan alunan suara Shahir membaca yassin. Apabila, Shahir mengaminkan doa yang di bacanya dia terdengar seseorang memanggilnya. Shahir terkejut apabila melihat Ira sudah sedar dari komanya. Dengan pantas dia berlari mendapatkan doctor, doctor telah membuat pemeriksaan mengatakan keadaan Ira tetap sama cuba Ira sedar dari komanya namun doctor memberi harapan jua bahawa Ira boleh sembuh jika keadaannya bertambah baik. Kini hanya tinggal Ira, Shahir, Pak Saad dan Mak Timah sahaja dibilik itu.

“ Mak ayah, Ira ada permintaan terakhir sebelum Ira pergi untuk selamanya.”

“ Jangan cakap macam itu nak, Ira mesti sembuh ye.” Menitis air mata Pak Saad dan Mak Timah mendengar kata-kata Ira tadi.

“ Ira nak kahwin dengan abang Shahir mak ayh, harap setuju dengan permintaan Ira”

“ Kalau Ira nak kahwin dengan abang, Ira cepat sembuh ye sayang.”

“ Tak, Ira nak kita nikah hari jugak boleh tak?? Ira takut tak sempat lagi. Tolong la mak ayh.” Ira merayu pada mak ayahnya.

“ Baiklah, ayah sudi..Ayah dengan mak pulang dulu untuk urusankan akad nikah Ira petang nie ye. Lepas Zohor kita langsungkan harap Shahir sudi untuk terima Ira sebagai isteri.”

Bagi Pak Saad, dalam keadaan yang kritikal ini dia tidak mahu lagi berfikir panjang. Demi kepentingan dan kebahagaian anaknya dia sanggup lakukan apa sahaja kerana dia tahu anaknya takkan lama lagi didunia ini. Apa salahnya sebagai ayah dia ingin menunaikan tanggungjawab terakhir dia sebagai ayah.

“ Shahir terima pak cik, mak cik.” Demi Ira, Shahir juga sudah tidak memikirkan majlis yang meriah cukup la dia menjadi suami yang sah kepada Ira insan yang dia cintai.

Saat yang dinantikan oleh Ira dan Shahir telah tiba, dengan sekali lafaz sahaja Siti Shahira sah menjadi isteri kepada Ahmad Shahir. Mereka di nikahkan di wad yang menempatkan Ira dan disana juga hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja dan beberapa saksi. Setelah selesai majlis itu, Ira sekali lagi membuat permintaan pada doctor untuk dia keluar dari wad. Hajatnya sebelum dia menutup mata biarlah dia menghabiskan masa dengan suami tercintanya untuk melihat laut, doctor mengizinkan Ira untuk keluar dari hospital kerana doctor juga tahu keadaan Ira sebenarnya.

Dipantai, Shahir dan Ira berjalan sambil bermain air dengan bahagia dan diselangi gelak tawa.

“Abang, Ira penat la..Ira nak rehat.”

“ Jom, kita duduk kat bawah pokok itu ye..sian sayang abang penat dia hari ini.” Sambil memaut bahu Ira, Shahir berjalan ke arah pokok yang rending untuk mereka berehat disitu.

Tiba dibawa pokok itu, Ira dapat merasakan saat-saat dia bersama Shahir semakin hampir ke penghujungnya, namun dia tetap mengagahkan dirinya untuk seketika lagi supaya dia dapat membahagiakan suaminya yang tercinta itu. Ira memeluk erat suaminya bagai tidak mahu lepaskan dirinya untuk meninggalkan Shahir.

“ Abang, Ira bahagia sangat dapat lalui saat-saat macam nie dengan abang walaupun hanya sekejapnya. Ira tak menyesal sebab Ira dah dapat abang, kalau Ira pergi pun dengan perasaan bahagia yang telah abang bagi pada Ira selama nie.” Berkerut wajah Shahir mendengar ucapan dari isterinya itu.

“ Ira takkan tinggalkan abang. Abang tak benar Ira pergi mana sayang. Abang perlukan Ira untuk masa depan kita, untuk anak-anak kita nanti, jangan Ira cakap untuk pergi dari hidup abang lagi ye sayang.”

