Hadis Pertama
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth A.S.”
Hadis Kedua
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”.- Hadith Riwayat Muslim
Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.
- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai
No comments:
Post a Comment