MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Saturday, April 23, 2011

Ku Ada Kamu BAB 9

Kata Pujangga…

Bila hati suka dan cinta. Lautan api pun sanggup diredah..lautan dalam sanggup direnang..Demi membuktikan CINTA itu INDAH.

***

Sayangku ayang,

Misi: Jangan mula jatuh cinta dan dicintai ADIRA..

Tonggak utama: Siti Adira Shuahimi

Pengarah: Mama dan Aisyah, sebab mama nak tunangkan ak manakala Aisyah dh larang utk ak jth cinta..=’(

Jalan Ceta: Hari demi hari ak berada disisi Shahir, dan hari demi hari juga ak telah membohongi keluarga ini yang dah ak anggap macam keluarga ak. Tega kan kau Adira buat mcm itu. Bukan salah ak, ak hanya ingin membalas jasa Shahir pada aku tue sahaja. Tapi kenapa ak ingkar arahan Aisyah? Jangan jatuh cinta pada Shahir nanti aku juga yang akan disakiti. Mama pulak nak tunang kan aku dengan UMAR SUFIAN sape laki itu? Hensem macam Shahir ka? Baik macam Shahir ka? Boleh tak bimbing ak nanti? Ah pening kepala ak nie..Lagi sebulan 2minggu ak akan keluar dari rumah nie, tapi ak rasa baik ak keluar awal demi tiada hati yang terluka dan ak juga rasa berdosa kerana membohongi mama tentang hal ini. Ak akan pulang ke Sabah untuk jelaskan segalanya dan aku xmahu bertunang dengan Umar Sufian, biar la cinta ak pada Shahir utk selamanya tak mungkin ada gantinya. LOVE IS FOREVER..

_________________________________________________________________

Adira menutup kembali diari yang baru sahaja dia selesai menulis. Perasaan sebak kembali bersarang didadanya memikir perkara yang bakal dia lakukan. Jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda dirinya dan lebih rumit lagi apabila Shahril seperti mengenali dirinya tetapi dia sempat sahaja mengubah topik yang dibualkan oleh Shahril itu. Adira duduk berteleku diatas katilnya dan mengingat kembali perbualanya dengan Shahril.

Kak Ira…” Panggil Shahril yang berdiri dimuka pintu.

“Ye Shahril, kenapa ada benda nak akak buat ke?” Soal Adira yang sedang menyidai pakaian diluar rumah.

“ Siti Adira Shuhaimi..Kak Ira atau Kak Adira.” Ujar Shahril sekali lagi.

“ Ye kenapa ada masalah ke dengan nama akak itu?” Soal Adira yang tidak berpuas hati dengan Shahril.

“ Pemilik SAS Butik dan model terkenal dua tahun dulu, kini berada dirumah seorang duda menjadi pembantu rumah.”

Adira tersentak apabila Shahril mengenali dirinya, kain yang dipegangnya tadi terlepas ke lantai.

“ Macam mana Shahril tahu semua itu…” Tersekat-sekat suara Adira. Pelbagai perkara bermain dibenaknya.

“Siapa tak kenal model secantik akak, hanya abang itu sahaja yang buta dengan semua itu. Kenapa akak datang dalam keluarga saya? Saya yakin mak dan abang tidak tahu sape akak yang sebenarnya, kalau akak ada niat buruk pada keluarga saya sila keluar dari rumah nie dengan kadar segara.” Sekali lagi hati Adira bagai digores oleh belati yang tajam dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut Shahril.

“Tak Shahril jangan tuduh akak macam itu. Akak ada sebab lakukan semua nie dan akak bukan mahu melakukan perkara yang buruk pada keluarga Shahril.” Ujar Adira dengan penuh bersemangat menyakinkan Shahril.

“Shahril tak nak ambil tahu ape sebab akak ada dalam keluarga nie. Shahril nak akak pergi dari rumah nie sebelum ada hati yang terluka.”

“Shahril..please akak rayu pada Shahril biar akak tinggal sini hingga hujung bulan nie. Lepas tue akak janji akan keluar dari rumah ini. Akak janji.!” Rayuan Adira meruntun semangat Shahril tambahan pula ada air mata yang mengalir dipipi Adira.