“ Kita milik Dia abang, bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil kita kembali. Abang, dengar apa yang Ira cakap nie. Ira minta maaf kan abang sebab Ira tak mampu tunaikan tanggungjawab seorang isteri pada suami, Ira nak berterima kasih pada abang sebab sudi terima Ira dengan keadaan Ira sebegini.” Ira bersandar manja di dada suaminya.

“ Ira nape nie..Ira penat sangat ke, jom kita balik ye??” Shahir risau melihat keadaan Ira yang semakin tidak bermaya yang masih lagi dalam pelukkannya.

Tak mahu abang, Ira nak bersama abang sahaja. Nak lihat laut dengan abang. Ira penat aje, abang izinkan Ira berehat disisi abang ye?.” Ira menghadiah senyuman manis pada suaminya.

“ Abang….”

“ Ye sayang..” Jawab Shahir dengan nada yang sangat romantik sambil mengusap-usap pipi isterinya.

“ I love abang ku Shahir, I love you..Ira gone be miss you abang. Kalau abang rindu Ira nanti pandang pantai dan laut ye..Ira tau abang tak sukakan laut..tapi Ira tetap nak abang pandang laut itu.”

“ Kalau abang tetap tak nak. Apa Ira nak buat kat abang?” Shahir cuba menduga Ira.

“ Abang tak sayang Ira.” Muncung mulut Ira kelihatan menandakan dia merajuk dengan Shahir.

“ Alo bucuk-bucuk abang,,touching ye..nanti abang kiss mulut tue baru tau.” Lengan Shahir menjadi sasar cubitan berbisa dari Ira kerana cuba membuat onak di khalayak ramai.

Tiba-tiba, nafas Ira semakin sesak. Keadaan Ira tiba-tiba memburuk, Shahir dengan terkejut cuba mengajak Ira ke hospital namun dia tak mahu ke hospital. Shahir sudah pun mengalirkan air mata kerana dia tahu Ira bakal meninggalkannya untuk selama-lamanya.

“ Abang, Ira bahagia bersama..ampun dosa-dosa Ira pada abang. Terima kasih kekasih ku sayang.” Nafas Ira semakin menurun.

“ Ira, mengucap sayang..jangan tinggalkan abang Ira. Abang sayang, cintakan Ira. Tolong sayang..” Orang sekeliling memandang keadaan mereka dan merapatkan diri untuk melihat apa yang berlaku.

“ Abang..smile because someone lover you..Selamat tinggal Abang.. ash-hadu an la ilaha illa llah wa ash-hadu anna muhammada rro sulu llah….”. Dengan kalimah syahadah keluar dari mulut Ira, nafasnya mengembus untuk kali terakhir.

Shahir bagaikan hilang punca apabila melihat jasad isterinya yang berada dalam dakapannya kini kaku tiada lagi roh dalam jasad itu. Ira memang benar-benar meninggalkannya. Betapa pilunya hati seorang lelaki apabila terpaksa menghadapi insan yang di cintainya pergi untuk selama-lamanya. Shahir memeluk erat tubuh Ira deengan tersedu-sedu meratapi jasad isterinya.

‘ Perginya dirimu..

Merobek jantungku..

Hingga ku terjatuh..

Dalam harapan…’

***

Walaupun isterinya telah pergi, Shahir masih lagi tidak merelakan Ira dengan ikhlas hatinya. Setiap hari, dia pasti akan merenung air kolam renang di rumahnya itu. Mak Kalsom sudah tidak tahu bagai mana untuk memulihkan semangat anaknya. Pemergian menantunya itu memberi tamparan yang sangat hebat pada Shahir.

‘ Ira, abang sayang Ira, hanya Ira ada dalam hati abang tiada pengganti yang bias bertahta dihati ini. Walau apa yang abang miliki kini, abang tak pernah bahagia tapi abang gembira kerana abang sempat menjadi suami Ira. Ira, smile because someone lover you. Sayang’.

bersambung....


azma_aifa

No comments:

Post a Comment