MUTIARA KATA

::.. Because I like you too much, I can't stop liking you now, I can't pretend to not like you now, either..I can only not let you see that I like you, Ican only stop begging you to like me..If I want to slowly leave your side..I still need run..::

Thursday, May 12, 2011

Dia Yang Kau Pilih

Semua perkara harus kita melengkapi..manusia juga saling melengkapi antara satu sama lain..Lelaki dan perempuan itu melengkapkan fitrah manusia. Kisah yang ingin dikongsi bersama adalah satu kisah yang sangat menarik dan benar-benar berlaku pada kehidupan sekeliling. Jika dulu, kisah sebegini hanya aku baca di novel atau menonton drama/filem tapi kini ia telah berlaku dihadapan mata ku ini. Kisah ini mempunyai fasa-fasanya, FASA 1: Tak Bisa Memilihmu, FASA 2: Inilah Cinta...Jika belum membaca kisah ini sila baca dari fasa 1..kerana ia berkaitan...^^

_________________________


Jika dulu si Gadis menafikan jodoh yang telah ditetapkan oleh keluarga kini dia hanya meredakan sahaja apa yang berlaku kerana itu semua ketentuan Nya. Kita sebagai HambaNya hanya mampu merancang tapi Dia menentukan.

Sedang umat Islam merayakan hari kemenangan dalam berpuasa, 2010 Si Gadis telah pun di tunangkan dengan Si Teruna pilihan keluarga itu. Siapa sangka Si Gadis mula jatuh cinta dan sayangnya pada Si Teruna kerana sikap yang memahami dirinya. Selepas dia berpisah dengan Si Jejaka, Si Gadis tidak lagi berhubung dengan nya. Sejak itu, Si Gadis menerima cadangan dari ibunya untuk cuba mengenali Si Teruna dengan lebih dekat lagi walaupun jarak memisahkan mereka. Selama tempoh perkenalan mereka di laman sesawang, mula tumbuh putik-putik cinta dihati si Gadis dan Si Teruna.

Belajar bercinta dengan seseorang yang mencintai kita kerana pada masa hadapan kita akan bahagia. Begitu juga dengan kisah hidup si Gadis ini, Jika pada satu ketika dahulu dia sanggup mengalirkan air matanya kerana hidupnya ditentukan oleh keluarga sendiri tapi kini dia boleh mengalirkan air mata kerana kebahagiaan menjadi miliknya.

Jam 9.25 malam, 5.5.2011 di Masjid Langgar , Kota Bharu Kelantan..Dengan sekali lafaz, Si Gadis menjadi hak mutlak Si Teruna. Riak muka kedua-duanya mengambarkan betapa bahagia dan gembiranya mereka. sudah tertulis bahawa 'AISYAH BINTI ARIFF adalah milik SUHAILI AMRI BIN HJ YUSOFF.

Kisah cinta Si Gadis kini berakhir dengan satu fasa yang mengembirakan, dan Si Jejaka bukanlah jodohnya untuk bersama itu hakikat yang telah lama si Gadis ketahui.

Si Gadis, jadi lah Isteri yang solehah buat si suaminya..

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).


Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Kisah cinta Si Gadis buat Si Terunanya kini bermula dengan fasa baru..selamat bercinta sebagai seorang suami isteri. Jika Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam adalah untuk berada disisi Adam untuk selamanya.


JADIKAN DIA YANG TERBAIK,
KERANA ITU YANG TELAH KAU PILIH......^^

credit to: JIHAN MEGHAA ISMAIL

_TAMAT_






2 comments:

  1. thanx akma..cam nak nangis plak aku yer.hee.thanx for being my friends..

    ReplyDelete
  2. sm2...bg ak nie kisah yg mnarik..yela, ak kn kaki novel..tup tup tup, bnda yg selalu ak bygnkan dlm novel jdi real dpn ak..hihihi...^^

    ReplyDelete