Pada malam Shahril tiba dirumahnya itu mak Kalsom telah menceritakan segala-galanya tentang Adira yang telah berjaya menyembuhkan semangat abangnya untuk meneruskan kehidupan seperti dulu. Dia juga terkejut akan kewujudan gadis yang bernama Siti Adira Shuhaimi dalam keluarganya dan wajah itu persis seperti arwah kakak iparnya. Shahril juga tahu abangnya, Shahir mula menyayangi gadis itu, tapi gadis itu sedang berbohong kepada abangnya. Dia tidak mahu siapa-siapa yang akan terluka lagi termasuk Adira sendiri dan disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk menghalau Adira dari rumahnya sebelum sesuatu perkara berlaku dengan lebih serius. Tetapi Shahril juga harus memberi masa kepada Adira untuk keluar dari rumah itu.

“Baik, Shahril pegang janji akak itu. Niat Shahril bukan jahat akak, Shahril suka akak datang dalam keluarga ini tapi akak Cuma tersalah langkah dengan mencipta pembohongan pada keluarga Shahril.” Ujar Shahril.

“Akak tahu Shahril, memang salah akak pun. Dah ramai akak luka sebenarnya termasuk mama akak sendiri. Akak janji akan keluar dari rumah ini hujung bulan nie akak janji dan akak minta Shahril tolong jangan cerita hal ini pada abang Shahir ye. Biar akak terluka tak mengapa tapi bukan mak Kalsom dan abang Shahir.”

“Shahril kenal sangat dengan abang Shahir itu, sekali dia dipermainkan dia akan ingat untuk selamanya. Sebab itu Shahril nak akak pergi dari rumah ini. Maaf kalau Shahril berkasar dengan akak tadi.” Shahril menghampiri Adira yang masih sedih dan tekejut dengan apa yang dituturkan oleh Shahril sebentar tadi.

Adira bertekad hujung bulan ini dia akan pulang ke Sabah walau apa yang terjadi. Dia membulatkan hatinya untuk meninggalkan keluarga ini. Adira menghampiri almari pakaiannya lalu mengemas apa yang patut kerana mungkin dia akan mengubah fikiran untuk pulang awal ke Sabah. Dengan perasaan sayu Adira mengambil satu persatu pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg pakaiannya. Tiba-tiba dia mendapat suatu idea untuk menjahit sehelai baju kepada mak Kalsom sebelum dia pulang ke Sabah, dengan segara dia bangun mencari iPhone nya untuk menelefon pekerjanya.

***

Kawasan Tanah Perkuburan.


“Assalamualaikum sayang abang.” Shahir member salam setelah tiba di kubur arwah isterinya. Sejak dia bertekad untuk melupakan segala yang berlaku dulu dia tidak pernah lagi datang melawat kubur arwah isterinya.

“Ira, abang baca Yassin dulu ye untuk Ira.”

Shahir duduk bersila di tepi kubur arwah isterinya itu lalu membuka surah Yassin yang dibawanya. Selesai dia membaca doa untuk kesejahteraan isterinya disana, Shahir meringankan tangannya membersihkan kawasan kubur yang diliputi dengan rumput-rumput yang semakin banyak disitu. Selesai membersihkan kubur, Shahir menyiram kubur isterinya dengan air dan menaburi bunga.

“Ira..abang dh jumpa orang yang sama rupa dengan syg, Tapi perangai dia langsung tak sama dgn syg.”

“Yela, syg lemah lembut, sopan santun dan cantik ayu,tapi orang itu nakal suka usik abang, suka jerit, memang tak macam syg abang la.” Sambung Shahir. Shahir mendiamkan diri untuk seketika sebelum menyambung kembali kata-katanya untuk isterinya walaupun tak mungkin orang yang sudah meninggal mendengarnya lagi.

“Tapi Ira..dia dh berjaya buat abang rasa bersalah dekat syg..dan abg dh mula boleh terima yang sayang dah tak ada kat dunia nie. Syg, abg semakin hari semakin takut..hati abang mula berdebar-debar bila berada dekat dengan dia, ape maksud tue sayang? Adakah abang dh mula cintakan dia? Tapi abang nk setia pada cinta kita syg, kenapa syg pergi dulu dari abang?” Air mata Shahir sekali mengalir, dia tidak kuat bila berada dikubur Ira. Perasaan bersalahnya kerana tidak dapat setia pada cinta isterinya, dia sudah mengkhianati cintanya pada Ira. Dia rasa dirinya tidak berguna langsung pada Ira.

***

“Selamat datang…” Seorang wanita tersenyum mesra kepada Adira yang baru sahaja melangkah ke dalam Butik SAS.

“Selamat pagi Joan.” Adira membalas senyuman pekerjanya itu.

“Ekh..Cik Ira selamat pagi. Cik Ira ada apa yang saya boleh bantu, lama cik tak datang sini.” Ramah pekerja Adira berbual dengannya. Adira menuju ke biliknya kerana dia ingin memantau kembali perjalanan butiknya semenjak dia tiada untuk menguruskannya.

