MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Thursday, July 29, 2010

Inai Lukis.....


Mari kita berkongsi lagi...

Hukum memakai inai pada asalnya adalah harus. Namun jika pewarna/inai yang digunakan adalah daripada pewarna yang bersifat kekal dan tidak pasti bahan kandungan yang digunakan sama ada halal ataupun tidak, ia adalah dilarang kerana ia sama seperti tatoo.

Walau bagaimanapun, jika lambang atau lukisan yang diperbuat daripada inai tersebut melambangkan ciri-ciri atau tanda-tanda sesuatu yang dilarang di dalam Islam seperti lambang yang berbentuk salib, lambang bagi sesuatu ajaran sesat, lambang bagi sesuatu kumpulan jahat, lambang berbentuk haiwan atau sebagainya ia turut dilarang sekalipun menggunakan inai atau pewarna yang tidak bersifat kekal.

Di samping itu, memakai inai atau seumpama dengannya bukanlah salah satu daripada budaya Islam. Lebih-lebih lagi yang memakai inai ala tatoo, ia adalah pengaruh/budaya hindu dan barat yang kedua-duanya adalah dilarang di dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita”.
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi).

Sabda baginda lagi:
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”.
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).

Wallahu 'alam..

azma_aifa

No comments:

Post a Comment