“Joan, dalam beg nie ada contoh baju kurung awak tolong cari kain yang cantik-cantik and then tolong potongkan kain itu nanti saya jahit sendiri.Ok?”

“Baik la cik Adira,” Joan beredar keluar dari bilik Adira untuk melaksanakan tugas yang diberikan bos itu tadi.

Satu demi satu fail Adira buka untuk melihat dari penyediaan akaun, pesanan tempahan hingga la ke keluar masuk duit butiknya. Telefon di meja Adira tiba-tiba berbunyi dengan pantas Adira mengangkat panggil itu.

“ Hello SAS Butik, can I help you?” Jawab Adira dengan sopan.

“Assalamualaikum Ira, nie mama.” Hampir terlepas gagang telefon yang dipegang oleh Adira apabila mendengar suara mamanya. Sungguhnya dia amat merindui suara itu, rasa ingin sahaja pulang untuk melepaskan rindunya namun masih ada lagi tugas yang belum selesai di sini.

“Mama,..Ira rindu kat mama.”

“Rindu..sampai hati Ira tipu mama, macam nie Ira kata rindu.” Esakan kecil Puan Salmah kedengaran membuat hati Adira luluh mendengarnya. Dia telah melukai hati mama yang menjaganya sejak kecil lagi.

“Mama sorry..Ira tak bermaksud macam itu..sorry mama” Pilu hati Adira apabila mendengar Puan Salmah terasa hati dengannnya. Sepanjang dalam hidupnya baru kali pertama Adira telah menyakitkan hati mamanya, walaupun kadangkala dia sering bergaduh dengan mamanya tapi tidak pernah mengalirkan air mata tapi kali ini dia telah melukakan hati Puan Salmah.

“Mama, akan maafkan Ira tapi dengan satu syarat.” Adira terkedu bukan kerana mamanya sudi memaafkan khilafnya tapi kerana syarat yang bakal didengarinya.

“ Syarat apa mama?”

“Mama nak Ira balik sini sebelum ujung bulan ini..” betapa gembiranya hati Adira apabila mamanya sudi memaafkannya dan menyuruhnya pulang kerana itu semua sudah ada dalam rancangannya cuma dia perlu menyelesaikan beberapa perkara sahaja lagi.

“Dan mama nak tunangkan Ira dengan Umar Sufian secepat mungkin. Muktamad Siti Adira Shuhaimi.” Sambung Puan Salmah dengan nada tegas. Air mata yang tadi berhenti kini kembali mengalir dipipi Adira. Siapa Umar Sufian yang dah berjaya memenangi hati mamanya itu? Setelah lama Adira mendiamkan diri, mamanya kembali bersuara.

“Ira, apa yang mama buat semua untuk kebahagian Ira. Mama tak nak Ira kecewa dengan Shahir itu, perkenalan kalian berdua salah kerana Ira telah mencipta jalan cerita Ira sendiri.” Jelas Puan Salmah. Adira sekali lagi terkedu, bagaimana mamanya boleh mengenali Shahir. Ya! Ini semua kerja Aisyah tapi dia tidak boleh salahkan Aisyah. Desis hait Adira.

“Tapi ma..biar la Ira cari sendiri jodoh Ira. Macam mana mama tahu pasal Encik Shahir?” Soal Adira.

“Ira jangan tanya mana mama tahu pasal Shahir, cukup la jasa yang dah Ira balas. Mama tak nak kerana jasa yang Ira balas satu hari nanti hati Ira disakiti. Dah jangan kamu jatuh cinta dengan Shahir itu pesan mama dan satu perkara lagi, Umar Sufian tunggu kamu diluar butik sekarang. Dia datang jemput kamu untuk beli barang pertunangan kamu nanti. Ingat Siti Adira, syurga dibawah tapak kaki ibu. Assalamualaikum sayang mama.” Adira terkejut, mamanya telah menjadi dictator hidupnya. Segalanya akan berakhir, cinta Adira akan berakhir begitu jua.

“Walaikumsalam mama ku sayang.” Jawab Adira dengan sedih. Selepas membetulkan mukanya yang comot akibat menangis tadi, Adira melangkah keluar mencari kelibat jejaka yang bernama Umar Sufian. Kenapa hatinya berdebar-debar untuk menemui bakal tunangnya itu, padahal dia langsung tidak kenal dengan jejaka pilihan mamanya. Entah bagaimana rupanya, mungkin seperti mamat bangla jual karpet kot. Desis hati Adira.

Diluar butiknya kelihatan seorang jejaka sedang berdiri membelakanginya memakai t-shirt polo berwarna biru muda sambil memegang sejambak bunga ditangannya. Adira pasti itu adalah Umar Sufian. Tanpa membuang masa Adira menegur jejaka itu.

“ Umar Sufian….” Tegur Adira pada jejaka itu. Lalu jejaka itu memalingkan badannya mengadap Adira.

“Siti Adira Shuhaimi..” Senyum manis di berikan Umar kepada Adira sambil menghulurkan sejambak bunga kepada Adira.

Dari jauh, sepasang mata merenung tajam bagai mahu menembusi kedua-dua pasangan yang baru sahaja berjumpa itu. Perasaan cemburu mula menguasi diri dan hampir mengheret diri itu ke arah Adira dan Umar, namun hatinya sempat ditegah untuk melakukan perkara itu. Dia berlalu dengan segera bersama perasaan cemburu dan sakitnya keluar dari pusat membeli-belah. Pelbagai soalan yang bermain di mindanya, namun dibiarkan sepi tanpa jawapan.

***

I shouldn't have done that

I should've ignore it

Like something I couldn't see

Like something I can't see

I shouldn't have ever looked at you

I should've run away

I should've acted like I didn't hear it

Like something I couldn't hear

Like something I can't hear

I shouldn't have listened to my heart

You showed me love without a words

You gave me your love without a words

You made me hold my breath

waiting for you

But you ran away like this

Without a word love leaves me

Without a word love throws me away

What should I say next

My only closed lips were surprised

Coming without words

Why does it hurt so much

Why does it keep hurting

Except for the fact that you aren't here

Though everything is the same

You showed me love without a words

You gave me your love without a words

You made me hold my breath

waiting for you

But you ran away like this

Without a word love leaves me

Without a word love throws me away

What should I say next

My only closed lips were surprised

Without a word tears fall

Without a word my heart breaks

Without a word I wait for love

Without a word love hurts me

I zone out

I become a fool

Because I cry as I look up at the sky

Without a word goodbyes find me

Without a word goodbyes come to me

I couldn't even prepare to send you away

I think my heart was surprised

Without a word it came

Without a word it went

Without a word it left

Like the fever before

I'll just be hurt for a while

Since only scares will be left in the end

Sakit bila hati mula suka sayang cinta pada insan yang hadir disaat diri diperlukan. Disaat mula untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta padanya hadir pula insan lain yang bisa membahagiakan hidupnya. Cinta itu indah bila disaat kita mengecapinya namun cinta itu bisa buat derita apabila ia hilang dari kita.

‘Ira..maafkan abang kerana menduakan cinta kita. Abang khilaf dengan sayang. Abang tak tahu kenapa abang boleh jatuh cinta dengan dia sedangkan abang dah berjanji dengan Ira cinta abang hanya untuk Ira selamanya. Abang masih ingat magic word kita smile because someone lover you. Sayang, abang rindu sayang..abang cinta sayang..kenapa bukan abang yang pergi dulu dari sayang? Kenapa sayang pergi dari abang? Sayang tak cintakan abang lagi ke?. Sayang, tadi abang jumpa Adira dengan seorang lelaki dekat mall depan butik SAS, abang rasa pelik apa yang dia buat dekat situ rupanya dia pergi jumpa lelaki. Adira keluar rumah tak bagi tahu abang. Abang sakit hati bila tengok dia dengan lelaki itu. Siapa lelaki yang bersama dengan Adira?’ Rintih hati Shahir.

Didalam bilik tidur, Shahir baring di katilnya sambil memegang gambar arwah isterinya. Selepas terserempak dengan Adira bersama seorang lelaki di butik SAS tadi Shahir hanya berkurung didalam biliknya sahaja. Dia rindukan Ira dan dalam diam dia juga rindukan gelak tawa Adira bersamanya. Sejak beberapa hari ini Adira mengelak apabila berjumpa atau bertembung dengannya dirumah, kalau dimeja makan Adira akan diam tidak sama seperti selalu. Wajah comel Adira dia mula rindui. Akhirnya Shahir tertidur dengan memeluk gambar Ira.

“Assalamaulaikum sayang Ira…” Shahir terkejut apabila melihat isterinya disisinya dengan memakai baju kurung dan bertudung putih begitu ayu dimata manakala Ira membetulkan rambut Shahir yang serabut itu.

“Walaikumsalam sayang Abang..mana Ira pergi selama nie? Kenapa tinggalkan abang?” Shahir membalas senyum isterinya

“Ira tak kemana pun, sentiasa ada disisi abang. Cuma jasad Ira tidak bersama abang, my soul masih lagi bersama abang.”

“Siti Shahira….” Shahir memanggil manja isterinya.

“Ye sayang Ahmad Shahir..”

“Abang cintakan Ira..abang sayangkan Ira..abang rindukan Ira. Ira jangan pergi lagi ye dari abang.” Shahir bangun dari permbaringannya itu tadi dan duduk bersila dihadapan isterinya sambil memegang erat tangan Ira. Suasana kembali sepi tanpa bicara dari Ira yang hanya memandang wajah Shahir yang sarat dengan pengharapan dirinya.

“ Abang sayang..Ira sayang dan cinta abang lebih dari nyawa Ira sendiri. Abang kena kuat untuk lalui hari-hari tanpa Ira. Abang sayang kan Ira kan..?” Ira kembali bersuara setelah diam.

“Ye abang sayang Ira, bawa abang sekali pergi dengan Ira ye?”

“Kalau abang sayang Ira, cari pengganti Ira yang bisa membahagiakan abang bagi pihak Ira ye..?” Shahir terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut isteri lalu dia mengelengkan kepalanya kerana dia tidak mahu menduakan isterinya.

“Tolong abang..cari pengganti Ira, Ira izinkan abang untuk menduakan cinta kita biarpun kemudian hari nanti cinta Ira menjadi cinta kedua abang Ira sanggup tetapi pastikan abang bahagia dengan cinta yang abang akan miliki itu. Abang jangan biarkan ego abang menang dari perasaan abang. Ira tak nak abang akan kehilangan cinta itu lagi macam mana abang kehilangan Ira dulu. Ira tahu abang mencintai seorang gadis, tapi kerana cinta abang pada Ira abang cepat-

cepat buang perasaan itu kan..?” Shahir diam lagi dia hanya membiarkan Ira berbicara. Begitu tulus cinta Ira padanya hingga mengizinkan dia untuk mencari pengganti tempatnya disisi Shahir. Shahir menangis. Ira memeluk suaminya yang kini penuh dengan pelbagai perasaan yang tidak mampu diluahkan, dia kenal suaminya yang suka pendamkan perasaan.

Dia membiarkan suaminya melepaskan segala sendu yang terbuku hatinya itu, kerana selepas ini dia tidak mampu untuk berada disisi suaminya lagi, biarpun dia pernah menjadi rusuk kiri kepada suami untuk sehari sahaja namun dia bahagia mampu memiliki hati Shahir itu.

“Sayang, rehat ye..nanti sayang bangun semuanya akan hilang.” Ujar Ira dan pelukan itu dilepaskan. Shahir hanya memandang wajah putih bersih itu dengan sepenuh hatinya. Wajah itu mempunyai dua wajah yang mampu dilihatnya. Ira, isterinya dan Adira, pembantu rumahnya. Dia rindukan kedua-dua wajah itu, terlalu rindu. Ira memberi satu kucupan manja di pipi Shahir yang sejak tadi memandang wajahnya itu. Lalu Ira membaringkan Shahir dipembaringannya tadi dan Ira juga baring disebelah Shahir lalu memeluk tubuh suaminya. Shahir tertidur sambil memegang erat tangan isterinya seperti tidak mahu melepaskan Ira untuk pergi lagi dari hidupnya. Ira hanya memandang suaminya yang begitu nyenyak tidur sambil mengusap halus diwajah suaminya.

“Abang Ira sayang..Ira pergi dulu ye..assalamualaikum sayang. I love you, Ahmad Shahir.” Satu cahaya putih yang menerangi bilik Shahir itu.

Wajah Ira hilang dari pandang Shahir, titik-titik peluh membasahi dahi Shahir dengan nafas yang tercungap-cungap dia mula beristifar, kerana terlalu rindukan arwah isterinya datang dalam mimpinya. Namun Shahir tertanya kenapa isterinya datang disaat dia terluka dengan Adira, kenapa tidak dari dulu insan yang dia rindu itu datang padanya. Ira datang dengan penuh senyuman yang dirinduinya dan pergi meninggalkannya dengan segunung harapan agar dia memiliki Adira. Adakah ini cinta yang sekali lagi hadir dalam hidupnya? Mencintai seorang wanita yang persis wajah seperti insan yang dicintainya, Adira.

“Adira, saya cintakan awak. Jangan tinggalkan saya macam mana Ira pergi dari hidup saya. Awak kekuatan saya, awak harus jadi milik saya Adira.”

bersambung

_______________________________

p/s- sori ambik ms 3mnggu lbih utk siapkan bab 9..hope enjoy this chptr...^^

No comments:

Post a Comment